ISRAEL DAN KENYATAAN PERDAGANGAN OLEH UMNO/BN


oleh Pejuang Sunyi

Hubungan dagang Malaysia dan negara haram Israel,Anak Tun Madey dalam jawapan dalam Parlimen menyatakan:

"Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, seperti yang saya menyatakan tadi Jemaah Menteri pada tahun 1996 telah pun membuat keputusan untuk membenarkan ataupun meluluskan permit import dan eksport sekiranya ia dipohon oleh syarikat syarikat yang menggunakan alat-alat dan komponen daripada Israel dan ke Israel. Jadi mungkin itu antara sebabnya pihak kastam membenarkan walaupun Akta Kastam jelas menyatakan bahawa ia tidak dibenarkan. Akan tetapi dengan keputusan Jemaah Menteri itu dan dengan wujudnya AP ataupun permit tersebut, maka kastam secara automatiknya akan meluluskan." Mukhriz Mahathir, 9 November 2011.

Kenyataan daripada Mukhriz ini adalah menjawab persoalan daripada YB Er Teck Hwa daripada Bakri berkaitan kewujudan hubungan dagang di antara Malaysia-Israel.

petikan PENTING jawapan Mukhriz tentang kewujudan hubungan dagang dengan Israel.

sejak tahun 1996, Jemaah Menteri setelah mendapat permohonan daripada beberapa syarikat MNC ataupun syarikat perkilangan yang besar, asing khususnya, supaya dibenarkan diimport bahan-bahan dan komponen untuk dimasukkan dalam produk-produk mereka untuk dieksport semula. Antaranya permohonan untuk mengeksport bahan dan komponen daripada syarikat-syarikat ataupun kilang-kilang ini kepada Asia Barat, termasuklah ISRAEL.

OLEH ITU Jemaah Menteri pada tahun 1996 telah pun membuat keputusan untuk membenarkan ataupun meluluskan permit import dan eksport sekiranya ia dipohon oleh syarikat syarikat yang menggunakan alat-alat dan komponen daripada Israel dan ke Israel.

KESIMPULANNYA Mukhriz meletakkan 'kesalahan' wujudnya hubungan dagang ini kepada syarikat MNC kerana merekalah yang menjalinkan hubungan dagang dengan Israel. Bukannya MALAYSIA.
Benarkah????

Namun pindaan yang diluluskan oleh kerajaan Malaysia ini disambut 'baik dan mesra' oleh kerajaan Israel ketika itu. Ia boleh dilihat melalui kenyataan Micha Haris di dalam satu majalah promosi perdagangan Israel - Asia. Micha Haris adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Israel di antara tahun 1992-1996.

"The public declaration of the Malaysian Prime Minister and Minister of International Trade and Industrial that their country intends to pursue economic relations with Israel is another milestone in the development of trade with this continent."

'Pengisytiharan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri bahawa negara mereka bercadang untuk meneruskan hubungan ekonomi dengan Israel merupakan satu lagi peristiwa penting dalam pembangunan perdagangan dengan benua ini.' - Micha Harish

Malaysia berada di kedudukan 24 dalam senarai 50 negara bagi urusan import dengan Israel.
Malaysia berada pada kedudukan ke-11 dalam senarai 50 negara bagi urusan eksport dengan Israel.
Malaysia berada pada kedudukan ke 15 dalam senarai 50 negara bagi keseluruhan urusan perdagangan dengan negara Israel.

Malaysia tidak mempunyai hubungan dagang secara rasmi dengan Israel. TIDAK.

tetapi jika dilihat pada sistem penetapan kadar caj berat barangan IATA, ia secara jelas mencatatkan kadar caj sedia ada bagi barangan yang dihantar dari Kuala Lumpur ke Tel Aviv, Israel.

Sistem penetapan kadar caj IATA ini digunakan di semua pintu masuk utama negara Malaysia. Sepatutnya IATA tidak akan menyenaraikan kadar caj bagi negara-negara yang tidak mempunyai hubungan dagang. Kalau kita sememangnya tidak mempunyai hubungan dagangan secara rasmi dengan negara Israel, mengapakah terdapat begitu banyak dokumen dalam sistem pengkomputeran yang menunjukkan perkara ini. Bukankah ini menunjukkan begitu banyak barang dari Malaysia yang didagangkan ke Israel?....

Isu ini sama pening macam isu cincin RM24 juta.Rosmah menabung sejak kecil,sekejap pameran sulit dalam negara,sekejap milik bisannya di beli melalui malaysia,sekejap telah dipulangkan, Sekejap kata cincin itu tidak wujud. Kemudian kata cincin itu wujud TETAPI sekadar singgah di Malaysia dan sudah keluar. Bukan milik Rosmah, tapi milik syarikat Jacob!.


UMNO/BN sejak sekian lama telah membodohkan semua rakyat Malaysia,lebih pelik orang Melayu terutamanya berulangkali di bodohkan masih juga bebal.

p/s Bantulah kami dengan tidak menyokong UMNO/BN utk selama-lamanya.


sila ke Blog asal

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?