Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2011

BIL API NAIK 7.12%, PADAN MUKA MELAYU.

Imej
Depa kata, kenaikan tarif elektrik tidak menjejaskan 75% atau 4.4 juta pengguna elektrik TNB. Ini kerana bil golongan 75% ini secara puratanya tidak menggunakan elektrik sebanyak 300kWj. Memang pandai ayat spin golongan penipu ini. Mengapa depa tidak kata kenaikan tarif elektrik ini akan membebankan 25% pengguna elektrik TNB. Atau sebut dengan nilai angkanya sekali, 1.54 juta pengguna elektrik akan menikmati menaikan bil api sehingga 7.12%. Bukan sama ke ayat ini dengan ayat di atas? Apa depa ingat, golongan 25% ini bukan manusia ka? Golongan 25% ini adalah makhluk yang tidak makan nasi dan roti, hanya sedut asap keluar angin? Depa ingat golongan 25% ini adalah satu kumpulan makhluk dimana dibelakang rumah mereka ada mesin cop duit untuk membayar lebih bil elektrik mereka tiap-tiap bulan? Apa punya mentaliti kerajaan 1 Malaysia ini? Kerajaan yang menyusahkan rakyat ka? Hamba mendoakan, agar makhluk istimewa 25% ini akan memastikan mereka ini adalah golongan yang akan bertanggungj...

MALAYSIA JUAL MINYAKLAH. APA CERITA SUBSIDI-SUBSIDI NI?

Imej
Sistem akal tapak kaki. Malaysia jual minyak. Dan Malaysia juga beli minyak. Jual minyak untung bilion-bilion. Beli minyak kena keluar duit. Jual tolak beli, yang untung bilion-bilion itu menunjukkan jual lebih tinggi dari beli. Sebab itu namanya untung. Tapi pelik bin ajaib, sebab beli ikut harga pasaran, jual kepada rakyat ikut harga pasaran. Tetapi konon untuk menunjukkan KERAjaan bn ini baik, depa buat 'subsidi' minyak dengan potong harga jualan. Padahal, ikut logik dan memang benarpun, KERAjaan tidak keluar satu sen pun duit untuk beli minyak, sebab kita untung dari hasil jualan. Maka jadilah rakyat ini dibodohkan oleh KERAjaan bn yang memang bodoh mentadbir. Hendak jual minyak pada rakyat pun tak reti-reti. Disebabkan rakyat pun majoritinya akal kurang belaka, maka kekal jugalah KERAjaan bn untuk mentadbir dengan cara yang lebih bodoh dari dahulu, kini dan selamanya. Duit punya pasal, mentadbir untuk kayakan diri sendiri. Rakyat, lantak kamu.. Maka janganlah sa...

CERITA BERSIH 2.0, TERINGAT BERSIH SATU.

Imej
10 November 2007, adalah hari yang tidak boleh hamba lupakan sehingga bila-bila. Ada dua peristiwa penting yang berlaku pada tarikh itu. Satunya, isteri hamba bakal melahirkan anak kedua, dan satu lagi adalah perhimpunan Bersih. Setelah cadangan Tuan Guru Presiden untuk mengadakan demonstrasi Bersih untuk kali kedua pada 9 Julai ini, maka peristiwa lama dahulu terngiang-ngiang didalam akal ingatan hamba tentang pengalaman menghadiri demonstrasi Bersih yang tidak bersih itu. Ianya penuh dengan kekotoran politik kotor umno, dan masih hamba tidak lupa, cabaran Khairy Jamaludin, jiran rumah ibu hamba, mencabar orang ramai turun berdemo dijalan raya jika mereka berani.  Siapa ada di OCBC bank. Pasti sakit....  Pagi Sabtu itu, iaitu hari demo Bersih, hamba terlebih dahulu telah menghantar isteri hamba ke klinik pakar puan, kerana 'due date' untuk melahirkan anak kedua kami telah dekat. Semasa Doktor memeriksa isteri hamba, Doktor mengatakan bahawa isteri hamba telah 'b...

TUAN IBRAHIM AKAN MENANG TIMBALAN PRESIDEN, PERCAYALAH.

