NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

Ada kawan-kawan yang mengucapkan selamat hari kelahiran Nabi Isa alaisalam pada hari ini, 25 Disember tahun 2010 Masehi. Itu adalah hak mereka untuk mengucapkan sedemikian dan hamba tidak membantahnya.

Cuma, apa yang memusykilkan hamba, apakah tarikh 25 Disember itu sebagai tarikh kelahiran Nabi Isa Al-Maseh atau 1 Januari? Sebab itulah hamba tidak mahu mengucapkan ucapan selamat hari kelahiran Nabi Isa hari ini. Kerana pihak yang berakidahkan Nabi Isa itu sebagai anak tuhan pun keliru dengan tarikh itu, apalagi kami umat Islam yang tidak melampau taksubnya sehingga bertuhankan Nabi Isa. Isa atau Jesus bagi kami adalah Rasulullah, seorang manusia yang dilahir tanpa bapa, beribukan Siti Mariam yang suci.

Sudah 2010 tahun Nabi Isa dilahirkan ke dunia. Dan sudah 1980 tahun Nabi Isa telah dinaikkan kelangit pertama untuk menunggu diturunkan bagi membunuh Dajjal. Ya, kami umat Islam pun menyayangi Nabi Isa sebagai Rasul, kami umat Islam bukan pengherdik Nabi-Nabi seperti Yahudi dan juga bukan pengutuk kepada Rasul seperti puak Kristian mengutuk Nabi Muhammad SAW.

Islam adalah Ad-Deen, cara kehidupan dan satu-satunya agama diredhoi Allah, tuhan kita semua. Nabi Muhammad itu pastinya Islam dan Nabi Isa itu juga pastinya Islam. Islam adalah untuk semua dan hanya Islamlah kebenaran dan tiada benda lain yang benar melainkan Islam.

Ulasan

salam,

saya pernah bertanyakan seorang teman saya yang merupakan pensyarah perbandingan agama di univ abdul aziz jeddah mengenai kelahiran nabi isa dan sambutan christmas, jawapannya, tarikh tersebut amatlah diragui kerana kelahiran nabi isa adalah pada summer kerana diberitakan didalam alquran yg mariam mengambil tamar yg dikurniakan allah utk menguatkan dirinya ketika hamil nabi isa a.s. Tamar atau kurma hanya keluar ketika musim panas sahaja dan bukannya pada musim sejuk terang beliau lagi. daripada kajian menunjukkan itu adalah tarikh kelahiran seorang paderi yg berasal dari rome. wallahualam. mengenai ucapan kepada penganut kristian adalah amat dilarang sama sekali. namun berdasarkan artikel yg dikeluarkan oleh MAZA baru2 ini di dalam website beliau ianya harus diucapkan demi utk memelihara perpaduan dan tidak beritikad dengan apapun dari pengucapan tersebut. wallahualam... jika ada apa2 maklumat, bolehlah berkongsi bersama saya juga.
Tanpa Nama berkata…
Jd kesimpulannya jesus dan Nabi Isa AS adalah 2 individu berbeza. Krn menurut kristian jesus dilahirkan pd 25 Dis iaitu pd musim sejuk manakala Nabi Isa AS d lahirkan pd musim panas. Di dlm Islam tarikh kelahiran Nabi Isa AS tidak dispesifikkan. Aqidah jesus dan Nabi Isa AS pun berbeza d mana jesus dikatakan sbgai anak tuhan manakala Nabi Isa AS adalah pesuruh Allah yg mgajak manusia meyembah Allah tuhan yg satu.
Kalau org kristain tnya sy akan jwp mcm ni. Jesus dan Isa adalah individu berbeza. Sy xnk Nabi Isa AS nabi kita dicemari dgn agenda2 sesat yg dibawa phk kristian mgatakan jesus adalah Isa bg tujuan mrosakkan akidah umat Islam. Apabila kita mgakui jesus adalah isa sbnrnya skt sbyk kita msyirikkan agama Allah.

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?