Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2013

PRU13; PETUGAS DAN PENYOKONG PR, SILA BACA.

Siapa pada 2004 dahulu, menjadi petugas pilihanraya untuk Barisan Alternatif? Siapa pada 2004 dahulu, yang masih ingat, apakah target BA dalam PRU11? Peristiwa ini adalah dalam usia 9 tahun yang dahulu. Ada sesiapa yang ingat? Jika tiada yang ingat, mari saya tolong ingatkan. Target BA pada PRU11 dahulu adalah untuk menghancurkan 2/3 kerusi majoriti bn. Itulah target BA. Dan jika sesiapa tidak tahu BA itu apa? Maka pencerahan yang saya boleh buat ialah BA ketika itu adalah kerjasama antara PAS dan KeAdilan. Tidak DAP. Maka, target DAP, kami tidak tahu, kerana ketika itu, DAP telah mentalakkan diri sendiri daripada Barisan Alternatif, kerana undi cina ketika PRU10, adalah solid kepada bn, dan Melayu pula, solid kepada BA. Saya rasa, semua mood petugas pada PRU11 itu adalah untuk menang. Bukan takat menghancurkan majoriti 2/3 bn, tetapi, dapat memerintah Malaysia keseluruhannya. Mood reformasi ketika itu masih kuat. Orang muda ketika itu masih dalam keadaan 'mabuk' reformasi....

BUKAN MAT TAIB, TETAPI ISLAMLAH 'PIALA' YG DIJULANG.

Saya suka artikel yang dibuat Roslan SMS ini, oleh itu, saya copy dan paste kan diblog saya ini..... selamat membaca; Bukan Mat Taib tetapi Islam lah "PIALA" yang dijulang (26/4/13) Friday, April 26, 2013 Hari ini rakan saya Joceline Tan di dalam ruangan “Analysis” nya dalam akhbar The Star menumpukan ulasan pada penyertaan bekas MB Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib ke dalam PAS. Semalam ketika menghubungi saya dan bertanya pandangan saya darihal kesan penyertaan Mat Taib serta impaknya ke atas PRU di Selangor, secara jujur saya menyatakan bahawa semasa saya berada di Tanjung Karang baru-baru ini, penduduk tempatan (masyarakat Kampung Melayu) begitu “excited” dengan perkembangan terbaru itu dan menanti-nantikan Mat Taib. Pastinya ada kesan buat PAS dan PRU di Selangor khasnya dikalangan orang-orang Melayu. Kerana saya telah menyatakan sebelum ini dalam posting saya memang Mat Taib punya rekod yang berwarna-warni selama 11 tahun menjadi MB di Selangor, tetapi ...

PRU13; PR NAK MENANG, SILA BACA.

Tadi saya ada terbaca satu artikel ini dalam MalaysiaKini. Saya bacanya, pada mulanya seperti artikel biasa-biasa tentang Datuk Kamilia. Tetapi, ada dua perenggan yang membuatkan saya terpanggil untuk menulis satu artikel baru dalam blog ini. "Ada kami nampak Datuk berkempen. Tapi dia dengan anak dia je. Anak lelaki dan anak perempuan. Kami ada juga nampak dia bagi risalah dekat orang. Ada juga yang nampak dia bagi risalah dekat bangsal panas PAS. "Datuk pernah cakap dekat saya dia tak akan kacau orang Umno. Jadi sasaran Datuk ialah pengundi atas pagar, golongan muda. Sebab Datuk ada semua data-data pengundi kat sini. Ini ayat yang dikata oleh seorang petugas wanita umno Kuala Kangsar. Nampak tidak, apa yang menariknya isi kandungan 2 perenggan di atas? Harap korang semua nampak. Yang tidak nampak, mari saya suluhkan dengan lampu ajaib supaya nampak. Apa yang hendak saya tumpukan adalah perenggan kedua dari 2 perenggan yang saya ambil dari MalaysiaKini. Minah ...

PERTINDIHAN BERLAKU KERANA PAS NAK SELAMATKAN PR.

