ANWAR BEBAS; LAA,.. PATUT PUN POLIS BERI PERMIT HIMPUN....

Dekat-dekat habis meeting di tempat kerja, tiba-tiba dapat message dari kawan. Ingatkan message nak mengingatkan perlawanan Liverpool dengan MU bagi piala FA nanti, tetapi message dia kata, "Anwar bebas". Memang terkejut beruk hamba. Anwar bebas. Ish, PM Najib dah bertaubat ke?

Apa-apa pun, hamba berasa bersyukur kerana melihat sinar institusi kehakiman di Malaysia ini seperti hendak ke arah bebas dan adil. Walaupun dari dalam lubuk hati hamba, tetap merasai seperti ada udang disebalik mee sahaja keputusan kebebasan Anwar itu. Dan hamba yakin, memang ada udang disebalik mee dari keputusan itu. Berbaik sangka dengan umno ini adalah sesuatu perbuatan yang tidak boleh diterima akal waras. Lebih-lebih lagi PRU 13 seperti terlalu dekat tarikhnya.

Hamba yakin, akan ada satu projek lain yang sedang dibangunkan oleh umno untuk menjahanamkan Dato Seri Anwar Ibrahim. Dan hamba yakin, PRU 13 ini nanti akan menjadi PRU yang paling kotor dalam sejarah Malaysia. Oleh itu, kepada pejuang-pejuang, tumpukan perhatian, jangan leka dengan 'kemenangan' moral dari pembebasan Anwar ini. Hamba yakin, selepas ini, umno akan menumpukan untuk menjatuhkan maruah Anwar dalam bentuk lain. Bentuk yang lebih licik......

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?