Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2012

KASIHAN BABI.

Imej
Kesian babi. Itulah yang hamba boleh katakan dalam isu ini. Kepala babi ditemui di masjid di Rawang Manusia punya pasal, babi jadi mangsa. Politik punya pasal, babi kena bunuh. Nak huru harakan manusia, kepala babi lah pula jadi mangsa untuk diusung ke masjid. Apa salah kami? Nasib baik babi tiada union. Jika tidak sudah lama union babi ini akan mogok 5 tahun berturut-turut kerana tidak berpuas hati layanan manusia yang selalu menggunakan mereka untuk membuat perkara yang tidak molek. Hendak buat jahat sahaja, kaitkan babi. Hendak buat hantu sahaja, mangsakan babi. Sudahlah dimangsakan babi untuk perkara tidak elok, orang yang melakukan perkara tidak elok itu juga akan dinamakan babi. 'Babi punya perangai letak kepala babi dalam masjid'. Kasihan babi, manusia yang buat jahat, nama dia juga yang kena kutuk...... apalah nasib engkau.

LIM GUAN ENG NI BODOH KE APA?

Kata nama Ketua Menteri, tetapi, tengok gaya, macam orang tak paham-paham. Hendak kata bodoh, dia mentadbir Pulau Pinang, hendak kata bangang, memang dia tidak bangang. Hendak kata tajuk artikel hamba ini lari dari isian yang sebenar, yang ini, memang tepat sama sekali. Hendak tahu cerita, sila baca tajuk ini; DAP tuntut penjelasan PM bagaimana lebuhraya RM7 bilion akan memberi rakyat manfaat Ceritanya berkenaan lebuhraya dari Banting ke Taiping. Harga 1 km jalan sama dengan RM22.3 juta. Tetapi, yang peliknya, dekat India, harga 1 km jalan adalah RM10juta. Dengan rasuah yang melanda India, namun harga jalanrayanya, tetap lebih murah dari kerasuahan di negara Malaysia. Sudahlah harga mahal, dapat soft loan RM2.4 billion, dapat kensesi 60tahun kutip tol lagi pula itu. Ptuihh!! Memang kenyang 3 keturunan kroni umno jika begini. Hang pa nak kenyang, lantak hang pa la nak kenyang macam mana pun, tapi sehingga menyusahkan orang lain, itu hantu raya namanya. Tetapi, ada satu ungkapan ...

HANIPA BANTAI UST AZIZAN, KARPAL DEFEND UST AZIZAN, TAK PELIK KA?

Imej
Kalian semua tidak pelikkah? AJK PAS Pusat pi bantai Ustaz Azizan, manakala yang defend ustaz Azizan adalah mamat DAP.. pelik,.. pelik... Nak tau lagi detail, cuba baca artikel bawah ni....   Kenapa Aziz Bari Tidak Menggesa Karpal Singh juga Masuk UMNO? Adakah Ustaz Azizan Dan Karpal Jahil Undang? Peguambela KUIN mempertahankan PAS Apa cerita AJK PAS Pusat ni lawan PAS Kedah?       

IKLAN IJTIMAK TARBAWI

Imej
Baru sampai KL dari Terengganu. Badan letih semacam. Seperti hendak demam. Esok ada Ijtimak Tarbawi peringkat JPrK Kawasan Hulu Selangor. Tidak tahulah boleh datang ke tidak. Apa-apa pun, disini hamba perturunkan iklannya.......

MAIN LAYANG-LAYANG TEPI PANTAI.

