AYAT CAP AYAM; ANAK AKU NAK BUKA TUDUNG, APA KORANG SIBUK?

Melihat kepada dunia Melayu sekarang, sudah ada trend dimana, apa-apa maksiat yang dilakukan oleh orang Melayu, kemudian ditegur, telah menjadi satu perbuatan yang terlarang atau dipanggil oleh orang-orang dahulu-kala, menjaga tepi kain orang.

Samada teguran itu berbentuk dakwah atau sindiran, ianya telah dicopkan sebagai, menjaga tepi kain orang. Tidak kira, teguran itu adalah untuk kebaikan, ianya telah dianggap sebagai perbuatan taboo kepada bangsa Melayu. Apalagi jika teguran itu sehingga mengaibkan sipelaku, maka lebih teruklah sekumpulan masyarakat ingin men'defend' orang yang bermaksiat itu.



Mungkin agaknya, bangsa Melayu sekarang tidak mengerti apakah maksudnya dengan maksiat. Minum arak, berkhalwat, zina, adakah hanya itu dikategorikan sebagai maksiat? Yang tidak menutup aurat, tidakkah mereka juga sedang melakukan maksiat?

Harap, kawan2 beliau di UK ada 'menegurnya'.
Apalagi dengan manusia yang semasa bersekolah menengah memakai tudung, namun setelah ke menara gading di negara bekas penjajah, tidak menutup rambut, sebagai satu perbuatan kebiasaan remaja sekarang dan hanya mengikuti hawa nafsu untuk berfesyen?

Islam bukan datang dari ibu dan ayah, Islam datang dengan Al-Quran dan Sunnah. Perlu ingat! Jika ibu kita membeli pakaian yang menjurus kepada perlakuan maksiat, buat apa ikut? Adakah mak kita lebih berkuasa dari Allah SWT?

Tetapi percayalah, akan ada orang akan berkata, itu adalah hak peribadi mereka untuk berpakaian begini, tolong hormati keputusannya untuk membuka tudung, tolonglah meraikan perbezaan pendapat. Memang cap ayam apabila Islam Liberal bersuara......

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?