KES UPSI; APA KES POLIS NI (2)

Kadang-kadang, hamba berpendapat, kemasukan untuk menjadi polis diwajibkan untuk mendapat ijazah sekurang-kurangnya 2nd lower. Untuk menjadi polis berpangkat paling rendah, individu itu patut sekurang-kurangnya memegang sijil SKM3. Bukan takat ada PMR dan SPM gred 3 sahaja.

Bukannya apa. Melihat tindakan mereka terhadap rakyat, melihatkan tahap akal mereka yang tidak boleh berfikir sebagai manusia yang pintar. Atau paling sopan hamba hendak kata, polis majoritinya akal bodoh lagi rendah IQ.
Sebelah kiri itu bukan FRU. Mereka adalah bomba. Ha, ha..

Sikap memegang amanah untuk menjaga rakyat telah ditukar kepada menjaga umno. Kot ye pun hendak menyuraikan demonstrasi haram (yang sepatutnya tidak haram), buatlah seperti menyuraikan demonstrasi perkasa, pekida dan umno yang berlambak berlaku di Kedah, Penang dan Selangor. Betul-betul macam sial polis Tanjung Malim.

Kasar bahasa hamba. Kerana apa? Kerana mereka juga berkasar terhadap pejuang mahasiswa. Sudahlah bersikap kasar lagi brutal terhadap mahasiswa, tidak mengaku pula. Apa kes polis ini? Sudahlah gila kuasa, kemudian cakap menipu pula itu.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata dakwaan yang tersebar di beberapa blog mengenai kecederaan dua anggota SMM akibat dipukul Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) adalah tidak benar dan merupakan fitnah.

Saya tumbuk diri sendiri sehingga patah hidung. Penipu punya polis!
Hendak baca penuh, sila ke sini

Namun, kerana telah hamba katakan, polis ini bodoh, beliau terlupa ada polis lain cerita begini pula,

A Perak police officer defended today the force’s rough treatment and subsequent arrest of student activists, who refused to disperse in a pre-dawn campus rally, saying scuffles happened in the heat of the moment and were not planned.
Seorang pegawai polis Perak telah mempertahankan tindakan kasar dan penangkapan terhadap aktivis pelajar, yang  tidak mengendahkan arahan polis untuk bersurai pada demonstrasi kampus diawal pagi dan menyebut bahawa pergeseran berlaku pada waktu 'panas' dan berlaku secara sepontan.

Nak baca penuh, sila ke sini.

Entah apa-apa entahlah perangai polis ini dulu kini dan janganlah selamanya. Patutlah hamba lihat, anak-anak polis, majoritinya tidak menjadi. Semuanya samada akan rosak atau jadi orang tidak berguna. Dah bapak mereka makan duit tidak berkat.....

"Siakap Senohong Gelama Ikan Duri, Bercakap bohong lama-lama jadi Polisi"

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Isu utama yang sedang dihadapi oleh mahasiswa UPSI ialah graduan UPSI tiada tempat untuk mengajar.

Cara penyelesaiannya ialah melakukan conversion ijazah Sarjana Muda Pendidikan kepada ijazah Sarjana Muda Sains/Kejuruteraan/Sains Komputer/Pentadbiran Perniagaan/Ekonomi dengan PGCE yang mempunyai nilai mata kredit untuk ijazah sarjana (perlu ditambah setahun atau setahun setengah lagi) supaya graduan UPSI lebih mempunyai nilai komersil.

Apabila ini dilakukan, peristiwa UPSI pasti tidak akan berlaku lagi
ibnmustaffa berkata…
Betul, tanpa nama berkata benar dan hamba setuju 100%.

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?