Imej
Sesiapa pernah main layang-layang di tepi pantai? Hamba baru sahaja tadi dapat menikmati bermain layang-layang di tepi pantai bersama anak-anak. Seni mengawal tali dengan penuh kelembutan adalah segala-galanya untuk mengekalkan layang-layang itu berada di atas 'awan'. 2 hari berturut-turut anak-anak hamba bermain layang-layang di tepi pantai di Terengganu. Aman, nyaman dan rileks minda. Cumanya, adalah dua tiga manusia yang cuba bermaksiat di tepi pantai. 'Dating'. Namun alhamdulillah, ada juga perasaan malu pasangan tiada ikatan perkahwinan ini apabila hamba datang bersama anak-anak hamba. Jika mereka terus dengan perlakuan maksiat itu, sudah tentu mereka akan pekena dengan hamba. Kena tazkirah. Dan tazkirah hamba ini keras sedikit. Sesiapa yang biasa dengan hamba, tahulah hamba ini akan menyembur jika ada perkara yang tidak betul berlaku dihadapan hamba. Tidak kiralah, depan hamba itu orang biasa, orang luar biasa atau pemimpin PAS sekalipun. Jika dia salah,...

SUBSIDI KPD RAKYAT KECOH, SUBSIDI KPD IPP KENAPA SENYAP?

Sudahkah antum gejuis semua membaca satu artikel berkenaan seorang menteri bising-bising bahawa Kerajaan Malaysia akan menanggung subsidi sebanyak RM18.92 Billon pada 2012 nanti. ( Baca disini ). Kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, daripada 18.92 billion itu, RM17 billion diperuntukkan untuk subsidi bahan api iaitu petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG), RM1.2 bilion (minyak masak), RM567 juta (gula) dan selebihnya untuk tepung gandum. Sekali baca seperti menunjukkan kerajaan akan menanggung banyak wang untuk kesenangan hidup rakyat. Tetapi, jika dua kali baca, seperti kerajaan BN ini cuba kelentong besar kepada rakyat. Samada Ismail Sabri seperti hendak memperbodohkan rakyat, kerajaan Malaysia memang tiada duit atau kemungkinan subsidi akan dihapuskan pada 2012 nanti. Jika Ismail Sabri hendak memperbodohkan rakyat Malaysia, itu perkara biasa. Orang umno memang mengharapkan rakyatnya bodoh sentiasa agar mereka ...

YDP SHAH ALAM CAP AYAM?

“Exco agama bukan terlibat secara langsung terhadap serbuan ke tempat-tempat hiburan dan sebagainya, PAS juga tidak menganggap itu sebagai tindakan utama, sebaliknya lebih kepada pendidikan. “Kenyataan Ibrahim Ali itu pandangan peribadi beliau, PAS lebih mengutamakan aktiviti pembangunan di masjid dan surau-surau berbanding menyerbu lokasi-lokasi hiburan,” tambahnya membidas kenyataan Presiden Perkasa itu. Menurutnya lagi, insiden-insiden serbuan itu biasanya dilakukan atas arahan Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam, dan tidak semestinya exco agama akan terlibat. ( baca sini untuk artikel penuh ) Ayat di atas di sebut oleh YDP PAS Kawasan Shah Alam. Ayat yang menarik minat hamba adalah ayat yang menyatakan serbuan ke pusat-pusat maksiat adalah bukan tindakan utama dalam sebuah Jabatan agama Islam Selangor. Memang menarik. Adakah beliau bermaksud, setelah portfolio agama untuk negeri Selangor dipegang PKR, bermaksud tiada lagi serbuan-serbuan keatas tempat-tempat maksiat l...

PAS SELANGOR DAH JADI CAP AYAM?

Esok akan ke Terengganu. Mungkin akan ke sana sehingga hari Khamis. Perlu balik awal. Kerana hendak memikirkan program semarak hijau di UPU yang diamanahkan untuk jaga. 2 hari program itu wajib dilakukan. Sepatutnya malam ini ada mesyuarat dengan JPrU bersama Kawasan untuk buat laporan. Namun hamba memohon ketua cawangan sahaja yang pergi hari ini mewakili cawangan, kerana hamba hendak berjalan jauh esok. Perlu merehatkan tubuh badan untuk memandu selama 6 jam minima. Badan hamba dah tua...... Pada 9 Februari pula, insyaAllah PAS Cawangan Rasa akan adakan ceramah sempena Maulidul Rasul di Dewan JKKK Kampung Melayu Rasa. Ustaz yang akan beri ceramah nanti adalah Ustaz Idris Ahmad. Masih memikirkan apa tentatif program selain ceramah. Tadi menonton berita. Sahaja untuk menyakitkan hati. Hamba buka TV3. Cerita seperti biasa, bantai pembangkang. Tetapi, hari ini lain sedikit, hari ini cerita berkenaan dengan tuduhan TV3 bahawa PAS sudah dibelasah rakan sendiri di Selangor kerana Exco...

