Catatan

NAZRI DAN SPR DUA-DUA CAP AYAM.

Ada 2 cerita cap ayam yang saling kait mengait dengan keayamannya. Sila baca sini (Taja tambang dianggap rasuah) dan yang ini (Nazri: Bantuan segera ketika p'raya bukan rasuah) . Dua-dua cerita berkenaan rasuah pilihanraya, dan yang mana satu boleh pakai agaknya? Jika diteliti dengan betul-betul, hamba nampak sebenarnya kedua-dua kenyataan itu adalah salah lagi tidak betul. Yang dikatakan rasuah, disebut bukan rasuah, dan yang sememangnya bukan rasuah, dikatakan rasuah pula. Apa punya ayamlah Menteri dan kakitangan kerajaan sekarang ini. 'Hang undi aku, aku bagi basikal'. Bukan rasuah dikatakan Nazri. Apa buang tabiat menteri sepapan ini? Mengundi Ahli Parlimen dan ADUN adalah satu kerja memilih pemimpin. Bukannya basikal! Kerja memimpin adalah mentadbir sesuatu negara atau satu tempat agar rakyat dibawah naungannya hidup aman dan mendapat redha Allah SWT. Bukannya dapat basikal! Kerja AP dan ADUN adalah menggubal dan men'cipta' undang-undang dan perlembagaan negar...

POCO-POCO HARAM, PADAN MUKA MELAYU

Imej
Macam mana ni? Poco-poco haram! Apa wanita dan puteri umno hendak buat untuk aktiviti masa lapang? Menari balley le pulok? Haram! Itu yang disebut Mufti Perak berkenaan tarian poco-poco. Sesiapa yang menari poco-poco, akan berdosa dan kebarangkalian masuk neraka ditingkatkan. Padan muka melayu! Apalah senget sangat akal itu, yang dikecoh-kecohkan adalah tarian poco-poco. Apa? Ingat jika orang melayu tidak boleh menari akan membuat orang melayu kurang melayunya kah? Kata Majlis Fatwa Negeri Perak, tarian itu adalah ada hubungkait dengan pemujaan roh dan agama Kristian. Poco-poco ini datang diimport dari Jamaica. Memang patut haram pun. Padan muka melayu. Jika tiada unsur pemujaan dan agama Kristian pun, hamba bersetuju bebenor agar poco-poco ini diharamkan. Kerana cara menarinya pun mengada-ngada. Lenggok sana, lenggok sini. Pakcik-pakcik yang hendak ke surau pun boleh kemalangan melihat puteri-puteri umno menari poco ramai-ramai tengah padang dekat waktu maghrib. Itulah ...

APA? INGAT DUIT BOLEH BAWA MASUK SYURGA KA?

Imej
Hamba seronok membaca satu laporan akhbar di dalam utusan online tadi. Sila baca di sini . Tajuknya pun menarik, " Wang tidak boleh beli segala-galanya ". Namun agak dukacita, nama wartawan bagi laporan itu tidak ditulis diartikelnya. Seteruk-teruk cap ayam utusan meloya ini, ada juga artikel yang boleh digunapakai. Memang benar apa yang dicatitkan pada artikel itu, 'BAGI sesetengah orang, wang berkuasa menyelesaikan banyak masalah malah boleh melancarkan urusan dan jaminan untuk mencapai sesuatu matlamat' Siapakah yang dinyatakan olehnya bagi ayat 'sesetengah orang'? Adakah hanya kepada pemilik Mercedez itu, atau....? Suami Rosmah? Timbalan dia? Raja Sarawak berambut putih? Wak Jawa? 'Namun ramai tidak menyedari kuasa wang jugalah menyebabkan ramai tersungkur dan musnah kerananya. Wang juga menyebabkan kita silap membuat pilihan sehingga menjejaskan reputasi dan masa depan.' Cuba baca berulang-ulang kali ayat di atas. Lebih-lebih lagi kepada orang ...

MANA ANWAR DARI JAM 9.20 HINGGA 11.49PM PADA 21 FEB? NI JAWAPAN HAMBA..

