Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2010

PEMILIHAN PUNYA PASAL, UG TIMBUL KEMBALI?

Esok tahun hadapan. Tahun hadapan bagi tahun masehi. Tahun diwar-warkan akan diadakan PRU 13. Mungkin ya, mungkin tidak. Tetapi, apa yang pasti, pemilihan muktamar PAS akan berlangsung tahun itu, insyaAllah. Maka oleh kerana terwujudnya pemilihan, maka tidak semena-mena ada para-para blogger 'celaka' mewujudkan kembali cerita UG. Ada sesiapa yang bayar? Ada sesiapa yang arah? Hamba tidak tahu. Yang hamba tahu, benda ini diguna pakai dari peristiwa 'itu' semaksimum yang mungkin. Apa maksud 'itu'? Korang cari sendiri. Apa-apa pun, hamba tidak ambil port dengan perkara ini. Jika ada ahli PAS yang termakan cerita itu, maka bodohlah ahli PAS itu kerana tidak faham-faham akan perjuangan Islam.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

Kerja untuk hidup atau hidup untuk kerja? Ada beza ke maksud kedua-dua itu? Ada ..... Jika kita kerja untuk hidup, bermaksud pekerjaan yang dikerjakan oleh kita itu adalah untuk mendapatkan pendapatan untuk menjalankan kehidupan. Jika hidup untuk kerja pula, bermaksud pekerjaan yang dikerjakan oleh kita itu adalah sebab utama untuk kita hidup. Hidup kita adalah untuk kerja sahaja. Kehidupan yang lain adalah sampingan. Jadi yang manakah yang paling afdal untuk kita ikut? Kerja untuk hidup atau hidup untuk kerja. Jika hamba, hamba akan memilih kerja untuk hidup. Dan jika didengar oleh bos-bos, pasti mereka akan marah. Jika anak sakit, masuk hospital, dan pada waktu yang sama kita ada kerja yang penting di pejabat, yang mana satukah akan kita utamakan? Bersama anak atau tetap pergi bekerja? Apakah komitmen kita? Adakah lebih mengutamakan anak atau mengutamakan kerjaya kita? Peristiwa ini terjadi kepada hamba. Minggu lepas. Dan hamba memilih untuk bersama anak. Tidak memilih untuk tetap be...

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

Ada kawan-kawan yang mengucapkan selamat hari kelahiran Nabi Isa alaisalam pada hari ini, 25 Disember tahun 2010 Masehi. Itu adalah hak mereka untuk mengucapkan sedemikian dan hamba tidak membantahnya. Cuma, apa yang memusykilkan hamba, apakah tarikh 25 Disember itu sebagai tarikh kelahiran Nabi Isa Al-Maseh atau 1 Januari? Sebab itulah hamba tidak mahu mengucapkan ucapan selamat hari kelahiran Nabi Isa hari ini. Kerana pihak yang berakidahkan Nabi Isa itu sebagai anak tuhan pun keliru dengan tarikh itu, apalagi kami umat Islam yang tidak melampau taksubnya sehingga bertuhankan Nabi Isa. Isa atau Jesus bagi kami adalah Rasulullah, seorang manusia yang dilahir tanpa bapa, beribukan Siti Mariam yang suci. Sudah 2010 tahun Nabi Isa dilahirkan ke dunia. Dan sudah 1980 tahun Nabi Isa telah dinaikkan kelangit pertama untuk menunggu diturunkan bagi membunuh Dajjal. Ya, kami umat Islam pun menyayangi Nabi Isa sebagai Rasul, kami umat Islam bukan pengherdik Nabi-Nabi seperti Yahudi dan juga buk...

PMR: KEPUTUSAN BAGI KEMPEN PRU 13?