PKR AKAN BERMASALAH PD PRU13 NANTI.

Penyedap mulut. Itu yang hamba boleh katakan terhadap apa yang diperkatakan oleh Iskandar tentang Exco portfolio perihal agama di Selangor. Hendak tahu, baca sini Portfolio agama: PAS S'gor yakin MB ambilalih sementara. Ini adalah kali pertama seorang TPJ Selangor selain MP Shah Alam bersuara didalam kemelut ini. Itupun melalui facebook. Semalam baru mesyuarat cawangan. Buat perancangan kerja-kerja untuk tahun 2012. Bincang-bincang, diputuskan bahawa apa-apa kerja untuk tahun ini, semuanya berkaitan dengan pilihanraya. Target kami, PRU13 adalah bulan 3. Cuti sekolah. Datang persoalan orang no. 2 cawangan, hal berkenaan PAS Selangor dipandang sebelah mata oleh rakan PKR isu tentang Exco agama. Jadi bagaimana hendak counter untuk memberi pencerahan kembali kepada pengundi di kampung? Hendak tahu apa jawapan rakan sejemaah. Tidak perlu susah-susah. Biar orang PKR sendiri buat kerja. Yang bertanding di sini pun PKR, bukan PAS. Hamba termenung. Dan dalam hati ada rasa setuju. Tetap...

KES SELANGOR; KHALID KENA PAU DENGAN KHALID?

Sekarang hamba sudah nampak, sesungguhnya, akan ada manusia akan mengatakan bahawa, "TIDAK SEMESTINYA PORTFOLIO TENTANG AGAMA ISLAM DIPEGANG OLEH PAS". Apabila kes di Selangor dijadikan sebagai rujukan, maka perlukah PAS berfikir 7-8juta kali jikalaulah PR menang besar pada PRU 13 nanti. PAS perlu memikirkan kesinambungan jemaah PAS ini tidak disama tarafkan dengan PKR yang sememangnya berideologikan tidak berteras kepada agama. PAS perlu dari sekarang menjadi peneraju kepada PR, peneraju yang tegas terhadap isu Islam dan perlu ada tanggungjawab dari semua ahli PAS agar PAS tidak dijadikan seperti parti politik Islam moderate. Peristiwa dimana Dr Ahmad Yunus hanya dijadikan sebagai Exco portfolio Adat Resam Melayu dan Belia dan Sukan tetapi tidak memegang Portfolio Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam diharap menjadi iktibar kepada PAS Selangor agar jangan ada kes-kes jatuh-menjatuh antara jemaah lagi selepas ini. Permainan politik tikam belakang dan serupa u...

MAHU CERITA SEDIKIT TENTANG HAMBA.

Hari ini kerja. Demam baru kebah. Kerja gitu-gitu sahaja hari ini. Badan masih letih. Makan nasi pun tidak berselera. Masuk petang, badan rasa sedap sedikit. Perut menjadi lapar. Dalam hati, 'apa ya, isteri tersayang masak hari ini?'. Nafsu makan menjawab dengan segera, 'jika sardin, sedap juga ni..'. Itulah hamba. Jika lapar sesuatu, sardin pun jadi. Jam 6.30 petang baru keluar ofis. Sampai rumah 3 minit kemudian. Ya, 3minit kemudian. Ha, ha,.. jangan dengki sama hamba wahai mereka yang bekerja di KL. Hamba memerlukan masa 3 minit sahaja untuk sampai kembali ke rumah dari pejabat. Sampai rumah, terus ke dapur, angkat tutup periuk, itu dia,.... sardin masak bawang,.. pergh.... membuatkan hamba bertambah cinta kepada isteri. Memang marbeles petang tadi. Badan baru sihat, selera baru datang, apa yang dihajat, seperti didengar oleh isteri. Memang ada six sense. Hamba bersyukur kepada Allah SWT, mendapat isteri yang mengerti 'selera' suaminya. Hendak kata iste...