Imej
Meh hamba hendak jawab soalan cap ayam mangkuk ayun si Faizah Utusan Meloya ( baca sini ). Hendak tahu mana Anwar Ibrahim dari jam 9.20pm hingga jam 11.39pm pada 21 Februari itu? Yang dikatakan tidak berTwitter pada ketika itu. Jawapannya; Anwar Ibrahim telah ke Restoran Mc D 24jam untuk membeli 50 biji Big Mac untuk dimakan sekali gus agar perut Anwar yang kempis itu akan menjadi boroi dalam masa 30 saat. Kemudian Anwar telah membeli air Coca cola juga dalam kuantiti 50, tetapi berunitkan liter untuk diminum juga dengan cara sekali gus agar perut Anwar akan kekal boroi untuk dirakam oleh Dato Eskay yang rupa sebiji macam Anwar Ibrahim. Disebabkan juga Dato Eskay adalah lebih hitam dari Anwar, maka adalah lebih elok filem biru keluaran mamat Melaka itu dibuat dalam hitam putih agar ke'real'an filem itu dapat direalkan lagi untuk memaksimumkan proses pengeliruan orang ramai yang suka tengok filem lucah menontonnya. (Baru hamba tahu, ramai wartawan suka tengok cerita biru) Sekian...

BUKAN ISLAM, TETAP AKAN KE NERAKA.

Hamba berasa sedih membaca berita ini (HOLY SCRIPTURES DESECRATED), jika benar beliau betul-betul yakin apa yang beliau katakan. Hamba teringat satu peristiwa yang berlaku oleh Saidina Omar Al-Khatab semasa beliau berada di Baitul Muqaddas; "Semasa Saidina Omar Radiallahuanhu sedang menaiki haiwan tunggangannya di Baitul Muqaddas, beliau melalui sebuah gereja. Tiba-tiba datang seorang rahib Kristian datang berlari-lari ke arahnya dengan berpakaian yang sungguh uzur. Maka Saidina Omar Radiallahuanhu bertanya khabar kepada rahib itu dan bertanya mengapa rahib itu berlari-lari ke arahnya? Mungkinkah ada sesuatu masalah? Jawab rahib itu, beliau berlari-lari ke arah Saidina Omar hanyalah untuk menghormati Khalifah Islam yang melalui gerejanya. Maka rahib itu kembali ke gerejanya. Melihat akan gelagat rahib itu, Saidina Omar tiba-tiba menangis. Lalu ditanya oleh sahabatnya yang lain mengapa Saidina Omar menangis? Maka jawab Saidina Omar, beliau menangis kerana melihat kezuhudan rahib K...

VIDEO LUCAH: HAMBA DAH KATA, JANGAN PADANG RENDAH UBN.

Sebelum ini, hamba ada bercerita tentang jangan 'under estimate' kepandaian lawan kita terutama ubn. Sebelum ini juga hamba ada mengatakan jangan memandang rendah keupayaan ubn untuk mereka mengekalkan kuasa di Malaysia. Dan ternyata perkara ini amat benar. Kerusi DUN Sarawak baru sahaja dibubarkan. Dan mungkin selang beberapa minggu, kerusi DUN Perak juga akan dibubarkan. Maka teruja-ujalah kita dari pihak PR untuk berkempen bagi memenangkan PR di Sarawak nanti. Namun, pada hari yang sama DUN Sarawak dibubarkan , keluar berita tidak senonoh di media tentang sebuah video 'biru' yang dikait dengan ketua Pembangkang. Maka dengan tidak semena-mena, semua jentera PR menumpukan kepada kes ini, seharian Isnin semalam. Serangan-serangan kepada ubn terutama isu KM Taib Mahmud, ditenggelami dengan isu video porno. Seharian pihak PR yang selama ini asyik menyerang ubn Sarawak, hari ini seperti terpaksa hanya membuat pertahanan kepada isu video porno ini. Satu hari rugi berkempen ...

UNDILAH LAGI BN. PADAN MUKA MELAYU.

Terima kasih bn kerana kamu mengajar rakyatnya menonton video lucah. Terima kasih juga kepada bn kerana kamu, rakyat sudah diajar untuk membiasakan diri dengan benda lucah. Terima kasih lagi kepada bn kerana kamu semua sudah mengajar kepada rakyat agar pandai menipu, memfitnah, berbohong, memburuk dan menghina orang lain. Padan muka Melayu. Terima kasih kepada orang Melayu yang masih lagi mengundi bn. Terima kasih orang Melayu kerana kamu, pemimpin bn kamu dengan selamba menggalakkan orang melayu menonton cerita lucah. Terima kasih lagi kepada orang Melayu kerana kamu, bn suka sangat buat benda haram menuduh orang meliwat dan zina. Bukan setakat menuduh, malah memaksa orang mempercayai penipuan si bn haram itu. Padan muka Melayu. Kepada rakyat Malaysia dan orang Melayu, undilah lagi bn umno apco agar seluruh rakyat Malaysia terutama orang Melayu dibiasakan untuk menonton filem lucah, memfitnah, berbohong, menipu,memburuk dan menghina orang lain hanya semata-mata kita tidak suka kepadan...