Keputusan PMR 2010 baru sahaja keluar. Pak Menteri dan Pak General Direktor kementerian semuanya suka-suka dengan keputusan yang diperolehi oleh pelajar-pelajar. 7% pelajar mendapat semua A dalam mata pelajaran yang diambil peperiksaan. 30,863 daripada 439,456 mendapat semua A. Yang mendapat semua E juga menurun. 386 pelajar PMR 2010 mendapat semua E dalam mata yang diambil peperiksaan. Apa yang akan berlaku kepada pelajar itu, wallahualam. Namun, ada kemusykilan yang hendak diketengahkan disini, apakah nilai markah untuk mendapatkan A pada PMR bagi tahun 2010? Adakah markah itu mengikut piawaian ataupun markah itu telah diturunkan agar keputusan PMR kali ini adalah keputusan untuk kempen pilihanraya umum? Hanya guru-guru yang mengajar sahaja yang mengetahui tahap kepandaian anak muridnya. Adakah guru-guru merasai bahawa pelajar-pelajar tingkatan 3 tahun ini layak diberi pujian menggunung oleh Kementerian Pelajaran atau ianya hanya laungan-laungan kempen politik kepartian agar menjadi ...

AKHIRNNYA KERAJAAN UBN MENGAKU APCO ADALAH PENASIHAT MEREKA.

Imej
Kerajaan UBN sekarang ini seperti begitu terdesak untuk menafikan slogan satu Malaysia adalah celupan idea one israel. Tahap kebimbangan mereka ini sehinggakan terpaksa membuat satu tindakan drastik menghukum 4 ahli perlimen PR dilarang memasuki sidang parlimen selama 6 bulan agar 4 ahli parlimen ini berjaya ditutup mulut. Tahap terdesak diaras space cop gaban pihak kerajaan UBN ini sehingga dengan cuainya memberikan afidavit APCO kepada rakyat Malaysia yang mengatakan APCO tiada kaitan dengan slogan satu Malaysia. Namun, tanpa disangka-sangka oleh kerajaan UBN ialah, dengan tindakan yang kelam kabut ini telah menyebabkan sebenarnya kerajaan UBN memang benar telah melantik sebuah syarikat asing dari Amerika Syarikat yang bergelar APCO Worldwide sebagai penasihat mereka. Kerajaan UBN telah mengiyakan apa yang didakwa oleh Anwar Ibrahim sebelum ini bahawa kerajaan UBN sekarang ini adalah dibawah telunjuk APCO yang penuh dengan penasihat dari Zionis Israel. Itamar Rabinovich adalah salah ...

SERONOK MENJAGA ANAK.

Imej
Hamba bolehlah dikategorikan sebagai seorang manusia yang baru mempunyai keluarga yang muda. Baru 5 tahun merasai nikmat hidup sebagai seorang suami, dan baru 4 tahun merasai nikmat mempunyai cahaya mata untuk dijagai. Seorang isteri dan baru 3 orang anak. Itulah aset kehidupan hamba yang amat berharga Allah SWT telah kurniakan kepada hamba. Merasai senang susah membesarkan anak yang baru mengenal hidup adalah satu tanggungan yang amat berat telah diujikan oleh Allah Rabbul Jalil kepada pasangan hidup yang baru sedang membangunkan satu institusi keluarga. Salah satu ujian yang diberikan ialah anak kecil yang sakit. Ini adalah satu ujian yang cukup berat menguji kesabaran ibu dan ayah. Anak hamba yang kedua masuk wad hospital lagi. Sudah 2 hari. Kakaknya baru baik demam tetapi masih batuk-batuk kuat serupa adiknya yang kecil. Semalam, hamba menjaga anak hamba Nurul Iman di hospital. Sepatutnya hanya ibu dan keluarga yang perempuan boleh menjaga anak kecil di wad pada malam hari. Tetapi ...

UBN DAPAT 2/3 PARLIMEN, BETUL KE?

4 ahli parlimen Pakatan Rakyat telah digantung memasuki Dewan Rakyat selama 6 bulan. DS Anwar Ibrahim, Sivarasa, Karpal dan Azmin. Speaker yang cap ayam telah dengan tidak berlaku adil menggantung keempat-empat MP itu. Terkeluar didalam tajuk besar akhbar laman web MalaysiaKini mengatakan, peristiwa penggantungan 4 ahli parlimen itu adalah sebenarnya satu tindakan jahat pihak UBN untuk mendapatkan kembali hak 2/3 di dalam dewan. Jika dilihat dari segi matematik, PKR sebelum ini yang mempunyai 31 kerusi Parlimen telah berkurangan sebanyak 6 kerusi, 5 dibeli dan satu kalah semasa PRK, bermaksud PKR sekarang hanya mempunyai 25 kerusi. (1 kerusi adalah milik PSM) DAP pula semasa PRU12 memenangi 28 kerusi, namun sekarang dapat menambah 1 lagi kerusi di Sarawak pada PRK lepas, bermaksud DAP ada 29 kerusi. Manakala PAS yang memenangi 23 kerusi terpaksa tolak 1 kerana sikap raja katak yang sentiasa melompat namun kembali kepada angka 23 kerusi apabila memenangi kerusi Kuala Terengganu merampas...