MUSLIMAT MENYANYI; BETULKE NI?

Hari ini hamba demam. Tidak bekerja. Duduk di rumah, tidur. Mula demam 3 petang semalam. Maksudnya 2 hari tidak buka internet. Tiba-tiba, jam 4 petang tadi, buka internet, keluar cerita Muslimat PAS menyanyi. Apekehal lah pula ini? Hamba masuk youtube, menengokkan nyanyian itu. 3 minit lebih dia punya nanyi. Ada seorang perempuan, jadi ketua, nyanyi dengan pembesar suara, lain ikut. Tapi yang ikut-ikutnya, perempuan yang pakai tudung bukan labuh-labuh. Yang labuh, terperangkap disitu, tersipu-sipu, 'aku nak buat apa ni?'. Tiba-tiba, ada boomers pergi salam-salam. Tengok gaya pakaian, macam wanita PKR. Bukan Muslimat PAS. Pedulilah apa yang orang lain nak kata, hamba kata, yang bersalam itu, bukan Muslimat PAS. Kemudian, melihat yang menjadi ketua itu, setengah kata Aiman Athirah. Tengok 2-3 kali macam ya, tetapi rasa macam bukan. Tiba-tiba Dr. Mariah sebut dalam HarakahDaily, seperti 'defend' mereka yang menyanyi itu. Jika Dr. Mariah tiba-tiba sebut, maksudnya mem...

IRC DAN PENGLIBATAN DAKWAH DI MALAYSIA - SATU CATATAN RINGKAS

Ada kawan yang bertanya apa dia IRC. Hamba hendak jawab secara detail payah juga. Namun, tiba-tiba, hamba terjumpa blog kawan ini yang menerangkan sedikit sebanyak apa itu IRC. Jika hendak tahu, bacalah. Tetapi jangan pula kata yang IRC ini adalah parasit dalam PAS. IRC adalah IRC, PAS adalah PAS. Cuma, golongan parasit yang dimaksudkan hamba adalah mereka-mereka yang buat fitnah terhadap pemimpin dan ulama PAS seperti Tok Guru Abdul Hadi, Ustaz Harun Taib, Ustaz Nasharudin, Dato Mustaffa Ali, Ustaz Idris Ahmad, Dato Dr Hassan Ali, Dato Harun Din dan lain-lain. Itu yang hamba tidak boleh terima. Parasit yang mengfitnah mereka wajib dihapuskan selunyai-lunyainya..... Jika yang buat itu adalah IRC dalam PAS atau Suara Islam dalam PAS, maka mereka ini perlu dilunyaikan....... IRC DAN PENGLIBATAN DAKWAH DI MALAYSIA - SATU CATATAN RINGKAS Sejarah Penubuhannya                      ...

DALAM POLITIK, JANGAN LURUS BENDUL.