Hamba baru terbaca berita dari MalaysiaKini bahawa Tuan Ibrahim akan bertanding kerusi Timbalan Presiden PAS pada Muktamar nanti. Dengan sendirinya, sudah confirm 3 calon akan bertanding Timbalan Presiden. Namun hamba yakin, Ustaz Nasharudin akan tarik diri dan pertandingan 2 penjuru akan berlaku diantara Mat Sabu dan Tuan Ibrahim. Ini kerana keperluan Ustaz Nasha untuk turut bertanding adalah minima. Dan hamba cukup yakin, dengan trend perwakilan PAS, yang sememangnya boleh menampakkan mengundi ke arah mana setiap kali ada pertandingan didalam Muktamar PAS, Tuan Ibrahim akan menang dengan selesa. Saudara Mat Sabu akan diserapkan ke AJK Pusat dan begitu juga Ustaz Nasha. Jadi, hamba rasa, agak menarik juga ingin melihat blogger-blogger yang kononnya menyokong kumpulan Endorgan yang sengaja dilabel-labelkan oleh mereka sendiri untuk membuat kenyataan 'rasmi' mereka. Habis teruk nanti mereka akan mengkritik pihak 'ulama'.

TERIMA KASIH UTUSAN MENGINGATKAN ASAL USUL PAS ADALAH DARI SEKOLAH PONDOK.

Utusan Malaysia adalah sebuah akhbar yang bencikan perjuangan Islam semenjak umno mengambil alih pentadbiran Utusan. Siapa yang tidak lupa, pada zaman 80-an dan 90-an, bagaimana akhbar umno ini banyak mengutuk dan memburukkan pergerakan Islam. Sehinggakan sanggup mengeluarkan cerita-cerita yang menghina hukum hudud dan dengan syaitannya membuat karikatur yang menghina hukuman hudud. Setelah lama Utusan mendiamkan diri menghina terus pergerakan Islam, maka hari ini, belang sebenar Utusan ini kembali timbul. Sila baca di sini, Pas peralat pelajar agama Setelah membaca artikel itu, tujuan utama wartawan Yulpisman Asli seperti mahu mengaitkan PAS mempergunakan pelajar Agama sekitar Kelantan untuk kepentingan politik PAS. Beliau tidak menggunakan istilah sekolah pondok, mungkin beliau begitu elergi dengan sekolah pondok. Cara 'cerita' ini dituliskan adalah serupa sama dengan cara-cara media PAS mempersendakan umno menggunakan pelajar sekolah untuk memeriahkan aktiviti umno di...

CERITA BENAR SYARIKAT AISYALAM SDN BHD; BHG 2.

Imej
Keuntungan syarikat sudah berlipat kali ganda. Ditambah lagi dengan penurunan gaji pekerja yang dibuat hasil mesyuarat ajk Almari yang diputuskan sendiri oleh pengerusi ajk, iaitu En. Aisyalam. Pn. Onmu dan En Sirdi Alaj sudah kembong perut dengan kenaikan pangkat mereka dan sedikit wang yang ditiris dari syarikat. Cumanya hanya para pekerja sahaja yang merungut kerana gaji mereka sudah dipotong. Pekerja 1, "Saya berasa serba salah lah En. Sapitrap, rasanya seperti ingin berkata sesuatu kepada pengurusan syarikat kerana pemotongan gaji kita ini." kata pekerja 1 yang bernama En. Marhaen kepada supervisor syarikat Aisyalam Sdn Bhd, En. Sapitrap. Nama beliau seperti orang Siam, namun beliau bukan dari Siam, cumanya daerah kelahirannya bersempadan dengan Siam. En. Sapitrap menjawab, "Saya pun memang sedang merancang untuk bertindak terhadap pengurusan syarikat ini. Perancangan pertama kita dahulu yang tidak jadi itu mesti dijadikan pengajaran." kata En. Sapitrap. Da...

CERITA BENAR DARI SYARIKAT AISYALAM SDN BHD.

Imej
Ada seorang peniaga, namanya En. Aisyalam. Dia seorang Melayu, tetapi neneknya adalah India beribukan Cina, berniaga buah durian. Kebunnya ada seluas 5 ekar. Tahun lepas, sebiji durian, harga borong adalah RM2.50. Tolak campur bahagi darap, setiap biji dapatlah dia untung bersih RM1.00. Tetapi, pada tahun ini, harga sedunia buah durian telah meningkat. Ini kerana ketidakstabilan harga komuditi bagi buah durian itu menyebabkan kawalan harga durian terpaksa diapungkan. Mahu tidak mahu, harga durian sedunia telah meningkat kepada RM3.50 sebiji. Maka bising-bisinglah En Aisyalam ini kerana harga durian telah naik mendadak sebanyak RM 3.50. Tahun lepas sebiji hanya RM2.50, tetapi tahun ini telah naik sebiji RM1.00. Maka beliau sebagai ketua keluarga dan kepala lepada syarikat menjual buah durian dari kebunnya yang sebesar 5 ekar itu membuat satu mesyuarat tergempar. Mesyuarat itu dinamakan mesyuarat Jawatan Kuasa Almari Bekalan dan Harga. Maka En. Aisyalam sebagai pengerusi telah memula...

