Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2011

PERJUMPAAN SULIT 2008; HANGPA SEMUA TAHU KE IDOK KEBENDANYA TU?

Tidak tersangka. Akal yang geliga boleh termakan dengan kata-kata manusia adu domba. Ada kawan berkata, hamba telah ketinggalan keretapi dengan bercerita berkenaan UG. Takpelah. Tertinggal keretapi, hamba naiklah kapal terbang. Lagi luas dan jauh perjalanan. Kemudian, kawan itu spin cerita, yang kalutnya, bukan kerana UG (pulak?), tetapi perjumpaan sulit lepas PRU 2008. Ish, maksudnya disini, apa-apa pencerahan yang telah dibuat oleh bloggers-bloggers tidak celaka, satu ayat pun mereka tidak baca? Tapi takpe, hamba akan mencerahkan sedikit apa dia itu sebenarnya yang mereka katakan perjumpaan sulit itu;

UG; HANGPA SEMUA TAHU KE IDOK KEBENDANYA TU?

Imej
Lepas Maghrib, hamba buka internet. Melayar-layar melihat cerita2 politik Malaysia hari ini. Tiba-tiba, isteri hamba duduk disebelah hamba melihat bersama cerita2 menarik di internet. Kemudian isteri hamba bertanya, "UG tu apa bang?". Ish, isteri hamba ini, benda sensasi lagi disukai 'ramai', takkan itu pun tidak tahu. Kemudian hamba menjawab, "Takde apa-apa. Tak perlulah awak hendak tahu menahu benda-benda gini.". Senang. Itu jawapan hamba kepada isteri hamba. Kemudian hamba terfikir, apa cerita sebenarnya yang puak-puak bloggers celaka suka sangat melabel puak-puak Terengganu dengan UG dengan panggilan 'kerajaan perpaduang"? Hamba pun melihatlah entri-entri lama blog-blog politik Malaysia. Apa sebenar UG ni?

KES HASSAN ALI; ADA PARASIT NAK JADIKAN PAS ISLAM MODERATE?

Kemelut Dr Hassan Ali sepatutunya sudah berakhir kelmarin. Apabila ada perjumpaan bersama Tok Guru Mursyidul Am di JKR 10 bersama Presiden dan Timbalan Mursyid. Itulah tujuan sebenar perjumpaan itu. Meredakan keadaan. Tetapi, ternampak, ianya seperti ada yang tidak tereda apabila berlaku seperti peperangan baru oleh Dr. Hassan Ali. Dr. Hassan Ali seperti masih tidak berpuas hati terhadap sesuatu. Jika ahli PAS tidak berfikir dengan tenang, mereka akan nampak seperti Dr. Hassan Ali adalah punca segala-galanya dalam ribut yang pertama dan yang kedua ini. Ianya seperti tercetus kerana Dr. Hassan Ali. Namun adakah benar ianya begitu?

PEDULI APA DENGAN ARTIKEL 153. MELAYU BUKAN DAPAT APAPUN..

Artikel 153. Apa kebendanya tu? Cuba tanya rakyat awam. Artikel 153 itu apa? Pasti majoriti tidak boleh jawab. Cuba tanya lagi, jika ada orang tidak setuju dengan artikel 153, boleh bawa masuk ke neraka ke? Jika soalan seperti ini, puak liberal yang tak mengaku liberal pasti jawab, jangan gunakan agama sebagai hujah. Walau mereka tidak tahu artikel 153 itu apa. Jika hendak tahu, artikel 153 itu adalah hak keistimewaan orang Melayu di Tanah Melayu didalam Perlembagaan Malaysia. Hak menjadi anggota kerja kerajaan, hak biasiswa kerajaan, hak berniaga syarikat bumi dan hak pendidikan. 4 hak yang dipelihara oleh YDPT Agong. Namun, dengan tiba-tiba, mengapa kecoh semacam pula hari ini tentang artikel 153? Hanya kerana ada paderi Kristian yang tidak setuju dengan artikel ini pada 'khutbah' hari Natal?.. Apa kes? Perkara biasalah jika ada orang bukan Melayu yang tidak puas hati dengan artikel 153 sebab mereka bukan Melayu. Rasa dengki dan tidak seronok sudah pasti akan berl...

UG PASTI AKAN BERLAKU JUGA NANTI, TENGOKLAH..

