TREND POLITIK SEKARANG; DEMOKRASI ATASI ISLAM.

Sekarang ini, atau pada ketika ini, sudah menjadi satu trend dimana jika hendak menjadi pemimpin, mereka perlu mendengar apa yang rakyat mahukan. Jika hendak menang, mereka mesti mengikut telunjuk apa yang rakyat mahukan. Proses ini dinamakan proses demokrasi. Demokrasi tulen.Ianya telah menjadi penerimaan banyak negara untuk memilih pemimpin, dan sekarang ini ianya sedang melanda di negara Teluk Tengah.

Ada manusia kata, ianya adalah satu proses pemilihan pemimpin yang paling unggul yang perlu ditegakkan walaupun perlu membunuh dan menjajah negara lain. Apa-apa yang berkaitan dengan menegakkan demokrasi, ianya semuanya menjadi halal dan masuk akal walaupun perlu mematikan nyawa ribuan manusia untuk menegakkan cara pemilihan pemimpin melalui pilihanraya demokrasi tulen. Ianya sudah dianggap lebih besar dari agama.

Namun, adakah cara pemilihan pemimpin secara demokrasi tulen ini adalah satu-satunya cara pemilihan pemimpin yang paling unggul yang wajib diikuti oleh semua manusia di dunia yang sementara ini?

Apa kata kita ambil contoh sebuah keluarga yang mempunyai 7 orang manusia, seorang bapa, seorang ibu, dan 5 orang anak.;

Keluarga ini hendak pergi makan diluar. Ada 2 restoran yang telah dipilih oleh antara mereka bertujuh. Satu restoran adalah restoran seafood milik orang Kelantan, yang makanannya adalah masakan ala Siam. Pemilik restoran itu adalah Hj Kasim. Beliau memang terkenal dengan sifatnya yang menjaga setiap masakannya adalah dari sumber yang halal. Namun, rasa masakannya adalah sederhana. Tidaklah terlalu sedap dan tidaklah tidak sedap, tetapi bolehlah dimakan.

Restoran kedua pula adalah masakan seafood juga, dimiliki oleh juga seorang Melayu, bernama Hj Saman, masakan juga ala Siam. Restoran beliau memang terkenal kerana kesedapan masakannya. Namun, kesedapan makanan di restoran itu adalah kerana setiap makanan ianya telah dimasuk dengan sedikit wine.

Oleh itu, ayah dalam keluarga itu dengan tegas mengatakan bahawa mereka perlu makan di restoran Hj Kasim. Kerana walaupun tidaklah sesedap dari masakan restoran Hj Saman, namun ianya adalah halal. Isterinya hanya mengikut sahaja.

Tetapi anak sulongnya telah membantah bersama 3 adik beradiknya. Mereka kata, buat apa makan diluar dengan masakan yang tidak sedap. Lebih baik pergi ke resotran Hj Saman yang makanannya sedap. Berkenaan dengan wine, ianya hanya sedikit dan tidak memabukkan.

Maka ayahnya berkata kepada anak-anaknya yang 4 itu. Walau sedikit arak yang dicampurkan, ianya tetap haram. Namun dibalas oleh anak yang ke 4, jika tidak mabuk kenapa haram pula? Yang menjadi masalah kepada arak adalah kerana memabukkan orang. Jika untuk menyedapkan makanan, apa masalahnya?

Ayahnya berkata, memang walau makanan yang ada arak itu tidak memabukkan, namun ianya tetap haram. Kerana Nabi sudah berkata begitu.

Anaknya yang ke 3 membalas kepada ayahnya tolonglah jangan mematikan hujah dengan mengguna nama Nabi, nama Tuhan atau nama agama. Ianya adalah satu trend orang zaman dahulu untuk mematikan hujah. Anaknya yang ke 5 juga bersetuju dengan abangnya itu. Beliau menasihati ayahnya agar menerima perbezaan pendapat dan meraikan perbezaan. Bukannya menggunakan agama untuk mematikan hujah pihak lawan.

Ayahnya mati kutu dengan karenah anaknya. Masakan tidak, beliau hanyalah seorang pemandu lori dan berpendidikan SPM gred 3 sahaja. Ilmu agama pun diperolehi dari kuliyah maghrib di surau Tamannnya dan kaset-kaset ceramah agama.

Kemudian, anaknya yang kedua bercadang. Apa kata mereka bertujuh mengundi restoran mana yang perlu ditujui, restoran Hj Kasim atau restoran Hj Saman. Maka undian dibuat. Keputusannya 2 untuk Hj Kasim dan 5 untuk Hj Saman.

Ayah tidak berpuas hati. Kerana dengan keputusan berkenaan, maka keluarga beliau akan 'makan' arak pada malam itu. Ayahnya berkata, sebagai seorang ayah, walau undian telah dibuat dan beliau kalah dengan 2-5, beliau tetap memutuskan untuk ke restoran Hj Kasim. No Question Ask! No argument! Ayahnya telah berkata, malam ini, keputusan adalah berdasarkan keputusan beliau seorang sahaja. Diktator! Arahan paksaan walau undian menyatakan sebaliknya.

Maka anda semua rasa, adakah keputusan ayahnya itu dengan keputusan vetonya, adalah satu keputusan terbaik? Adakah dengan membatalkan keputusan undian, ayah kepada keluarga itu telah melakukan keputusan yang salah dan wajib diperangi oleh setiap individu yang cintakan demokrasi tulen? Agak-agaknya, apakah jawapan anda?.....

Ulasan

wan_jtk berkata…
Satu metaphore yang baik!!! SYabas..

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?