KERJA JEMAAH TAK MAKAN GAJI. LETIH JUGA..

Tadi, hamba dapat email dari HR tempat hamba bekerja. Dalam email itu kata, hamba dapat kenaikan 4% gaji tahunan. Naik lebih kurang RM110. Bolehlah tu, dapat jugalah menampung  duit yuran sebulan Nur Jannah sekolah PASTI. Namun apa yang penting, duit kenaikan itu juga adalah persediaan untuk menampung kos hidup yang akan bertambah perit selepas bulan Jun nanti. Semalam, hamba lupa langsung ada mesyuarat Majlis S.U untuk Kawasan Hulu Selangor. Selalunya mesyuarat dibuat akhir minggu, tetapi mungkin SU baru telah dilantik, maka kebiasaan itu tidak dibuat lagi. Hamba dengan selamba sahaja makan malam diluar bersama keluarga semalam. Balik rumah tidur. Esoknya (hari ini), sedang syok-syok delete sms lama, ternampak sms dari SU baru, bahawa semalam ada mesyuarat. Aduh.... Macam manalah hendak jadi Timbalan Presiden begini. Tarikh mesyuarat pun boleh terbabas pandang. Inilah masalah hamba, mudah terlupa. Hamba ada penyakit pelik sedikit, hamba mudah lupa nama orang dan mudah lupa t...

DIESEL NAIK 38 SEN, PADAN MUKA MELAYU!

Imej
25 Mei ini, tempat kerja hamba akan memasukkan gaji baru kepada 'pay slip' hamba. Ini kerana gaji hamba bulan 5 ini akan ditulis dengan angka baru. Angka selepas dinaikkan gaji. Kenaikan gaji tahunan. Dan ianya 'back dated' dari bulan 1. Seronok hamba. Namun keseronokan itu terbantut terus apabila membaca bahawa subsidi minyak diesel bagi kenderaan pengangkutan akan dihapuskan mulai 1 Jun 2011. Jenis pengangkutan yang terlibat adalah ; Kepala Lori (Prime Mover), Kargo Am, Luton Kotak, Van (Panel Van, Semi Panel Van dan Window Van), Lori-Rigid Minuman Botol, Lori Tangki Rigid-Tepung, Lori Rigid-Refrigerated, Lori Tangki Air dan teksi limosin. Fuiyoo! Semua lori yang berkaitan dengan mengangkut barangan asas pengguna. Maksudnya apa di sini? Maksudnya, barang-barang penggunaan harian kita akan naiklah. Sebab itu Pak Muhyiddin kata jangan marah kerajaan bn jika harga barang naik. Hantu punya menteri! Harga diesel super subsidi untuk kenderaan itu dahulunya RM1.42 s...

28 KAWASAN TIDAK CALONKAN SESIAPA BERTANDING? BIAR BETUL..

Sebentar tadi, PAS Pusat telah mengeluarkan kenyataan media berkenaan siapa yang akan bertanding pada pemilihan muktamar PAS tahun ini. Dari 180 Kawasan, cuma 146 Kawasan sahaja diterima pencalonan. 6 tolak, lagi 28 tidak tahu entah ke mana? Jika ya terdapat 28 Kawasan yang tidak memberikan nama calon untuk pemilihan 2011 ini, maka hamba melihat, 28 Kawasan ini adalah kawasan yang tidak aktif. Hanya ada pada nama sahaja. Negeri mana ya 28 Kawasan itu? Johor? Melaka? Perak? Negeri Sembilan? Mungkin Sabah dan Sarawak. Di Malaysia, terdapat 222 Parlimen, dan sepatutnya PAS mesti ada 222 Kawasan. Namun mungkin kita tolakkan Sabah dan Sarawak. Semenanjung ada 166 kerusi Parlimen, 156 Kawasan sahaja yang memberi nama calon, lagi 10 ke mana? Ini dikira jika Sabah dan Sarawak tidak aktif langsung Kawasan. Tetapi ianya memang mustahil. Jadi inilah persoalan hamba. Kenapa banyak sangat Kawasan tidak hantar pencalonan? Ke mana pergi 28 Kawasan yang sepatutnya melaksanakan Mesyuarat Agong. A...

GURU BESAR NAIK GRED: BN HENDAK PEGANG KEPALA2 SEKOLAH UTK PRU13?