Kadang-kadang, hamba pelik tengok rakyat Malaysia ini. Nak kata tak pandai, tapi tahu membaca. Nak kata tak cerdik, tapi boleh buat blog dan fb. Mungkin rakyat Malaysia ini ada yang masih kurang cerdik bab-bab politik di negara Tanah Melayu ini. Politik dan sejarah adalah satu perkara yang tidak boleh dihubungkaitkan dengan secara lansung. Tidak boleh. Apa yang berlaku semalam, adalah tidak boleh disamakan apa yang berlaku hari ini dan apa yang akan berlaku esok. Politik ini berubah-ubah mengikut masa dan musim. Jika kita sebut tentang Anwar Ibrahim pada 26hb Disember, tetapi bukan tahun ini, kita sebut cerita Anwar pada tahun 1996 tarikh hari ini, sesiapa yang mengatakan Anwar patut keluar dari Umno dan tubuh parti lain lawan Mahathir, pasti Azmin Ali akan gelak gila kata kita ini bodoh politik. Apa gila hendak keluar umno padahal Anwar adalah untouchable dalam umno ketika itu. Bila kita sebut pada orang PAS, pada tarikh 26 Disember, tapi pada tahun 1987, kita nasihat agar Ustaz...

TERLUPA MUSUH SEBENAR; MUSUH KITA UMNO SAHAJAKAH ATAU SYAITAN SEKALI?

Moral. Apa itu moral? Perkara pentingkah moral itu? Jika ada manusia yang tidak mengikut moral, jahat sangatkah manusia itu? Siapakah yang menentukan kemoralan sesuatu perkara? Apakah sempadan 'bermoral' dan tidak bermoral? Perlukah moral itu diikat dengan undang-undang, atau yang selalu disebut oleh puak-puak 'pandai', moral policing? Ada satu puak yang cukup alergik dengan moral policing. Sehingga hendak menyebutnya pun puak ini sudah menyampah. Puak ini, didalam media, dipanggil puak liberal. Puak yang hendak bebas dari apa-apa bentuk yang tidak bebas. Namun ada puak liberal yang tersangat-sangat liberalnya, tetapi tidak mengaku mereka ini liberal. Ini hamba panggil puak pandai menipu dengan bahasa. Atau hamba panggil mereka dengan jenama manusia ayat 6. Manusia ayat 6 ini berada dimana-mana dipelusuk dunia. Semua negara ada mereka-mereka ini. Ada berbagai-bagai bangsa, dan ada didalam masyarakat berbagai bagai agama dan tidak beragama. Mereka juga ad...

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

(ulang siaran) Ada kawan-kawan yang mengucapkan selamat hari kelahiran Nabi Isa alaisalam pada hari ini, 25 Disember tahun 2011 Masehi. Itu adalah hak mereka untuk mengucapkan sedemikian dan hamba tidak membantahnya. Cuma, apa yang memusykilkan hamba, apakah tarikh 25 Disember itu sebagai tarikh kelahiran Nabi Isa Al-Maseh atau 1 Januari? Sebab itulah hamba tidak mahu mengucapkan ucapan selamat hari kelahiran Nabi Isa hari ini. Kerana pihak yang berakidahkan Nabi Isa itu sebagai anak tuhan pun keliru dengan tarikh itu, apalagi kami umat Islam yang tidak melampau taksubnya sehingga bertuhankan Nabi Isa. Isa atau Jesus bagi kami adalah Rasulullah, seorang manusia yang dilahir tanpa bapa, beribukan Siti Mariam yang suci. Sudah 2011 tahun Nabi Isa dilahirkan ke dunia. Dan sudah 1981 tahun Nabi Isa telah dinaikkan kelangit pertama untuk menunggu diturunkan bagi membunuh Dajjal. Ya, kami umat Islam pun menyayangi Nabi Isa sebagai Rasul, kami umat Islam bukan pengherdik N...

KES HASSAN ALI; TIMB PESURUHJAYA SATU DAN DUA SUDAH BISUKAH?