Hamba berkata terus terang, hamba tidak mahu Anwar Ibrahim menjadi PM Malaysia selepas Najib. Ianya adalah hak hamba untuk tidak bersetuju dan memilih siapa yang hamba berkenan untuk menjadi Perdana Menteri. Jika sesiapa yang ada menyoal hamba siapakah PM yang diingini selepas Najib, sudah pasti hamba akan kata Tok Guru Abdul Hadi Awang. Kerana apa hamba melihat demikian? Ini adalah kerana hamba tidak nampak apa yang Anwar boleh lakukan untuk memartabatkan Islam apabila beliau menjadi PM kelak berbanding dengan Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Namun, jika ya pun hamba tidak berkenan Anwar menjadi PM, hamba berasa gembira beliau tidak dipenjarakan kerana kes liwat2 ini. Tetapi tidaklah gembira sehingga mengeluarkan air mata jantan. Hamba tidak menangis kerana peristiwa itu. Anak lelaki apa dengan peristiwa begini pun menangis? Tetapi, jika ada berita kematian Tok Guru Nik Aziz, ini hamba tidak jamin hamba boleh menahan air mata hamba dari jatuh. Harap Tuan Guru Nik Aziz hidup dengan lebi...

ANWAR BEBAS; LAA,.. PATUT PUN POLIS BERI PERMIT HIMPUN....

Dekat-dekat habis meeting di tempat kerja, tiba-tiba dapat message dari kawan. Ingatkan message nak mengingatkan perlawanan Liverpool dengan MU bagi piala FA nanti, tetapi message dia kata, "Anwar bebas". Memang terkejut beruk hamba. Anwar bebas. Ish, PM Najib dah bertaubat ke? Apa-apa pun, hamba berasa bersyukur kerana melihat sinar institusi kehakiman di Malaysia ini seperti hendak ke arah bebas dan adil. Walaupun dari dalam lubuk hati hamba, tetap merasai seperti ada udang disebalik mee sahaja keputusan kebebasan Anwar itu. Dan hamba yakin, memang ada udang disebalik mee dari keputusan itu. Berbaik sangka dengan umno ini adalah sesuatu perbuatan yang tidak boleh diterima akal waras. Lebih-lebih lagi PRU 13 seperti terlalu dekat tarikhnya. Hamba yakin, akan ada satu projek lain yang sedang dibangunkan oleh umno untuk menjahanamkan Dato Seri Anwar Ibrahim. Dan hamba yakin, PRU 13 ini nanti akan menjadi PRU yang paling kotor dalam sejarah Malaysia. Oleh itu, kepada pejuan...

DR HASSAN ALI, TOLONG JGN IKUT ANWAR IBRAHIM.

Dr. Hassan Ali sudah tidak bersama PAS. Kembali kepada asal sebelum peristiwa reformasi dahulu. PAS Selangor tanpa Hassan Ali. Ada ramai insan yang mengatakan bahawa Dr. Hassan Ali tidak akan merayu untuk kes pemecatannya. Itu hamba no komen, kerana hamba bukan Dr. Hassan Ali. Namun, hamba akan melihat, ke mana arah Dr. Hassan Ali selepas ini. Didoakan janganlah sama sekali beliau bersama dengan umno. Cukuplah menjadi mangsa parasit, jangan Dr. sendiri yang menjadi parasit. Untuk meringankan sekejap peristiwa yang agak kelam ini, hendaklah juga hamba mengingatkan kepada semua para jemaah, sebelum ini juga, ada kepimpinan PAS yang telah dipecatkan dari PAS. Salah seorangnya adalah Ustaz Amaludin Darus. Salah seorang pioneer PAS dan beliau adalah bertanggung jawab mengenalkan PAS kepada rakyat Kelantan. Beliau adalah pengkritik tegar didalam PAS pada akhir 60-an dan awal 70-an. Ahli yang paling keras menentang PAS bersama Perikatan, ketika itu. Beliau dipecat, tetapi tidak pernah m...

DR HASSAN ALI DIPECAT PAS; SAPA GANTI EXCO AGAMA? SAARI? HA, HA....