Imej
Kepada penyokong PR, janganlah risau akan apa yang berlaku dengan pertindihan yang berlaku di kerusi PR. Ada hikmah disebaliknya. Cerita dibawah adalah untuk DUN Terengganu,  DUN Johor dan  Dun Kota Damansara. Bukan cerita Parlimen Labuan dan Sungai Acheh. Bab Sungai Acheh dan Labuan, korang semua tanya Azmin..... Pertindihan Berlaku Kerana PAS Mahu Selamatkan Pakatan Rakyat MARANG - Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata berlaku pertindihan beberapa kerusi di antara PAS dengan Parti Keadilan Rakyat kerana PAS mahu menyelamatkan Pakatan Rakyat. "Kita tak mau jadi kerajaan kita jatuh seperti negeri Perak, PAS mempunyai jentera yang ramai di seluruh negara.... PAS tidak menentang calon kawan-kawan dalam pilihanraya tapi kalau ada calon yang kita khuatir calon yang tangkap muat, "calon yang boleh menyebabkan berbagai-bagai kemungkinan boleh berlaku, maka PAS mesti bertindak...... maka jadi berlaku pertindihan,"ujarnya. Beliau ber...

PRU13; KISAH BENAR LAGI, PERLU BACA.

Semalam, hari penamaan calon. Saya tidak hadir. Pertama-tama kalinya dalam PRU dan PRK, saya tidak hadir ke hari penamaan calon. Bukan sebab boikot calon. Bukan kerana menganggap pergi ke penamaan calon beramai-ramai adalah kerja sesia, tetapi kerana anak sulong saya yang darjah 1 buat julung kalinya, sekolah beliau ada hari sukan. Jadi, untuk menjadi ayah yang support anaknya dialam persekolahan, maka saya tunaikan tanggungjawab saya sebagai ayah untuk hadir dan memberi semangat kepada beliau untuk bersukan. Namun, artikel kali ini, bukan hendak saya tujukan tentang saya tidak hadir ke penamaan calon, tetapi saya hendak menasihati kawan-kawan pekerja jemaah dan PR, untuk membuat kerja pilihanraya ini dengan terfokus dan efektif. Jangan buat kerja-kerja yang tiada faedah untuk memenangkan calon. Malam semalam, hati saya panas. Sungguh panas. Kerana saya telah ditipu. Atau lebih tepat, sudah salah sangka terhadap arahan yang diberikan. Ketua Cawangan telah mengarah u...

PRU13; PARLIMEN HULU SELANGOR. MERIAH GILE..

PRU paling meriah di Parlimen Hulu Selangor. Termasuklah dengan DUN nya, kecuali DUN Hulu Bernam. Kenapa meriah? Sebab yang bertandingnya cukup ramai orang. Parlimen Hulu Selangor - 4 penjuru. mic, PKR, 2 Bebas. DUN Batang Kali - 4 penjuru. umno, PKR, 2 Bebas. DUN Kuala Kubu Bharu - 5 penjuru.. mca, DAP, 3 Bebas. Kecualilah DUN Hulu Bernam, 2 penjuru sahaja - umno dan PAS. Apa-apa, selamat berkempen dan seterusnya mengundi Pakatan Rakyat. PS- nak undi bebas mesra PR pun boleh kotttt.....

SIAP SEDIA NAIK BENDERA PAS GANTI ROKET

Kepada mana-mana cawangan PAS yang ditempatnya DAP sedang bertanding, baik DUN atau Parlimen, maka bersiap sedialah untuk turun ramai-ramai menaikkan bendera PAS, jika jam 3 petang ini, ROS masih buat deeekk dengan DAP...... Baca sini

PRU13; BOLEH KE PAS MENANG SHAH ALAM NI?

Saya rasa terpanggil untuk membuat artikel ini. Memang betul-betul suara panggilan itu menengking di telinga saya. Kenapa ya? Yang bertanding di Shah Alam untuk tiket bn adalah Zulkilfi Nordin. Bukannya Ezam Mohd Noor. Memang saya rasa pelik bin ajaib. Kerana meletakkan seorang Zul ini, maka akan pastilah, Khalid Samad akan menjadi ahli Parlimen PAS untuk kali kedua berturut-turut mewakili Shah Alam. Memang pelik. Sungguh pelik. Kebodohan Najib, atau Rosmah memang cap ayam. Jika Ezam yang bertanding, masak juga PAS hendak berentap dengan beliau. Maksud saya masak ialah, meyakinkan pengundi atas pagar, agar memangkah PAS untuk Parlimen Shah Alam. Yang nyokong dan ahli Pakatan Rakyat tu, tak payah ambil port lah. Letakkan batu jalan pun sebagai calon, akan dipangkah juga mereka. Ini saya kata yang atas bench nih. Tetapi, memandangkan yang bertanding itu Zul, maka, jika bn nak menang juga,  bn hanya boleh menang dengan pengundi pindah terancang. Ya, pengundi pindah terancang. ...