Hamba dilahirkan di Malaysia. Dalam negeri Selangor yang dirampas oleh Kerajaan Pusat dijadikan Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan. Dibesarkan diantara sempadan KL dengan Selangor. Menjadi penyokong fanatik pasukan bolasepak merah kuning semasa bujang dahulu. Menyokong jemaah PAS semenjak berusia 15 tahun. Walau hidup dengan suasana keluarga yang lebih keumnoan Anwarisme. Ketika PAS memenangi beberapa kerusi DUN di Selangor pada 1999, hamba sudah merasai sungguh gembira lagi sukacita kerana akhirnya, tembok pemisah untuk PAS memasuki Dewan Negeri Selangor tetiris sedikit. Tetapi, kegembiraan itu hanya setakat 5 tahun, pada 2004, satu DUN pun PAS tidak menang. Kembali kepada asal. Tiba-tiba, pada 2008, kejadian pelik lagi ajaib berlaku. Semasa tempoh berkempen, satu mensyuarat zon mengundi di tempat PAS bertanding, seperti menjadi tempat berkumpul ahli-ahli MIC. Penuh dengan warga India. Namun perasaan untuk menang masih tiada. Tidak terfikir langsung PAS akan memenangi apa-ap...

BERHATI-HATI KAWAN, DENGAN MALAYSIAKINI.

Utusan dengan berita harian, jika buat cerita niat jahat, itu sudah perkara biasa. Jika kedua-dua surat khabar itu keluar cerita yang benar sebenar-benarnya, yang itu memang pelik. Ini dinamakan buang tabiat. Jika utusan dan berita harian buat cerita laga-laga orang PAS, ahli PAS akan buat bodoh sahaja dengan berita itu. Memang sah menipu walau ada bibit kebenaran sebesar biji sawi. Maksudnya apa? Maksudnya, jika hendak porak perandakan ahli-ahli dalaman PAS, menggunakan utusan dan berita harian adalah satu kerja bodoh, perabih beras dan sia-sia. Oleh yang demikian, golongan yang tidak gemar dengan parti Islam yang konservatif, akan membuat onar dengan cara lain. Mereka akan menggunakan kaedah yang licik lagi dusta. Kepakaran yang sedia ada oleh iblis lakanatullah. Golongan ini tidak bekerja bersama-sama dengan bn-umno. Tidak. Bn-umno adalah golongan penentang gerakan Islam yang terang-terangan. Ianya adalah modus operandi yang perlu ketika negara-negara umat Islam baru merdeka dar...

TREND POLITIK SEKARANG; DEMOKRASI ATASI ISLAM.

Sekarang ini, atau pada ketika ini, sudah menjadi satu trend dimana jika hendak menjadi pemimpin, mereka perlu mendengar apa yang rakyat mahukan. Jika hendak menang, mereka mesti mengikut telunjuk apa yang rakyat mahukan. Proses ini dinamakan proses demokrasi. Demokrasi tulen.Ianya telah menjadi penerimaan banyak negara untuk memilih pemimpin, dan sekarang ini ianya sedang melanda di negara Teluk Tengah. Ada manusia kata, ianya adalah satu proses pemilihan pemimpin yang paling unggul yang perlu ditegakkan walaupun perlu membunuh dan menjajah negara lain. Apa-apa yang berkaitan dengan menegakkan demokrasi, ianya semuanya menjadi halal dan masuk akal walaupun perlu mematikan nyawa ribuan manusia untuk menegakkan cara pemilihan pemimpin melalui pilihanraya demokrasi tulen. Ianya sudah dianggap lebih besar dari agama. Namun, adakah cara pemilihan pemimpin secara demokrasi tulen ini adalah satu-satunya cara pemilihan pemimpin yang paling unggul yang wajib diikuti oleh semua manusia di d...

KES HASSAN ALI; PAS SELANGOR DAH MACAM UMNO KO?

Ini cerita Hassan Ali di MalaysiaKini minggu lepas. Cerita berkenaan kononnya Dr Hassan Ali tidak akan bertanding kembali di DUN Gombak Setia atau mana-mana DUN di Selangor ( baca disini ). Hamba orang Selangor. Mengundi di Selangor. Ahli PAS seumur hidup di Selangor. Maka hamba memang layak untuk komen tentang perkara ini. Samada MalaysiaKini main isu, atau memang Saari Sungib tidak tahu bermain kata-kata, atau memang team PAS Selangor sekarang sangat tidak suka Dr. Hassan Ali (terutama Pesuruhjaya 3 Selangor) bertanding lagi di Selangor. Nampak gaya sudah ada puak-puak yang dicipta sendiri oleh pemimpin PAS Selangor. Hamba yakin, jika Dr. Hassan Ali bertanding, beliau akan menang. Kerana orang PAS pasti akan mengundi calon PAS, orang atas pagar di Selangor 60% akan kearah Pakatan Rakyat dan orang umno pun, memang senang dengan Dr. Hassan Ali. Maka mengapa Dr. Hassan Ali tidak mahu dicalonkan, hamba tidak nampak kenapa? Beliau adalah calon yang boleh menang. Beliau adalah seoran...

