HAMBA SETUJU SANGAT FELDA DIBURSA SAHAMKAN.

Ribut tadi di Hulu Selangor. PM datang menjenguk. Bukan jenguk apa pun. Jenguk 4 tempat. Felda Gedangsa. Masjid KKB, pejabat umno depan masjid KKB untuk makan, dan akhirnya ke karnival seronok-seronok di Bukit Beruntung. Hamba tunggu di masjid Rasa. Tiadalah pula PM datang menjenguk. Kasihan Mat Isa, kampung dia tiada siapa sudi datang menjenguk.

Hamba bukannya hendak bercerita sangat tentang PM datang ke Hulu Selangor. Tidak. Cumanya hamba hendak bercerita tentang apa yang Najib cerita pada peneroka Felda Gedangsa. Dia kata, peneroka sepatutnya bersetuju dengan cadangan hendak meng'saham'kan harta Felda ke bursa Malaysia sebanyak 30%. Lagi 70%, warga Felda berebut sesama sendiri, lagi 30%, free market..... Ok le tu.

Harta benda Felda hendak direbutkan kepada orang bukan Felda, ada chance le hamba hendak kaut keuntungan dari keringat peluh warga peneroka.....

Warga peneroka, tiap-tiap hari masuk ladang keluar peluh menggemukkan buah sawit, hamba rileks depan komputer, tekan hanphone, kabor dekat broker suruh beli saham Felda. Memang marvelous. Bukan senang hendak kaya senang dengan menggunakan keringat peluh warga Felda. Inilah peluang untuk buat duit. Tentang susah senang warga Felda, hamba peduli apa.

Siapa suruh setuju hendak mensahamkan 30% aset kome semua kepada orang luar. Hamba sebagai orang luar, sudah pasti tidak akan melepaskan peluang. Tetapi kena beringat, yang selalu main saham di bursa, adalah kaum cina. Nanti janganlah pula peneroka di sana membebel-bebel jika ada satu taiko Cina dapat membeli 30% saham Felda. Pergh... masak orang Felda.

Oleh itu, kepada peneroka, tolonglah bersetuju agar Felda di bursa sahamkan. Agar senang hamba dan rakan-rakan yang selalu main saham boleh kaut untung dari keringat peluh kalian semua. Orang luar jadi jutawan, warga Felda keluar peluh sahaja. Ok le tu,..... ha, ha, ha.....

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Apa salahnya? Biarkanlah mereka (peneroka Felda) dikenakan oleh UMNO. Kalau tak kerana mereka ini, dah lama UMNO dikuburkan. Kerana sebahagian besar golongan banggang inilah yang memangkah dan menyokong UMNO dalam setiap PRU menyebabkan rakyat lain menderita dengan berbagai tekanan dan kenaikkan harga petroleum dan barangan makanan. Ayuh pemimpin UMNO jual lah segala harta golongan banggang ini, semoga jasa kamu akan dikenang sebagai "menolong anjing tersepit". Tahniah UMNO kerana kau masih menjadi parti idola kepada manusia-manusia bijaksana ini.
Johan berkata…
Dalam buku Jingga menyatakan dalam masa 100 hari PR akan Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda. Cuba jelaskan agar semua orang jelas. Nampak jingga aja, kabur. Saya terbaca yang TANAH PERTANIAN FELDA 10 EKAR akan diagih-agihkan kepada semua kaum seramai 40 orang(
felda
0Suara Rakyat / February 14, 2012 1:44 pm
shareshare

Bubar Felda Jika Pakatan Rakyat Berjaya Memerintah
0). Maknanya seorang akan dapat 0.4 ekar, manakala tuan asal peneroka akan hanya dapat memiliki rumah dan bolehlah dijual untuk dikeluarkan. Adakah ini caranya dan adakah cara ini membantu peneroka asal.
Tanpa Nama berkata…
Johan berkata...

--->>>apa lagi, tuan blog jawablah, buat post baru tentang buku jingga

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?