NAZRI DAN SPR DUA-DUA CAP AYAM.
Ada 2 cerita cap ayam yang saling kait mengait dengan keayamannya. Sila baca sini (Taja tambang dianggap rasuah) dan yang ini (Nazri: Bantuan segera ketika p'raya bukan rasuah) . Dua-dua cerita berkenaan rasuah pilihanraya, dan yang mana satu boleh pakai agaknya? Jika diteliti dengan betul-betul, hamba nampak sebenarnya kedua-dua kenyataan itu adalah salah lagi tidak betul. Yang dikatakan rasuah, disebut bukan rasuah, dan yang sememangnya bukan rasuah, dikatakan rasuah pula. Apa punya ayamlah Menteri dan kakitangan kerajaan sekarang ini. 'Hang undi aku, aku bagi basikal'. Bukan rasuah dikatakan Nazri. Apa buang tabiat menteri sepapan ini? Mengundi Ahli Parlimen dan ADUN adalah satu kerja memilih pemimpin. Bukannya basikal! Kerja memimpin adalah mentadbir sesuatu negara atau satu tempat agar rakyat dibawah naungannya hidup aman dan mendapat redha Allah SWT. Bukannya dapat basikal! Kerja AP dan ADUN adalah menggubal dan men'cipta' undang-undang dan perlembagaan negar...