DEMO AIR : CERITA DISEBALIK GAMBAR.
Hamba hari ini hendak bercerita sedikit tentang gambar demo air ini,.... begini kisahnya,.....
..........................................................
..........................................................
Sketsa 1

....Pejuang-pejuang yang berada didepan (dibahagian tengah gambar, pejuang2 yg berada di tiang lampu) telah menuju ke arah polis meluru ke arah polis beramai-ramai untuk menyelamatkan mereka2 yang hendak ditangkap polis.
Kami meluru ke depan lagi.....
Dan lagi,.... namun selepas beberapa saat selepas snap ini, kami terpaksa berundur kerana ditembak gas pemedih mata.
...........................................................................................................................
Sketsa 2:
....................................................................................
Sketsa 3
Suasana kecoh didepan. Maka hamba ke lokasi. (maaf gambar blur sebab berlari..), seorang unit amal menyuruh pejuang-pejuang masuk ke dalam ruang stesyen KL.
Sampai lokasi , syeikh unit amal pun sedang berundur ke dalam stesyen KL....
.... dan seorang lagi pejuang siap pegang satu beg garam juga sedang berundur ke dalam stesyen, kenapa ya?. (Tetapi yang peliknya 'ustaz' yang pegang baner kadbod kuning itu rileks je) ....
.....Hamba toleh ke kanan. Oh! Patutlah, asap gas pemedih mata..... cabut!! Tekak, hidung, mata sudah terasa perik! (Alhamdulillah, dapat juga snap sekali masa berlari tu...:))
........................................
Sketsa 3
........................................
Sketsa 4.
Ktup! Ktup! Ktup! FRU sedang mara ke hadapan.
Eh? Ada seorang yang lain dari yang lain dalam banyak-banyak FRU itu. Tengok betul-betul pada gambar yang dibulat itu. Ya, seorang perempuan, bertudung pula tu....
... dan semasa FRU berhenti betul2 depan hamba, nampak tidak apa FRU perempuan ini pegang. Ya, senapang gas pemedih mata. Dan mamat depan itu (anak panah), adalah ketuanya yang akan mengarahkan untuk bertindak. Mungkinkah ......
..... tembakan FRU perempuan itu menyebabkan kejadian ini berlaku. Sial kau BN!
Mana pula lori puaka ini hendak menembak? Kami di sinilah, yang tembak di sana tu mengapa?....
.... tetapi apabila dipandang betul-betul, di sana pun ada pejuang yang terpisah. Nasib la kawan, mandi percuma hari ini, selepas ini, polis tidak guna air sebab harga air sudah naik,.... ha! ha!.... :D
......................................................
Gambar yang paling hamba berkenan. Permulaan pancutan air dari lori puaka....
.... sebab, semua gambar di dalam demo air ini, digunakan dengan digital kamera cap ayam ini..... Kodak easy share C513, 5 Megapixel je ..... :)
..........................................................
Sketsa 5
......................................................
Sketsa akhir
Ulasan