KES REZA SHARIZ; PR MEMANG BODO DLM TINDAKAN.
Dengan tiba-tiba, kes Reza Shariz meletup seperti letupan bom di Danok. Dengan tidak semena-mena, anak tiri PM Malaysia kini menjadi superstar dalam alam maya. Hanya kerana pembelian rumah multi milion di US akhir bulan 12, tahun 2012 dahulu. Dengan serta merta, keseluruhan ahli politician, dan juga blog-blog pro-pakatan, menjadi suara pengkritik yang terkini lagi cemerlang, menghentam tubi batang tubuh anak tiri Najib PM Malaysia. Sebelum ini, selama ini, sepanjang karier politik Najib Razak, sehingga beliau menjadi PM Malaysia sekalipun, tiada seorang pun manusia di bumi Malaysia ini, yang kenal atau ambil tahu siapa Reza Shariz. Tetapi, oleh kerana pembelian yang multi million ini oleh seorang anak Melayu, maka ianya menjadi gosip panas. Yang pelik bin ajaibnya, pengkritik-pengkritik beliau, tidak tahu pun siapa dia Reza ini. Tidak tahupun, sejarah kehidupan beliau sebagai anak Rosmah berbapatirikan Najib Razak. Tiada siapa tahu, beliau ini kecenderungannya, kearah mana. T...