BUKAN MAT TAIB, TETAPI ISLAMLAH 'PIALA' YG DIJULANG.
Saya suka artikel yang dibuat Roslan SMS ini, oleh itu, saya copy dan paste kan diblog saya ini..... selamat membaca;
Dan piala inilah yang akan kita julang pada 5 Mei nanti, dan dengan izin Allah jika ditakdirkan berjaya insyallah Negeri dan Negara akan menjulangnya buat selama-lamanya.
Bukan Mat Taib tetapi Islam lah "PIALA" yang dijulang (26/4/13)
Friday, April 26, 2013
Hari ini rakan saya Joceline Tan di dalam ruangan “Analysis”
nya dalam akhbar The Star menumpukan ulasan pada penyertaan bekas MB Selangor
Tan Sri Muhammad Muhammad Taib ke dalam PAS. Semalam ketika menghubungi saya
dan bertanya pandangan saya darihal kesan penyertaan Mat Taib serta impaknya ke
atas PRU di Selangor, secara jujur saya menyatakan bahawa semasa saya berada di
Tanjung Karang baru-baru ini, penduduk tempatan (masyarakat Kampung Melayu)
begitu “excited” dengan perkembangan terbaru itu dan menanti-nantikan Mat Taib.
Pastinya ada kesan buat PAS dan PRU di Selangor khasnya
dikalangan orang-orang Melayu. Kerana saya telah menyatakan sebelum ini dalam
posting saya memang Mat Taib punya rekod yang berwarna-warni selama 11 tahun
menjadi MB di Selangor, tetapi yang pastinya beliau seorang MB yang sentiasa ke
bawah, dekat dengan rakyat. Sebagaimana Allahyarham Dato Harun Idris dahulu
begitu dekat dengan rakyat walaupun beliau berakhir dengan berihat di Penjara
Pudu.
Dari segi karekter dan peribadi Mat Taib disenangi khasnya penduduk luar bandar di Selangor. Mungkin
kerana pengalamannya sebagai seorang guru, yang memungkinkan beliau lebih
hampir pada rakyat berbanding dengan seorang lagi bekas MB Khir Toyo contohnya.
Apa pun dari pemerhatian saya, penyertaan Mat Taib itu
disambut dengan senang hati oleh penduduk luar bandar, kecuali yang Umno yang
pastinya marah-marah.
Joceline menulis bahawa PAS mudah sahaja memaafkan dan
menerima musuh-musuhnya, seakan PAS ini oportunis sanggup melakukan apa sahaja
demi menadapat kuasa.
Beliau berhak berpandangan demikian tetapi itulah politik.
Tambah pula dalam Islam, kalau Rasulullah saw pun pernah
berdoa kepada Allah swt agar membuka pintu hati Umar bin al Khattab atau Abu
Jahal bin Hisham untuk menerima Islam, akhirnya ditakdirkan Umar memeluk Islam,
apalah salah kita berdemikian pada Mat Taib sedang Mat Taib sudah pun Islam dan
Alhamdulillah sekarang bersama pula perjuangan Islam.
Joceline tidak tahu begitu juga Rasulullah saw ketika
Pembukaan Kota Mekah, dengan mudah menerima Islamnya, musuh besar Islam ketika
itu, Abu Suffian dan Rasulullah telah memberikan kedudukan yang mulia buatnya
walaupun beliau sebelumnya merupakan musuh.
Hal-hal ini tidak menjadikan Rasulullah oportunis tetapi
itulah fiqh al harakah yang diturunkan oleh Baginda kepada umat Islam untuk
dijejaki dan diikuti sehingga akhir zaman.
Joceline menganggap Mat Taib bagaikan satu piala yang
diusung PAS ke hulu ke hilir, malangnya piala itu “somewhat chipped” sedikit
sumbing. Bagi PAS bukan Mat Taib tetapi Islam itulah piala yang PAS julang sejak
dari tarikh penubuhannya awal 1950an sehinggalah sekarang. Hari ini Mat Taib
memilih untuk bersama menjulang piala yang sama.Dan piala inilah yang akan kita julang pada 5 Mei nanti, dan dengan izin Allah jika ditakdirkan berjaya insyallah Negeri dan Negara akan menjulangnya buat selama-lamanya.
Ulasan