DEMO AIR: CATATAN PERIBADI. (ada gambar di dalam)
Tenang sungguh keadaan. Tiada polis yang menghalang untuk ke KL. Tiada road block di stesyen LRT Bangsar. Penumpang didalam LRT dalam keadaan tenang. Setenang kerajaan mengumum kenaikan 4 dalam 1 mereka semalam..
Tiba di KL Central, terus menuju ke perhentian komuter. Guna TouchNGo. Senang, tidak perlu beli tiket. Sampai sahaja di tempat menunggu, komuter sedang menunggu. Terus naik. Penuh.
Stesyen Komuter KL.
Hamba turun. Mencari jalan keluar. Tidak terperasan hamba, ramai lagi yang turun di situ.
Para baju merah yang lain yang hendak berdemo bersama.
Komuter yang dinaiki hamba.
Nak keluar ramai orang. Rileks belakang dahulu, sambil itu ambil gambar.
Masjid Negara.
Bukan setakat dia, ada lagi pemuda-pemuda dari Rasa dan Hulu Selangor sudah sampai lebih awal. Naib YDP PAS Kawasan Hulu Selangor juga ada.
Jam baru 11:45pg. Selepas solat tahyatul masjid, kami menunggu di dalam masjid untuk berdemo. Terjumpa Mat Sabu dan Ustaz Badrul Amin sedang diwawancara oleh TV Selangor agaknya. Snap 2 gambar. Selepas snap, terjumpa rakan-rakan lama dari PAS Segambut. Seronok sungguh hamba.
Mat Sabu dan Ustaz Badrul Amin sedang ditemuramah.
Tenang. Menunggu di dalam masjid.
Agenda bermula. Ucapan dibuat sebelum menuju ke Istana. Ramai yang sedang menuju ke tapak reformasi dahulu untuk bersama-sama meramaikan keadaan. Hamba masih berada di dalam masjid untuk mendapat angle yang baik bagi snap kamera.
Lepas zohor, jemaah berpusu-pusu keluar untuk berdemo. Rasa seperti solat Jumaat.
Orang ramai sedang menuju berhimpun di tapak Reformasi.
Pendemo sedang mendengar ucapan-ucapan dari kepimpinan.
Berpusu-pusu untuk berarak.
Pendemo sedang berarak ke Istana Negara.
Kereta rombongan MB Selangor ke istana Negara.
Selepas ambil beberapa snap gambar rombongan MB Selangor, hamba terus berlari ditengah-tengah orang ramai untuk ke hadapan arakan bagi mendapatkan snap gambar yang cantik.
Ketepi, ketepi, hamba hendak ke depan ni......
Mula-mula hamba dengar bunyi 'ketugh!'.
Macam pernah dengar bunyi ini. Bunyi tembakan gas pemedih mata. Tapi dalam hati mengatakan, 'eh, takkan lah. Tadi tengok polis seperti beri kerjasama.'. Beberapa saat kemudian, bunyi 'kting,.. kting' di sebelah kanan hamba.
Cis! Memang sah gas pemedih mata, betul-betul 3 kaki disebelah kanan hamba.
Kena lagi!
Hiduan asap yang amat memeritkan. Asap ini dicipta memang khas untuk memedihkan mata, tekak, hidung, kulit badan dan memeningkan kepala. Anda tidak boleh bernafas, tidak boleh berfikir dengan betul dan membuat anda pening lagi confuse.
Gas pemedih mata. Sebenarnya ada 2 tin gas, tetapi hero seorang ini telah baling satu tin ke arah polis kembali. Tak melecur ke tangan tu, panas tin tu..
Namun, hamba kuatkan semangat, ambil gambar mana yang patut. Terutama gambar 2 orang budak yang terkena gas itu. Betul-betul di sebelah hamba. Sambil-sambil tolong sempat lagi hamba snap 2 gambar. Gambar abangnya, agak hamba. Yang kecil lagi hamba tidak ambil. Maklumlah, semasa itu hamba pun tengah sakit, pening, batuk yang amat....
Caya budak muda, dapat pengalaman hidu gas racun. (Kepala hamba sedang pening ni semasa mengambil gambar budak macho ini.)
Best woooo,...... jomlah joint sekali.....:D
Polis kurang sopan membelasah rakyat yang hendak mengiringi MB ke Istana. Celaka punya BN.
Lori puaka. Menembak ke arah rakyat air asid beracun. Tidak lama lagi air asid tidak digunakan kerana air bertambah mahal....
Ini bukan air sabun. Ini air racun. Jangan minum. Tak boleh pakai punya SYABAS!
Baru lepas dibelasah polis. Basah itu bukan air hujan, itu air racun.
Ktak! Ktak! Ktak! Bunyi biasa FRU sedang mara ke depan. Apa lagi, snap gambarlah.
FRU tadi mara sehingga betul-betul depan hamba. Dan yang didepan itu FRU perempuan. Siap bertudung lagi. Yang nampak cortar sahaja sebelah kanan gambar, ketua dia. Hamba jerit pada mereka. "Woi! Tolonglah jangan tembak!!"
Ulasan
Allahuakbar!! untuk kali ini teman tak dapat nak turun..
Ada xtvt dunia yang tak dapat nak elak langsung!!
Jazakallah atas keberanian tuan hamba dan semua yang turun hari tu!
Kita jumpa di Demo Bersih 2 nanti!!
Allahuakbar!
Terima kasih atas perkongsian hebat. Tahniah kerana terpilih untuk turun demo. Lama dah saya tidak hadir ke demo begini, paling last adalah sewaktu BERSIH dulu.
Moga selepas ini saya berpeluang lagi untuk turun demo di KL.
Moga kita istiqamah dalam menurunkan pemimpin yang zalim itu.