NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?


(ulang siaran)

Ada kawan-kawan yang mengucapkan selamat hari kelahiran Nabi Isa alaisalam pada hari ini, 25 Disember tahun 2011 Masehi. Itu adalah hak mereka untuk mengucapkan sedemikian dan hamba tidak membantahnya.

Cuma, apa yang memusykilkan hamba, apakah tarikh 25 Disember itu sebagai tarikh kelahiran Nabi Isa Al-Maseh atau 1 Januari? Sebab itulah hamba tidak mahu mengucapkan ucapan selamat hari kelahiran Nabi Isa hari ini. Kerana pihak yang berakidahkan Nabi Isa itu sebagai anak tuhan pun keliru dengan tarikh itu, apalagi kami umat Islam yang tidak melampau taksubnya sehingga bertuhankan Nabi Isa. Isa atau Jesus bagi kami adalah Rasulullah, seorang manusia yang dilahir tanpa bapa, beribukan Siti Mariam yang suci.

Sudah 2011 tahun Nabi Isa dilahirkan ke dunia. Dan sudah 1981 tahun Nabi Isa telah dinaikkan kelangit pertama untuk menunggu diturunkan bagi membunuh Dajjal. Ya, kami umat Islam pun menyayangi Nabi Isa sebagai Rasul, kami umat Islam bukan pengherdik Nabi-Nabi seperti Yahudi dan juga bukan pengutuk kepada Rasul seperti puak Kristian mengutuk Nabi Muhammad SAW.

Islam adalah Ad-Deen, cara kehidupan dan satu-satunya agama diredhoi Allah, tuhan kita semua. Nabi Muhammad itu pastinya Islam dan Nabi Isa itu juga pastinya Islam. Islam adalah untuk semua dan hanya Islamlah kebenaran dan tiada benda lain yang benar melainkan Islam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?