ZAMAN NI, SYAITAN BANYAK RILEKS, KRN KERJA DIA MANUSIA YG BUAT..

Imej
Pernah dengar cerita berkenaan dengan syaitan menyesatkan manusia? Mesti selalu bukan? Pernah tidak ada mendengar satu cerita bagaimana syaitan spin cerita untuk menyesatkan manusia? Mesti sudah, bukan? Tetapi kadangkala kita terlupa akan kisah-kisah itu. Ada satu kisah yang baru diemail oleh rakan sekerja yang hamba tidak kenal pun, tentang satu cerita bagaimana syaitan menyesatkan manusia. Rasanya, ramai sudah mendengar dan membaca cerita ini, tetapi hamba hendak para gejuis semua fikir kembali jalan cerita ini. Kisahnya; Ada seorang yang beriman duduk disatu kampung. Apabila beliau mendengar ada sekumpulan orang menyempah sebuah pokok yang dikatakan selalu bawa tuah, maka orang yang beriman itu terus mengambil kapak untuk menumbangkan pokok itu kerana bencikan perbuatan syirik kepada Allah SWT. Dalam perjalanan, syaitan menghalangnya, lalu lelaki beriman itu berlawan dengan syaitan itu. Syaitan itu sentiasa kalah apabila berlawan dengan lelaki itu. Setelah beberapa kali kal...

HAMBA SUKA MAKAN PAU, TETAPI PAU INI MEMANG WAJIB DIJAUHI..

Imej
Hamba suka makan pau. Jika ada telur burung puyuh dalam dia, lagi sedap. Ada orang kata, hendak rasa pau original, makanlah pau dibuat bangsa Cina. Masalahnya, tidak ada lagi hamba jumpa orang Cina Muslim yang buat pau dekat lembah Klang di sini. Pau ayam memang sedap,.. tapi.. Sekarang, ada manusia sudah reti buat pau berinti cokelat. Hamba cukup tidak berkenan dengan pau cokelat. Sebab ianya tidak original. Jika dimakan, rasa pau itu akan hilang kerana cokelat yang pengacau. Jika intinya ayam, barulah power. Lebih-lebih lagi inti ayam yang dipotong kecil-kecil, nampak ayamnya didalam pau. Bukannya isi ayam dikisar. Bila inti ayam dikisar, maka pau ayam itu menjadi tidak kick. Tetapi, ada lagi satu pau yang selamanya tidak boleh dimakan kerana rasanya yang tidak sedap. Lebih buruk rasanya jika pau itu sudah busuk dan berkulat. Jika dipaksa makan pau itu, hidup mati 7 kali pun hamba tidak akan memakannya. Bukan setakat makan, tetapi menyentuhnya pun seribu kali hamba akan jauhi...

BILA KAPITALIS MELAYU BERHIMPUN..

Lamanya tidak bergejuis. Hendak masuk 2 bulan. Ada banyak sebab hamba sudah lama tidak bergejuis. Salah satunya yang terutama dalam banyak-banyak sebab adalah kerana, Broadband sudah tidak kecapaian selama 2 bulan. Adoi laa..... La ni nak masuk 3 bulan hutang dengan Maxis. Mana hendak cekau RM320. Namun minggu ini, adalah minggu panas. Walau musim tengkujuh melanda, ianya tetap panas. Kenapa panas, kerana buka TV sahaja, keluar cerita dia, buka TV sahaja terpampang cerita dia. Apa pula yang dimaksudkan 'dia' itu? 'Dia' itu adalah perhimpunan umno laa.... Macamlah TV1, TV2, TV3, TV8, TV9 itu mak bapak umno punya. Ptuih!! Satu sen umno tidak bayar untuk memiliki stesen TV itu. Tetapi, nampaknya, seperti ada sesuatu perkara penting yang akan berlaku tahun depan dari melihat apa yang dikatakan oleh puak-puak umno ini. PRU13 akan berlangsung. Nampak gaya umno kata BN akan menang besar dalam PRU13 ini dan Selangor akan kembali ke pangkuan BN. Dan percayalah, ianya aka...