PENDAPAT HAMBA DALAM SUASANA LEPAS 709.

Hamba orang Melayu. Ibu hamba Melayu Perak, ayah hamba Melayu Melaka. Lahir di tengah-tengah kota metropolitan, Kuala Lumpur. Bernikah juga dengan Muslimat Melayu, Melayu Terengganu. Maksudnya, anak-anak hamba ada kacukan Melayu Perak, Melaka, KL dan Terengganu. Bermaksud juga anak-anak hamba adalah betul-betul Melayu Tulen. Bukan Mamak.

Pemikiran hamba, telah dididik, semenjak sekolah,bahawa ketuanan Melayu mesti dipertahankan. Tanah Melayu ini adalah asal milik Melayu. Bangsa pendatang Cina dan India adalah golongan yang dipaksa terima oleh penjajah Inggeris diwarganegarakan jika hendak merdeka. Malayan Union sebenarnya telah dijayakan oleh umno kerana kompromi umno untuk menerima bangsa pendatang Cina dan India.

Selepas SPM, hamba belajar di ITM. Institut 100% milik Melayu. Hamba telah di BTN kan sebanyak 3 kali. Wajib. Sekali BTN kerajaan pusat, 2 kali BTN tajaan ITM. Doktrin ketuanan Melayu dipaksa terima ke dalam akal hamba agar sentiasa mempertahankan ketuanan Melayu.

Namun, akal orang Melayu sebenarnya cerdik. Tidak mudah diperbodohkan oleh doktrin-doktrin palsu umno mempertahankan Melayu. Siapa kata orang Melayu senang diperbodohkan sebenarnya adalah pendusta besar. Mereka-mereka yang mengatakan orang Melayu itu bodoh adalah mereka yang berasal dari orang umno. 'Melayu mudah lupa'. 'Melayu tidak mengenang jasa'. 'Melayu diperkudakan Cina'. Semua itu ayat asal dari umno. Umno memang suka memperlekeh orang Melayu.

Namun malang bagi umno. Akal orang Melayu sebenarnya cerdik. Akal Ahmad Boestaman, Zulkifli Mohamad, Pak Sako, Burhanudin Al-Helmi dan lain-lain masih tetap ada dan diwarisi oleh orang Melayu sekarang.

Jangan sangka orang Melayu saluran 1 adalah bodoh politik. Bukan semua. orang tua Melayu bodoh politik. Ingat! Yang meninggal di Bersih 2.0 adalah seorang tua. Barhanudin Ahmad adalah berumur 58 tahun. Bukan 21, bukan 30, beliau seorang veteran. Arwah tok tua hamba meninggal umur 78 tahun. Tidak pernah memangkah Perikatan, tidak pernah memangkah Barisan Nasional. Walau PAS berada dalam bn ketika itu.

Mereka semua golongan tua. Tetapi orang Melayu perlu ingat. Cara kempen kepada golongan saluran 1 ini adalah berlainan dengan saluran muda. Mereka ini ada ego masing-masing. Memang majoriti mereka ahli umno, tetapi bukan semua menyokong umno. Jangan mengajar mereka, nanti mereka akan kata 'aku makan garam lebih dulu dari engkau'. Jangan berdialog lebih-lebih. Cumanya, cara paling berkesan ialah mendampingi mereka dan bersopan santun terhadap mereka. Golongan saluran 1 memang senang terkenang budi.

Begitu juga dengan polis. Jangan musuhi mereka. Sebaliknya, berkawanlah dengan mereka. Tanya mereka, mengapa mereka belasah rakyat yang berhimpun seperti sampah. Beri mereka sedikit pemahaman tentang kita. Dan kita juga mesti bersama mereka untuk mengetahui apakah masalah mereka sehingga sanggup menyepak terajang orang Melayu yang berdemo.

Polis juga orang Melayu. Kita perlu undi mereka. Dalam FRU dan polis yang membuat tangkapan di 709, mereka semuanya berumur lingkungan 20-an. Orang muda. Tetapi orang muda dalam polis. Mereka diperintah oleh polis yang tua. Yang sudah korup. Yang ada kepentingan hendak naik pangkat. Jadi, dampingilah mereka. Jangan berdendam. Marah tidak apa. Tetapi, jangan berdendam. Sebab mereka ini telah dipaksa terima doktrin umno yang sial penuh nanah. Untuk membersihkan nanah, kita tidak boleh gelojoh membersihkannya, tetapi perlu berhati-hati, agar nanah tidak berjangkit lebih banyak di tempat lain.

Mengapa hamba bercerita berkenaan Melayu? Mana pergi Cina? Mana pergi India? Hamba tidak bercerita berkenaan mereka kali ini. Hamba hendak bercerita tentang Melayu. Melayu Tanah Melayu. Melayuyang telah menerima Islam sebagai cara hidup mereka. Tetapi sekarang telah cuba dimurtadkan dengan ideologi kapitalis dan nasionalis. Bodoh punya Melayu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?