TERLUPA MUSUH SEBENAR; MUSUH KITA UMNO SAHAJAKAH ATAU SYAITAN SEKALI?

Moral.

Apa itu moral?

Perkara pentingkah moral itu?

Jika ada manusia yang tidak mengikut moral, jahat sangatkah manusia itu?

Siapakah yang menentukan kemoralan sesuatu perkara?

Apakah sempadan 'bermoral' dan tidak bermoral?

Perlukah moral itu diikat dengan undang-undang, atau yang selalu disebut oleh puak-puak 'pandai', moral policing?

Ada satu puak yang cukup alergik dengan moral policing. Sehingga hendak menyebutnya pun puak ini sudah menyampah. Puak ini, didalam media, dipanggil puak liberal. Puak yang hendak bebas dari apa-apa bentuk yang tidak bebas. Namun ada puak liberal yang tersangat-sangat liberalnya, tetapi tidak mengaku mereka ini liberal. Ini hamba panggil puak pandai menipu dengan bahasa. Atau hamba panggil mereka dengan jenama manusia ayat 6.

Manusia ayat 6 ini berada dimana-mana dipelusuk dunia. Semua negara ada mereka-mereka ini. Ada berbagai-bagai bangsa, dan ada didalam masyarakat berbagai bagai agama dan tidak beragama. Mereka juga ada menyusup ke dalam berbagai persatuan dan juga parti politik. Samada didalam parti yang memerintah atau yang membangkang.

Dalam konteks Malaysia, manusia ayat 6 ini sedang menggerakkan sayapnya secara senyap. Mereka-mereka ini sedang mengumpan insan-insan yang baru kenal hidup dengan idea-idea dan pandangan mereka dengan menggunakan kaedah pembahasaan yang 'indah' didengar oleh telinga insan-insan itu.Tujuan utama mereka, mempengaruhi manusia belia. Atau golongan Y, jenama baru dibuat oleh mereka.

Pandangan pertama yang mereka sebarkan kepada generasi Y ini adalah, merai perbezaan. Menerima perbezaan pendapat.

Kenapa mereka memulakan dengan pandangan ini? Menerima dan merai perbezaan pendapat? Puak ini dengan bersungguh-sungguh menjustfikasikan agar minda manusia gen Y ini berpegang kepada menerima perbezaan pendapat?

Ini kerana, setelah minda gen Y ini sudah sebati dengan pandangan itu, maka manusia ayat 6 ini akan memulakan penyebaran pendapat mereka. Yang sememangnya berbeza dan berbeda dengan pendapat-pendapat yang tidak diwakili mereka. Dengan itu, penentangan terhadap pandangan mereka akan mengecil kerana jika pun ada gen Y yang tidak bersetuju, tetapi oleh sebab semangat meraikan perbezaan pendapat itu menebal, maka pendapat itu seperti diterima walaupun tidak disetujui dan salah dari segi moral.....

Bersambung.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?