PRU13; KHALID JAAFAR, PADAN MUKA AWAK!!


"..bila kita nak uruskan negara dan hal-hal yang banyak baharu ini, kita tak perlu rujuk Rasulullah s.aw. kerana ini perkara baru yang tidak ada pada zaman Nabi."

Ayat diatas tidak dinyatakan oleh orang umno. Ayat diatas juga bukan dinyatakan oleh orang bn. Tetapi, ayat diatas dinyatakan oleh seorang yang bertanding di Parlimen Hulu Selangor, atas tiket PKR pada PRU13 dahulu.

Begitu juga ayat dibawah ini;

"Untuk zaman sekarang yang sesuai mungkin adalah prinsip-prinsip umum yang kita ketahui. Ini yang menimbulkan satu masalah apabila saya mengatakan bahawa penduduk Madinah itu sama sahaja dengan Bukit Beruntung. Jadi kita harus fikir maksud saya itu. Bagaimana sistem jalan raya, sosial, keperluan pendidikan, keperluan tenaga, keperluan-keperluan lain jauh lebih banyak, keperluan sistem persekolahan, sistem prasarananya itu. Sebab ini 1400 tahun adalah jarak yang jauh manakala masyarakat sudah berubah. Jadi kesilapan di kalangan aktivis Islam mahu menjadikan pemerintahan zaman Nabi sebagai model adalah satu kesalahan intelektual yang besar dan tidak ada sensionnya dalam Islam."

Ini belum lagi saya hendak tunjukkan tentang apa yang beliau katakan tentang sekular. Atau baik saya tunjukkan sahaja dibawah ini;

Soalan - Umum sebelum ini maklum bahawa Pak Khalid memang mahukan sebuah negara yang sekular. Persoalannya, kenapa sekular? Kenapa tidak liberal, reformis, ataupun pelbagai istilah lain yang tidak kontroversi? (Ummah Online)
Saya sebenarnya mahu masyarakat berfikir. Mungkin istilah itu sendiri bukanlah istilah yang menarik yang mana mungkin istilah itu lebih mengejutkan kita untuk berfikir sedikit. Apabila sebut sedikit sekular, maka ini kafir! Seolah-olah sudah kiamat dunia ini. Kenapa tak boleh berfikir keluar sedikit, melihat berjuta-juta, berbilion-bilion manusia telah hidup dalam suasana yang boleh dikatakan sekular.

Ada di negara sekular itu ada aspek-aspek yang lebih positif dibandingkan di negara-negara yang tidak mengaku ia tidak sekular. Tentu orang-orang yang merasakan ia lebih selamat duduk di England, Amerika, Perancis dan di negara-negara scadanavian daripada duduk di Pakistan atau di Iran. Contohnya mudah sahaja orang yang hendak mendapat perlindungan politik tidak ada yang nak ke Iran, Malaysia dan Pakistan, sebaliknya ia pergi ke Eropah dan Amerika dan ini termasuklah para aktivis Islam.

Contohnya, Sheikh Thariq Ramadhan(tokoh Islam Liberal), menantu kepada Imam Hassan Al-Banna yang diburu oleh Gamal Abdul Nasser. Beliau tidak mahu mendapat perlindungan politik dengan pergi ke Iran, Malaysia, Pakistan, Sudan, tetapi sebaliknya beliau pergi ke Geneva. Dr. Omar Abdul Rahman(tokoh Islam Liberal), pemimpin Jama'ah Islamiyyah Mesir sendiri pun tidak pergi ke tempat lain seperti Kuwait, tetapi beliau pergi ke Amerika. Jadi jelas, dalam hal ini kita kena buka fikiran kita. Orang yang betul-betul membenci sekularisma itu, akhirnya akan mencari perlindungan di negara sekular.

Begitu juga Rachid Al-Ghannouchi(tokoh Islam Liberal) seorang aktivis Islam Tunisia, kenapa beliau tidak mencari perlindungan di negara Iran, tetapi pergi ke England? Adakah sekular ini tidak pernah berlaku wujud langsung dalam sejarah Islam?