SELANGOR: PAS AKAN MENANG 14 DUN PADA PRU13 NANTI.

PAS akan menang 14 DUN pada PRU13 nanti jika PRU parlimen dan DUN Selangor berjalan serentak. Jika tidak serentak, PAS akan memenangi lebih dari 14 DUN. Ini adalah pendapat peribadi hamba. Sesiapa tidak bersetuju, biarkanlah. Ini kerana pada pendapat peribadi hamba, DUN Selangor PAS akan memenangi 14 kerusi. 8 kerusi akan dikekalkan dan 6 lagi akan bertambah dan yang akan kalah pada 6 lagi kerusi tambahan oleh PAS itu adalah umno. Bagaimana kira-kira yang mengatakan PAS akan menambahkan lagi 6 kerusi, itu adalah rahsia hamba. Statistik yang telah hamba kaji semenjak 2008 tidak akan didedahkan sewenang-wenangnya di dalam blog. Maka oleh itu, siap sedialah wahai ahli-ahli jemaah PAS agar bekerja ke arah itu. Iaitu bekerja ke arah kemenangan.

DEMO AIR : CERITA DISEBALIK GAMBAR.

Imej
Hamba hari ini hendak bercerita sedikit tentang gambar demo air ini,.... begini kisahnya,..... .......................................................... Sketsa 1 Hamba terlihat gambar ini di blog MSO. Beliau meminjamnya dari blog lain. Dan .... .... Ini adalah tangan beliau. Hamba snap apabila ternampak pejuang ini duduk ditepi dinding stesyen keretapi KL. Alhamdulillah, beliau berjaya melepaskan diri dari ditangkap, kerana ...... ....Pejuang-pejuang yang berada didepan (dibahagian tengah gambar, pejuang2 yg berada di tiang lampu) telah menuju ke arah polis meluru ke arah polis beramai-ramai untuk menyelamatkan mereka2 yang hendak ditangkap polis. Kami meluru ke depan lagi..... Dan lagi,.... namun selepas beberapa saat selepas snap ini, kami terpaksa berundur kerana ditembak gas pemedih mata. ........................................................................................................................... Sketsa 2: Ini adalah pancutan air asid pertama pasukan polis kepada pej...

DEMO AIR: CATATAN PERIBADI. (ada gambar di dalam)

Imej
Jam 10:52 pg, di rumah ibu, KL. "Waaa! Nak ikut ayah!!...." Anak kedua hamba menangis apabila hamba sedang memasuki kereta untuk pergi berdemo. "Tak boleh, ayah nak gi kerja ni,.." tipu sunat hamba kepada Nurul Iman. Dia ni manja sikit dengan hamba.. Jam 10:58, lorong Maarof, Bangsar. Berhenti beli bateri kamera di stesyen minyak Petronas. Bercadang hendak ambil gambar sebanyak yang mungkin sebagai kenang-kenangan berdemo. Hamba bercadang hendak menaiki LRT di stesyen Bangsar, turun di KL Central, naik komuter, turun di stesyen KL. Stesyen KL bersebelahan dengan Masjid Negara. 11:12pg, dalam LRT. Tenang, setenang naiknya 5 sen petrol kelmarin. Padan muka rakyat Malaysia yang menyokong BN. Tenang sungguh keadaan. Tiada polis yang menghalang untuk ke KL. Tiada road block di stesyen LRT Bangsar. Penumpang didalam LRT dalam keadaan tenang. Setenang kerajaan mengumum kenaikan 4 dalam 1 mereka semalam.. Tiba di KL Central, terus menuju ke perhentian komuter. Guna TouchNGo...