PAS SELANGOR DAH JADI CAP AYAM?

Esok akan ke Terengganu. Mungkin akan ke sana sehingga hari Khamis. Perlu balik awal. Kerana hendak memikirkan program semarak hijau di UPU yang diamanahkan untuk jaga. 2 hari program itu wajib dilakukan. Sepatutnya malam ini ada mesyuarat dengan JPrU bersama Kawasan untuk buat laporan.

Namun hamba memohon ketua cawangan sahaja yang pergi hari ini mewakili cawangan, kerana hamba hendak berjalan jauh esok. Perlu merehatkan tubuh badan untuk memandu selama 6 jam minima. Badan hamba dah tua......

Pada 9 Februari pula, insyaAllah PAS Cawangan Rasa akan adakan ceramah sempena Maulidul Rasul di Dewan JKKK Kampung Melayu Rasa. Ustaz yang akan beri ceramah nanti adalah Ustaz Idris Ahmad. Masih memikirkan apa tentatif program selain ceramah.

Tadi menonton berita. Sahaja untuk menyakitkan hati. Hamba buka TV3. Cerita seperti biasa, bantai pembangkang. Tetapi, hari ini lain sedikit, hari ini cerita berkenaan dengan tuduhan TV3 bahawa PAS sudah dibelasah rakan sendiri di Selangor kerana Exco portfolio agama Islam dipegang PKR. Bab ini hamba susah sedikit hendak counter jika ada orang kampung bertanya. Kerana hamba pun sendiri amat tidak berpuas hati dengan apa yang terjadi kepada PAS Selangor sekarang. Macam cap ayam.......

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Salam!

Tuan tidak perlu risau potfolio tersebut dipegang MB Selangor. Tuan teruskan kerja kita selama ini. Tujuan MB buat macam tu ada perkara yang kita tidak ketahui. Almaklum dan MAIS dan JAIS ada puak-puak UMNO yang berkepentingan yang harus ditangani.

Saya sering berurusan denga JAIS dan MAIS. Saya masak juga dengan karenah mereka ini.

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?