Ini saya ada berdebat dengan kawan-kawan saya. Saya kata, pembacaan saya dalam sejarah Islam dan mana-mana sejarah dunia itu, elemen sekular itu ada di mana-mana. Ia bergantung bagaimana kita faham sekular. Sekular ini saya fikir ia berpunca daripada akal manusia untuk menyelesaikan masalah pada hari itu di dunia. Ini maksud sekular. Sekular datang dari perkataan seculuem. Maknanya di dunia dan di hari ini.


Ayat-ayat diatas, semuanya dinyatakan oleh Khalid Jaafar. Calon PKR Parlimen Hulu Selangor pada PRU13 yang baru lepas 2 hari lalu.

Perkara ini saya telah lama ketahui dan telah lama terpendam dalam benak fikiran saya. Apabila Pengarah Institut Kajian Dasar (IKD), yang dibaiyai oleh Konrad Adeneur Foundation (KAF), sebuah badan Yahudi, yang bernama Khalid Jaafar menjadi penyelaras DUN Batang Kali, saya sudah tertanya-tanya, kenapa seorang manusia dari Melaka, tiba-tiba datang ke Hulu Selangor dan merebut jawatan ketua cabang (dia kalah) dan merebut jawatan Penyelaras DUN (dia menang)?

Apa sebenar yang beliau hendakkan di Hulu Selangor ini? Apakah beliau merebut untuk mendapatkan kewangan di Selangor (sebagai penyelaras DUN) dan seterusnya hendak bertanding di Parlimen Hulu Selangor, meninggalkan tempat lamanya, Parlimen Bukit Katil, Melaka?

Dan jawapannya terhidang dimata ketika sebulan sebelum penamaan calon. PKR Cabang Hulu Selangor menghantar petisyen bantahan agar Khalid Jaafar tidak dijadikan calon Parlimen Hulu Selangor.

Kemudian, terkeluarnya calon 'winnable' PKR di DUN Batang Kali, diganti dengan seorang India bernama K Ramachandran, menjadikan pergolakan PKR Hulu Selangor menjadi seperti letupan gunung berapi.

Saya tertanya-tanya. Apakah sebabnya, pihak PKR Pusat, memandang enteng dengan pergolakan yang berlaku di Parlimen, tempat mereka bertanding. Kenapakah, suara akar umbi parti mereka sendiri mereka tidak dengari, malah mebakul sampahkan terus apa-apa pandangan dari grassroot PKR, sehingga terwujudnya pencalonan bebas 'Pokok'?

Sekarang, apa yang PKR dapat di Hulu Selangor? Satu habuk pun takde. Apa yang Khalid Jaafar dapat di Hulu Selangor? Satu sen pun takde!

Khalid Jaafar kalah dengan majoriti 3414 undi (dulu PKR menang dengan 198undi). Manakala Ramachandran juga kalah dengan 5398 undi (dulu kalah dengan 2179undi). Dan yang menariknya, tempay yang ditinggalkan Khalid Jaafar dahulu, iaitu Parlimen Bukit Katil, telah dimenangi oleh PKR, dengan majoriti 5447undi.

Sekarang saya sedang berfikir, adakah Khalid Jaafar menyesal dengan perbuatannya menjahanamkan PR di Hulu Selangor, hanya semata-mata sebab hendak bertanding di Parlimen Hulu Selangor, sedangkan beliau kalah teruk, tetapi jika beliau terus kekal di Melaka, dan tidak mengganggu dan menikam dari belakang PKR Hulu Selangor, beliau sekarang telah menjadi ahli Parlimen.

Harap beliau berfikir balik, adakah akal dia itu lebih superior daripada wahyu yang diberikan Allah kepada beliau. Adakah akal 'licik' politiking beliau, dapat menaikkan beliau menjadi ahli Parlimen PKR.

Hah!! Jawapannya terhidang didepan mata. Awak telah salah dan awak telah kalah dan orang seperti awak tidak perlu ada dalam Pakatan Rakyat!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?