Yap, memang kompem Dr. Hassan Ali kena pecat sebagai ahli PAS. Baca dalam akhbar HarakahDaily sebentar tadi ( PAS pecat Hasan Ali ). Seperti yang tidak disangka, akhirnya bekas PJ Selangor telah dipecat dari PAS. Itulah, lain kali, jangan terikut-ikut dengan nafsu amarah. Inilah akibatnya. Dalam politik, provokasi adalah satu perkara yang tidak sepatutnya dilayan. Setelah dilayan, inilah akibatnya. Namun, hamba sebenarnya tidak ambil kisah sangat tentang Dr. Hassan Ali ini dipecat atau tidak. Walaupun ianya perkara besar bagi kami yang berada di cawangan di tempat Melayu yang agak ultra, pasti akan bertanya apa kes Dr Hassan dipecat oleh PAS. Pihak cawangan perlu bersedia dengan berbagai-bagai pertanyaan dari 'orang-orang masjid' dan tok-tok imam yang atas pagar.  Hamba pasti umno di kampong2 akan gunakan PAS telah tunduk oleh DAP. Masak juga nanti kami hendak menjawabnya. Yang hamba paling ambil kisah ialah, siapakah yang akan mengganti Dr. Hassan sebagai EXCO Hal Ehwal I...

HASSAN ALI KENA PECAT PAS?

Baru tadi, ada dapat matlumat bahawa, Dr. Hassan Ali telah dipecat dari ahli PAS. Betul ke tidak cerita itu, masih belum dipastikan. Namun, ianya boleh dirayu oleh pihak Dr. Hassan Ali. Namun jika betul, fuih, memang dasyat penangan nasihat Azmin Ali. Pemimpin PAS Shah Alam seronok sangat ke nanti? Ketua penerangan Selangor, Bendahari, dan PJ3 telah melaksanakan tugas yg cemerlang untuk itu?...... Namun, jika betullah berita itu, jika tidak,.. akan ada usaha lain ke arah itu?

PM NAJIB KANTOI LG MENIPU WARGA FELDA.

Imej
Semalam, Najib kata rumah di Felda Soeharto tidak dapat buat kerana Kerajaan Negeri tidak beri lampu hijau ( PM kecewa projek perumahan Felda Soeharto tergendala ). Kemudian hari ini, MB Selangor kata, kerajaan Pusat tidak memohon pun untuk buat projek perumahan di Felda Soeharto ( MB: Tiada permohonan projek perumahan di Felda Gedangsa ). Walau tajuknya pada Felda berlainan, tetapi anda semua kena baca dahulu isinya, baru tahu betapa menipunya Najib. PM Najib kantoi lagi. Betapa seronoknya Najib memperbodohkan peneroka Felda. Bermula dengan memaksa Felda menerima Isa Samad menjadi pengerusi, kemudian buat kerja membursa sahamkan Felda dan terkini, menipu satu-satunya peneroka Felda yang berada di bumi Selangor. "Siakap Senohong Gelama Ikan Duri, Bercakap bohong lama-lama jadi Najibi"

E'ELE, AZMIN, CAP AYAM HANG!

Pelik hamba tengok ayat mamat sorang ini. Seperti yakin sungguh PR akan menang besar dalam PRU 13 nanti. Atau lebih direct hamba kata. Seperti hendak ganti Anwar sahaja selepas 9 Januari ini. Kot ye pun, rileks la tuan. Hamba tidak berminat dengan kome. Satunya cerita ini, " Jika Ku Li boleh jadi PM, saya tak boleh ke, gurau Azmi n". Setahu hamba, politician, jika cakap gurau, maksudnya betul sangatlah dia berkenan itu. Rilekslah dahulu. Tunggu lepas 9 Januari. Ayat seperti menunggu-nunggu Dato Seri Anwar masuk penjara sahaja. Nauzubillahminzalik. Anwar masih bebas ya. Beliau masih belum dipenjarakan. Keduanya, berkenaan cerita ini PKR desak PAS bertindak atas keceluparan Hasan Ali . Amboi, sedap mulut desak-desak PAS bertindak. Janganlah kecoh-kecoh, PAS tahulah bagaimana hendak bertindak dengan Dr. Hassan Ali. Ini main desak-desak. Rilekslah. Kasihan Dr. Rani kena 'pressure' macam-macam untuk ambil tindakan terhadap Dr. Hassan Ali. Sudahlah kena pressure dengan ...