WAJIB LIHAT!! PROFIL CALON DUN N05 HULU BERNAM

Imej
Adalah amat beruntung kepada penduduk dan pengundi di Hulu Bernam kerana Pakatan Rakyat telah menurunkan seorang profesional yang Islamik untuk menjadi wakil kepada anda semua di DUN Selangor nanti. Diharap, semua masyarakat memberi undi kepada Tn Hj Muhamad Idris Bin Ahmad, baik mereka itu tua, muda, atas pagar, tidak berparti, orang Umno, orang MIC, orang MCA, dan lebih-lebih lagi ahli dan penyokong PR untuk mengundi beliau.

DUN HULU BERNAM; JIKA HENDAK MENANG, MESTI ADA 49% UNDI MELAYU

Jika PR hendak menang di DUN N05 Hulu Bernam, PR mesti ada sekurang-kurangnya 49% undi dari orang Melayu. Mahu tidak mahu, jentera peraih undi, perlu menumpukan segala usaha untuk meraih undi kepada penyokong atas pagar Melayu. Tidak semestinya dalam culaan rumah ke rumah yang dibirukan kita tidak boleh langsung untuk meraih undi, ada juga tempat-tempat dimana rumah itu kuat umno, tetapi yang kuat hanyalah ketua rumah itu. Tetapi isterinya masih boleh lagi diberikan penerangan agar mengundi PR. Bagaimana hendak tahu, peraih undi perlulah berbincang dahulu dengan tok4 yang berada disitu, kerana tok4 adalah ketua kampung yang tahu segala-galanya ditempat beliau. Tolong libatkan orang tempatan, pergi bersama-sama meraih undi. Jangan sekali-kali pergi tanpa orang tempatan, kerana ini akan mengundangkan rasa tidak senang orang kampung terhadap kita. Mengapa saya katakan perlu ada 49% undi Melayu. Ini adalah kerana, saya telah membuat sifir mudah dalam pengiraan saya. Pe...

IKHLAS DARI SAYA; BODOH PUNYA ANWAR.

Saya rasa, orang yang paling gembira pada hari ini adalah orang umno Batang Kali dan MIC Hulu Selangor. Kerana terus terang saya katakan, PKR telah buat kerja gila dengan mencalonkan Khalid Jaafar sebagai calon Parlimen Hulu Selangor, dan Ramachandran sebagai calon DUN Batang Kali. Kepada mereka yang berada di luar kawasan Hulu Selangor, dengarlah kata saya ini, bahawa kemenangan BN untuk kerusi Parlimen Hulu Selangor dan DUN Batang Kali, sudah 60% dalam tangan. Dan sesungguhnya, hari ini adalah hari paling sedih dalam hidup saya, apabila tempat saya mengundi, Pakatan Rakyat akan kalah hanya kerana mainan politik orang gila kuasa. Sepatutnya, DUN yang ada potensi untuk menang, yang dalam culaan menunjukkan sokongan PR adalah sekitar 45% ke atas, telah dimatikan terus, apabila seorang India telah dicalonkan oleh Anwar Ibrahim sebentar tadi. Sehingga ada rakan saya, hendak mencampakkan Anwar dari pentas dia berucap tadi. Saya hanya boleh menggelengkan kepala melihat perkara begini ...

CERITA BENAR PRU13 LAGI.

Hati ini tiba-tiba menjadi seperti tidak tenteram. Bukan seperti tidak tenteram, tetapi memang tidak tenteram pun. Pagi tadi, semasa berada di padang awam Kalumpang, untuk bersama-sama dengan keluarga untuk menyaksikan anak kedua hamba bermain bola jaring untuk sukan PASTI seluruh Hulu Selangor, saya berjumpa dengan ketua cawangan Rasa. Setelah berjumpa dengan ketua cawangan itulah, hati saya tidak tenteram. Kenapa hati saya tidak tenteram? Hati saya tidak tenteram kerana beliau telah memberi sesuatu kepada saya. RM15.00. Ya, beliau telah menghulurkan RM15.00 kepada saya. "Nah ambil ni." Kata beliau kepada saya. "Ni, apa ni?" tanya saya sambil melihat sekeping RM10 dan sekeping RM5 ditangan saya. "Untuk kerja semalam". Jawab beliau, selamba. "Sape bagi ni?" Tanya saya lagi. "PKR. Depa beri ni sebagai saguhati semalam kita buat kerja naikkan banting dan bendera PKR. Bebudak PAS dah sediakan ini untuk awak." jawab beliau l...

