REMPUH TRAILER; MAYAT HANCUR BERGELIMPANGAN, ASTAGHFIRULLAH..

Pagi tadi, hamba ke Rawang untuk menyetelkan pembayaran zakat pendapatan isteri. Hendak diberi kepada asnaf miskin. Sebelum ke Rawang, hamba makan di Batang Kali terlebih dahulu. Roti canai bawang, nasi lemak dan teh-o suam. Itu yang hamba pesan. Sebelum tunggu order sampai, hamba membelek-belek kedai jual akhbar disebelah.

Belek punya belek punya belek, ternampak satu tajuk yang agak mencabar minda hamba, 'Mayat hancur di gerai buah". Apa cerita mayat hancur di gerai buah? Kena bom ke? Nasib baiklah akhbar itu memaparkan gambar-gambar kereta tunggang terbalik kemalangan. Adalah hint sedikit bahawa ianya berkaitan dengan kemalangan kereta. Tetapi, mayat hancur,.... berat ni..



Hamba terus beli akhbar berkenaan. Tidak pernah seumur hidup hamba membeli akhbar Kosmo, inilah kali pertama dalam sejarah hamba membeli akhbar 'sayap kanan' Berita Harian. Hamba beri RM1 pada sitokey kedai. Perempuan. Dia tengok muka hamba dengan wajah seposennya. Hamba tengok muka tokey itu, juga dengan wajah seposen.

"Lagi 2 posen. Harga baru RM1.20". Bagitau tokey perempuan itu. Laa,.. patutlah muka dia muka seposen, tak cukup 2 posen rupanya.....

Sambil makan, hamba baca cerita 'mayat hancur' itu dengan asyik sekali. Sebutir-butir ayat dalam akhbar itu hamba baca. Tidak mahu tinggal satu huruf pun untuk mengetahui apa sebenarnya berlaku sehingga mayat boleh hancur.

Setelah baca dengan tekun, maka barulah hamba tahu, ada kemalangan berlaku terhadap kereta MPV Honda Stream. Kereta Stream itu dipandu laju, memotong kereta disebelah kiri, iaitu jalan kecemasan, kemudian selepas memotong, ingin masuk balik ke jalan, ianya terbabas ke kanan jalan lalu merempuh Trailer besar membawa tong gas. Punyalah kuat hentaman, kereta itu terpelanting dengan penumpangnya sekali dijalanraya dan gerai kedai buah. Astaghfirullah.


7 orang terbunuh, seorang cedera parah (pemandu trailer), dan peristiwa ini berlaku di Lekir, batu 6, jam 10.35 malam.

Hamba rasa boleh bayangkan tempat kejadian, kerana hamba biasa dengan jalan itu jika hendak ke Setiawan dan Lumut untuk melawat mak saudara. Tepi jalan kecemasannya memang agak besar, tetapi, memotong disebelah kiri? Adoila.... apalah punya kes ini..

Hamba ingatkan, dengan terkorbannya 7 orang didalam kereta MPV Stream itu, maka kesemua penumpang kereta yang meninggal dunia, rupa-rupanya tidak. Ada 4 lagi penumpang yang selamat. Ya, ada 4 lagi penumpang yang selamat. Maksudnya, kesemua manusia yang menaiki kereta Stream itu adalah 11 orang. Diulangi, 11 orang.

Hamba pun bawa kereta MPV. Honda Odyssey. Paling ramai dan selamat, penumpang kereta termasuk pemandu adalah 7 orang. 2 depan, 3 tengah dan 2 belakang. Tetapi, jika hendak bawa sehingga 8 orang pun, masih boleh, tambah lagi seorang dibelakang, jadi 2-3-3. Kereta masih stabil, tapi janganlah bawa laju. Pasti akan terhoyong-hayang.

Honda MPV Stream
Dan perlu diberitahu, Honda Odyssey adalah lebih besar dari Honda Stream. Maka membawa 11 orang didalam kerta itu, memang sesuatu yang PATUT diHINDARI. Jika hendak bawa juga, bawalah dengan perlahan. Maksimum 70km/j. Bawa ramai penumpang memang berbeza yang amat berbanding membawa kereta sorang-sorang.

Hamba memang cukup kasihan kepada 4 rakan yang terselamat itu. Sudah pasti, mereka akan menjadi amat fobia dengan peristiwa yang berlaku. Melihat rakan-rakan hancur akibat perlanggaran itu. Hamba memang tidak boleh membayangkannya dan memang tidak mahu membayangkannya pun. Cukup tragis!

Oleh itu anak muda dan juga gen x dan boomers, jika hendakbawa kenderaan itu, fikir, berhati-hati dan selalu mempercayai perasaan keenam kita. Jika ada perasaan tidak selamat jika hendak melakukan sesuatu semasa membawa kenderaan, JANGAN buat! Percaya kepada six sense kita.

Hendak bawa laju, bawalah. Tetapi tengoklah kondusi jalanraya, kereta yang dipandu, suasana sekitar jalanraya dan banyak sikit kereta. Jika bawa Kenari, tapi bawa hingga 140km/j, itu mencari maut namanya. Bawa kereta 110km/j di kawasan kampung yang sibuk dengan orang kampung ke hulu ke hilir dengan motor atau basikal, itu hendak membunuh orang namanya.

Apa-apapun, bila memandu, perlulah berhati-hati, jangan layan ego kita.....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?