HAMBA SETUJU SANGAT FELDA DIBURSA SAHAMKAN.

Ribut tadi di Hulu Selangor. PM datang menjenguk. Bukan jenguk apa pun. Jenguk 4 tempat. Felda Gedangsa. Masjid KKB, pejabat umno depan masjid KKB untuk makan, dan akhirnya ke karnival seronok-seronok di Bukit Beruntung. Hamba tunggu di masjid Rasa. Tiadalah pula PM datang menjenguk. Kasihan Mat Isa, kampung dia tiada siapa sudi datang menjenguk. Hamba bukannya hendak bercerita sangat tentang PM datang ke Hulu Selangor. Tidak. Cumanya hamba hendak bercerita tentang apa yang Najib cerita pada peneroka Felda Gedangsa. Dia kata, peneroka sepatutnya bersetuju dengan cadangan hendak meng'saham'kan harta Felda ke bursa Malaysia sebanyak 30%. Lagi 70%, warga Felda berebut sesama sendiri, lagi 30%, free market..... Ok le tu. Harta benda Felda hendak direbutkan kepada orang bukan Felda, ada chance le hamba hendak kaut keuntungan dari keringat peluh warga peneroka..... Warga peneroka, tiap-tiap hari masuk ladang keluar peluh menggemukkan buah sawit, hamba rileks depan komputer, te...

DR HASSAN ALI BUAT HAL LAGI; 2 BETUL, 1 SALAH.

Ini ada 3 cerita tentang YB Dr Hassan Ali. 1 cerita cap ayam, 2 cerita menarik minda hamba. Kesemua 3 cerita ini hamba baca didalam MalaysiaKini. Akhbar liberal dan juga tempat puak-puak Islam liberal duduk di kerusi empok. Cerita 1 yang cap ayam, tidak lain dan tidak bukan ialah kenyataan beliau berkenaan dengan 901 ( Demo 901: Hasan tak hadir, nasihati pelajar elaknya ). Memang betul-betul menguji minda hamba untuk tidak mahu bersalah sangka pada Dr Hassan Ali bahawa beliau ini memang sudah berpatah arang dengan PR (bukan dengan PAS ye..).

AYAT CAP AYAM; ANAK AKU NAK BUKA TUDUNG, APA KORANG SIBUK?

Imej
Melihat kepada dunia Melayu sekarang, sudah ada trend dimana, apa-apa maksiat yang dilakukan oleh orang Melayu, kemudian ditegur, telah menjadi satu perbuatan yang terlarang atau dipanggil oleh orang-orang dahulu-kala, menjaga tepi kain orang. Samada teguran itu berbentuk dakwah atau sindiran, ianya telah dicopkan sebagai, menjaga tepi kain orang. Tidak kira, teguran itu adalah untuk kebaikan, ianya telah dianggap sebagai perbuatan taboo kepada bangsa Melayu. Apalagi jika teguran itu sehingga mengaibkan sipelaku, maka lebih teruklah sekumpulan masyarakat ingin men'defend' orang yang bermaksiat itu.

SELEPAS PRU13, APA AKAN BERLAKU?

Apa sebenarnya rakyat Malaysia mahu? Apa yang rakyat Malaysia inginkan dari sesebuah kerajaan yang memerintah? Adakah kesemua kemahuan rakyat, perlu dilunaskan oleh pemerintah untuk menjadikan pemerintahan itu sebuah kerajaan yang baik? Cuba anda bertanya kepada rakyat marhaen. Apa yang mereka mahu? Mahu hidup aman? Mahu hidup dengan kesenangan? Apa pula yang dimaksudkan dengan hidup aman dan kesenangan itu? Mahu hidup bebas? Mahu hidup tidak dibelenggu dengan undang-undang yang zalim? Apa pula yang dimaksudkan dengan hidup bebas? Dan apakah penilaian yang mengatakan undang-undang itu zalim? Mari kita ambil contoh, undang-undang yang zalim. Persoalan yang ingin ditimbulkan disini, apakah kriteria penilaian yang menyempadankan undang-undang itu zalim atau tidak? Apakah piawai yang digunakan? Piawai kemanusiaan? Apakemendenya piawai kemanusiaan itu? Ikut tahap pemikiran siapa yang akan kita gunakan untuk membentuk penilaian norma-norma zalim atau tidak zalim. Undang-undang menghara...