PRU 13 INI, SAYA TIDAK AKAN UNDI PAS.

Saya adalah ahli PAS seumur hidup. Menjadi penyokong PAS, semenjak umur 15 tahun. Aktif dalam PAS pada umur 20 tahun. Menjadi ahli PAS pada umur 24 tahun. Mak dan ayah saya tahu, saya ini taksub dengan PAS. Semenjak kecil, saya suka dengan pembacaan jemaah Islam ini. Walau ayah saya penyokong umno, dan mak saya kuat semangat Melayunya, mereka tetap membelikan saya buku jemaah Islam sebagai hadiah kepada anak mereka yang kedua ini. Pada PRU10, saya banyak membantu di Shah Alam. Semasa itu, Ezam bertanding disana. Dan saya masih lagi sebagai student ITM ketika itu. PRU11, saya ditugaskan di Parlimen Setaiwangsa. Saya mencutikan diri selama 7 hari bekerja, hanya semata-mata untuk berkempen disana. PRU12, saya bertugas di Hulu Selangor, DUN Batang Kali dan Hulu Bernam. UPU Kalumpang dan UPU Bukit Rasa. Kerja bagai nak gila, sehinggakan kena fitnah dengan wanita umno dan kena ngumpat dengan orang kampung Rasa yang kebanyakannya tegar umno. 'Pembawa perpecahan' mereka katakan kep...

SPR: YANG INI SAYA SETUJU DENGAN SPR.

Baru baca MalaysiaKini. Ada terbaca berita berkenaan dengan SPR. Mula-mula, sebelum baca, sudah niatkan dalam hati untuk mengkritik apa yang hendak diperkatakan oleh SPR. Kerana, ye lah, selama ini, tindak tanduk mereka, semuanya BN friendly. Tetapi, berita yang ini, lain sikit. Cuba baca SPR ada maklumat 'MATA' mahu halang pengundi . Tajuk memang seperti cap ayam hendak mengaitkan dengan pembangkang, tetapi, bila baca, memang inilah yang setiap pru, PAS perkatakan kepada pengundi. Terutama pengundi di kampung.   Mengenai nombor siri pada kertas undi, Abdul Aziz berkata: "Ianya tidak boleh dikesan sehingga boleh dikaitkan dengan pengundi tertentu disebabkan petugas pilihan raya tidak boleh membawa alat tulis ketika menyerahkan kertas undi itu.    "PDRM akan mengambil tindakan kepada mereka yang cuba membuat kacau. Saya sifatkan mereka ini (pengacau) mengamalkan ajaran sesat. Mereka perlu tahu prosedur mengundi adalah rahsia," katanya.    Beliau juga ...

PRU13- CERITA BENAR

Lepas subuh, ingatkan nak sambung tidur. Tetapi tidak boleh. Mungkin umur dah tua. Tidur 4 jam setengah sudah memadai agaknya. Semalam, seperti kebiasaan hari-hari hendak mengundi, saya tidur jam 2 pagi. Bukan tengok bola, bukan berqiam, tetapi buat kerja jemaah ditempat yang telah diarahkan. Pasang bendera PAS di kampung Gumut. Malam tadi, 50 tiang. Kampung Gumut terletak di Kalumpang, Hulu Bernam, Hulu Selangor. Kampung yang didalam culaan, dari berpuluh rumah, hanya 1 rumah penyokong PAS. Lain semua totok umno. Majoriti semua pengundi dari saluran 1. Udahlah pengundi saluran 1, menetap di Hulu Selangor pula tu. Ditambah dengan di Hulu Bernam. 2 kali hulu. Memang sah susah nak meraih undi di sini. Sebenarnya, PAS Cawangan Rasa ditugaskan di UPU Kuala Kalumpang, bukan di UPU Kampung Gumut. Tetapi memandangkan diarahkan oleh ketua JPru Zon Kalumpang untuk memasang di Gumut, kita pun ikut je lah. Naik-naik bendera sebenarnya dah dibuat sebelum ini. Tetapi bukan dalam kuantiti ya...