PRU13- CERITA BENAR

Lepas subuh, ingatkan nak sambung tidur. Tetapi tidak boleh. Mungkin umur dah tua. Tidur 4 jam setengah sudah memadai agaknya.

Semalam, seperti kebiasaan hari-hari hendak mengundi, saya tidur jam 2 pagi. Bukan tengok bola, bukan berqiam, tetapi buat kerja jemaah ditempat yang telah diarahkan. Pasang bendera PAS di kampung Gumut. Malam tadi, 50 tiang.

Kampung Gumut terletak di Kalumpang, Hulu Bernam, Hulu Selangor. Kampung yang didalam culaan, dari berpuluh rumah, hanya 1 rumah penyokong PAS. Lain semua totok umno. Majoriti semua pengundi dari saluran 1. Udahlah pengundi saluran 1, menetap di Hulu Selangor pula tu. Ditambah dengan di Hulu Bernam. 2 kali hulu. Memang sah susah nak meraih undi di sini.

Sebenarnya, PAS Cawangan Rasa ditugaskan di UPU Kuala Kalumpang, bukan di UPU Kampung Gumut. Tetapi memandangkan diarahkan oleh ketua JPru Zon Kalumpang untuk memasang di Gumut, kita pun ikut je lah.

Naik-naik bendera sebenarnya dah dibuat sebelum ini. Tetapi bukan dalam kuantiti yang banyak. Kiranya, adalah lambang bulan purnama di Kalumpang. Minggu ni, di arahkan untuk menyelesaikan bendera dahulu, kerana selepas ini, kerja yang lebih penting akan dibuat.

Yang tahu menahu tentang Parlimen Hulu Selangor, mesti pelik, kenapa orang Rasa buat kerja di Kalumpang, jauh tu. Apa yang saya boleh kata, kami tidak tinggalkan UPU Bukit Rasa, dalam DUN Batang Kali. Tetapi, jika orang India yang bertanding di DUN ini, maka kami semua tidak akan buat kerja yang sesia berkempen di Rasa, kerana kami tahu, memang sure KALAH.

Begitu juga jika Khalid Jaafar yang bertanding di Parlimen, memang sure LOST! Jika mereka berdua bertanding, maka, dengan itu, baik kita tumpukan yang insyaAllah boleh menang, DAP di DUN Kuala Kubu Bharu, dan PAS di DUN Hulu Bernam.......

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?