REMPUH TRAILER; MAYAT HANCUR BERGELIMPANGAN, ASTAGHFIRULLAH..

Imej
Pagi tadi, hamba ke Rawang untuk menyetelkan pembayaran zakat pendapatan isteri. Hendak diberi kepada asnaf miskin. Sebelum ke Rawang, hamba makan di Batang Kali terlebih dahulu. Roti canai bawang, nasi lemak dan teh-o suam. Itu yang hamba pesan. Sebelum tunggu order sampai, hamba membelek-belek kedai jual akhbar disebelah. Belek punya belek punya belek, ternampak satu tajuk yang agak mencabar minda hamba, 'Mayat hancur di gerai buah". Apa cerita mayat hancur di gerai buah? Kena bom ke? Nasib baiklah akhbar itu memaparkan gambar-gambar kereta tunggang terbalik kemalangan. Adalah hint sedikit bahawa ianya berkaitan dengan kemalangan kereta. Tetapi, mayat hancur,.... berat ni..

KES UPSI; APA KES POLIS NI (2)

Imej
Kadang-kadang, hamba berpendapat, kemasukan untuk menjadi polis diwajibkan untuk mendapat ijazah sekurang-kurangnya 2nd lower. Untuk menjadi polis berpangkat paling rendah, individu itu patut sekurang-kurangnya memegang sijil SKM3. Bukan takat ada PMR dan SPM gred 3 sahaja. Bukannya apa. Melihat tindakan mereka terhadap rakyat, melihatkan tahap akal mereka yang tidak boleh berfikir sebagai manusia yang pintar. Atau paling sopan hamba hendak kata, polis majoritinya akal bodoh lagi rendah IQ. Sebelah kiri itu bukan FRU. Mereka adalah bomba. Ha, ha.. Sikap memegang amanah untuk menjaga rakyat telah ditukar kepada menjaga umno. Kot ye pun hendak menyuraikan demonstrasi haram (yang sepatutnya tidak haram), buatlah seperti menyuraikan demonstrasi perkasa, pekida dan umno yang berlambak berlaku di Kedah, Penang dan Selangor. Betul-betul macam sial polis Tanjung Malim. Kasar bahasa hamba. Kerana apa? Kerana mereka juga berkasar terhadap pejuang mahasiswa. Sudahlah bersikap kasar lagi ...

KES UPSI; APA KES POLIS NI?

Lain kali, jika di rumah, tolong jangan letak merata-rata handphone. Nanti ada kawan sms, tidak tahu apa cerita. Dan inilah yang berlaku pada hamba hari ini. Message entah bila datang, baru lepas maghrib tadi hamba baca. Cerita smsnya adalah seperti dibawah, " Terkini! Semua pemuda wajib turun ke Balai Polis Tg Malim sekarang! Arahan KP Tantawi! Allahuakbar!" Ini sms dari Ketua Pemuda Cawangan tempat hamba. Hamba pun keliru, apa pasal lah pula perlu ke Balai polis Tanjung Malim? Apa cerita?.... Ya, hamba tidak tahu menahu cerita pelajar UPSI dibelasah FRU kerana demo 'Mansuh ISA'. Tidak tahu langsung. Inilah akibatnya jika seharian tidak membuka laptop melayar internet. Yang rakan-rakan jemaah pun, kenapalah tidak telepon hamba... Namun, apa-apa pun, Pemuda cawangan Rasa berjaya pergi dengan 2 buah kereta ke sana. Apa story mereka pergi ke sana, nanti hamba hendak cerita kemudian......