DR HASSAN ALI BUAT HAL LAGI; 2 BETUL, 1 SALAH.

Ini ada 3 cerita tentang YB Dr Hassan Ali. 1 cerita cap ayam, 2 cerita menarik minda hamba. Kesemua 3 cerita ini hamba baca didalam MalaysiaKini. Akhbar liberal dan juga tempat puak-puak Islam liberal duduk di kerusi empok.

Cerita 1 yang cap ayam, tidak lain dan tidak bukan ialah kenyataan beliau berkenaan dengan 901 (Demo 901: Hasan tak hadir, nasihati pelajar elaknya). Memang betul-betul menguji minda hamba untuk tidak mahu bersalah sangka pada Dr Hassan Ali bahawa beliau ini memang sudah berpatah arang dengan PR (bukan dengan PAS ye..).



Kot ye pun tidak setuju dengan 901, paling senangpun, cakap no komen je lah jika pemberita tanya soalan cepu mas itu. Apa? Ingat semua penyokong tegar PR bersetuju sangat ke untuk turun ke 901 nanti. Hamba adalah salah seorang yang tidak berapa berkenan dengan agenda 901 itu. Sebab fiil reformasi dahulu, adalah agak berbeza dengan 901 ini. Rasa lain macam, seperti turun demo ini hanya semata-mata perancangan agenda Azmin Ali. Tolong salahkan hamba jika hamba tersalah pendapat.

Untuk kes yang kedua pula adalah kes yang bertajuk Hasan Ali arah JAIS siasat Badrul Amin.Daripada MalaysiaKini, semestinya. Tajuknya seperti hendak memenjarakan Badrul Amin, tetapi apabila baca isi kandungan, lain macam pula bunyinya. Cuba baca apa yang Dr. Hassan Ali kata;

"Saya minta JAIS panggil dia untuk tanya sendiri dan selesaikan masalah ini dan kita minta ia diadakan dalam keadaan harmoni untuk mendapatkan kepastian mengenai kandungan ceramahnya itu," katanya kepada pemberita di Shah Alam, petang semalam.

Ada nada seperti menyuruh JAIS hentam Badrul Amin? Tiadakan. Tetapi, seperti luar biasa, MalaysiaKini yang fanatik anutan liberalnya membuat tajuk yang cukup tidak liberal. Seperti mahu memburukkan persepsi baik Dr. Hassan Ali untuk merungkaikan permasalahan tuduhan Ustaz Badrul Amin mem'Mahdi'kan Dato Sri Anwar Ibrahim. Memang cap ayam puak MalaysiaKini, kadang-kadang.

Yang ketiga, adalah satu cerita yang paling hamba setuju dari mulut YB Dr. Hassan Ali. Tajuknya ialah Hasan Ali cadang Nik Aziz, Hadi ganti Anwar jadi PM. Yang ini hamba setuju 100%. Jika ada sesiapa ahli PAS yang tidak setuju, memang sah mereka ini ada masalah dengan hala tuju perjuangan PAS. Yang ini tidak perlulah hamba cerita detail-detail, nama tajuk cerita pun sudah menerangkan apa yang dimaksudkan oleh beliau......

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?