KES REZA SHARIZ; PR MEMANG BODO DLM TINDAKAN.

Dengan tiba-tiba, kes Reza Shariz meletup seperti letupan bom di Danok.

Dengan tidak semena-mena, anak tiri PM Malaysia kini menjadi superstar dalam alam maya.

Hanya kerana pembelian rumah multi milion di US akhir bulan 12, tahun 2012 dahulu.

Dengan serta merta, keseluruhan ahli politician, dan juga blog-blog pro-pakatan, menjadi suara pengkritik yang terkini lagi cemerlang, menghentam tubi batang tubuh anak tiri Najib PM Malaysia.

Sebelum ini, selama ini, sepanjang karier politik Najib Razak, sehingga beliau menjadi PM Malaysia sekalipun, tiada seorang pun manusia di bumi Malaysia ini, yang kenal atau ambil tahu siapa Reza Shariz. Tetapi, oleh kerana pembelian yang multi million ini oleh seorang anak Melayu, maka ianya menjadi gosip panas.

Yang pelik bin ajaibnya, pengkritik-pengkritik beliau, tidak tahu pun siapa dia Reza ini. Tidak tahupun, sejarah kehidupan beliau sebagai anak Rosmah berbapatirikan Najib Razak. Tiada siapa tahu, beliau ini kecenderungannya, kearah mana. Tiada siapa pun ambil peduli, Reza ini seorang manusia berhati baik atau hati busuk, jahat atau korup?

Saya rakan baik beliau selama tiga tahun di VI dahulu.

Ya, kami berdua adalah Victorian. bekas pelajar sekolah Menengah Victoria. Kelas kami adalah kelas Tingkatan 1,2 dan 3 cokelat. Sama kelas, jadi rakan setingkatan. Masuk Tingkatan 4, beliau ke kelas lain, dan menjadi pengawas sekolah. Kelas kami agak jauh, maka jaranglah kami dapat bertemu.

Apa-apa, selama 3 tahun saya bersama beliau, saya tahu hati budi orang yang bernama Reza ini. Ramai kawan saya tidak boleh berkawan dengan dia, sebab seperti ada 'gap' antara mereka dengan dia, kerana beliau anak Menteri. Tetapi, saya ok je. Sebab memang saya tahu, beliau budak yang baik.

Kebaikan yang ada pada diri beliau, jika kita sebagai insan, tidak memupuknya, mendidiknya, maka jangan salahkan sesiapa apabila kebaikan yang ada pada dirinya ditukar menjadi kebencian. Kebencian yang menjurus kepada permusuhan. Dan akhirnya, menyebabkan rakan lama saya bernama Reza ini, menjadi mangsa permainan politik ala-ala benci-membenci tahap Malaysia.

Namun saya tahu, dan saya mengharap, tuan punya badan bernama Reza itu sabar menempuh dugaan karenah politik Malaysia. Kerana beribukan Rosmah, beliau menjadi mangsa keadaan. Dan saya dapat rasa, kenapa selama ini beliau menghilang diri terus dari radar tanah air Malaysia. Mungkin kerana tidak mahu menjerumuskan dirinya dalam skandal2 melibatkan ibu dan ayah tirinya.

Hanya orang yang bodoh sahaja yang akan buat kerja seperti apa yang dibuat oleh blogger2 Pakatan, dan juga ahli-ahli politician PR, untuk menambahkan lagi seorang musuh dalam kamus kehidupan politik Pakatan. Padahal, untuk menentang umno bn yang sungguh korup itu, kita memerlukan pertolongan yang ramai untuk menjatuhkan parti politik yang paling busuk di bumi Malaysia ini. Malah, paling kaya!!

Bukannya mencari musuh tiap-tiap hari.

Bodoh punya PR.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?