Imej
Semalam adalah hari Guru. Mengapa ianya dibuat pada 16 Mei, hamba tidak tahu. Namun, apa yang pasti, hari guru disambut semalam. Balik dari sekolah, isteri hamba dapat hadiah kusyen, bawa balik cokelat dan sekotak kecil kek. Kenyang hamba malam tadi. Cuma apa yang hamba hendak ketengahkan ini, bukannya berkenaan apa yang dibuat oleh seluruh sekolah di Malaysia semalam. Yang pastinya, tiada satu pun kelas yang membuat pembelajaran. Kiranya, murid dicutikan seharian semalam. Apa yang hendak diketengahkan adalah 'hadiah' istimewa yang akan diberi oleh kerajaan bn kepada guru untuk gula-gula PRU 13 nanti. Hamba tidak dengar secara terus apa yang pm dan tpm katakan apakah yang akan dinikmati oleh guru. Tetapi apa yang pasti, hamba dapat dari akhbar-akhbar versi maya. Hamba tidak akan ambil dari akbar MalaysiaKini atau HarakahDaily, nanti ada yang mengatakan akhbar itu akan bias dan hanya cakap benda yang tidak molek sahaja kepada kerajaan bn. Tetapi hamba akan merujuk kepada a...

UTUSAN SIAL!!

Imej
Utusan Sial! Hamba kali ini menggunakan ungkapan yang paling carut digunakan kepada surat khabar Utusan Sial itu. Minta maaf kepada mereka yang melayari blog hamba, kerana kali ini hamba akan menggunakan perkataan yang tidak elok kepada Utusan Sial itu. Hendak tahu mengapa? Ianya tiada kaitan dengan PAS, tiada kaitan dengan PKR, tiada kaitan dengan PR, tetapi ianya ada kaitan dengan lidah penyambung fitnah sial si kafir laknat Amerika setan yang sekarang ini sedang mereka cerita menjatuhkan kredibiliti 'pemimpin' Al-Qaeda kononnya, Osama Laden. Dan apa yang paling bangang yang telah dibuat oleh Utusan Sial itu ialah Utusan Sial telah menjadi lidah penyambung fitnah kafir Amerika. Kalau korang tidak percaya, bacalah tajuk dari Utusan Sial Online ini; Komputer Osama penuh porno Inilah kerja Utusan Sial yang memang jelas sebuah akhbar tali barut Yahudi yang menggunakan assobiyah Melayu untuk membodohkan umat Melayu dan pastinya akhbar ini adalah anti Islam sedunia. Celaka ...

ANALISIS KERUSI PARLIMEN YG PAS BERTANDING.

Hamba ada dengar, Timbalan Presiden ada mengatakan bahawa, pada PRU 13 nanti, PAS akan bertanding kerusi Parlimen yang tidak sama dengan apa yang PAS bertanding pada PRU 12. Hama tidak pasti pula, adakah rakan-rakan PR bersetuju dengan cadangan PAS itu. Walaubagaimanapun, pada PRU 12 dahulu, adakah anda semua tahu, berapakah kerusi Parlimen yang PAS bertanding dan kerusi apa? Mari sini hamba hendak kabor. Pada PRU 12 dahulu, PAS bertanding di 67 kerusi Parlimen. Tidak menang 44 kerusi dan menang di 23 kerusi. Undi popular adalah 1,160,728 pengundi. Kebanyakan adalah kerusi majoriti Melayu. Ada 6 kerusi Parlimen yang PAS bertanding kurang 60% undi Melayu, dan ada 2 kerusi bawah 50% undi Melayu. Satu kerusi P111, Kota Raja, Selangor, PAS menang besar dan satu lagi P161, Pulai, Johor, PAS kalah teruk. Namun, kemenangan atau kekalahan PAS tidak boleh diukur dengan berapa kerusi majoriti Melayu dan bukan Melayu, tetapi ianya ada hubungkait dengan negeri-negeri dimana PAS bertanding....

SYAFIE APDAL; BILA DIA BUKA MULUT, MENAMPAKKAN KURANG AKALNYA.

Syafie Apdal ini adalah Menteri yang paling kurang akal pernah dikeluarkan oleh umno. Kurang akalnya amat memalukan rakyat Sabah yang rata-ratanya akal mereka adalah bergeliga, namun, oleh kerana yang menang pilihanraya tetap umno, maka manusia yang kurang akal jugalah yang akan dipilih oleh umno. Sila baca Utusan online yang bertajuk; Tidak wajar ambil tanah adat untuk Ladang Rakyat - Shafie Apdal. Apalah punya mental yang diperlehi oleh menteri keturunan Sabah ini. Hendak buat cerita spin pun, buatlah cerita spin yang canggih sikit. Cerita yang susah orang hendak jawab. Ini tidak, buat cerita yang sudah pun di spin dan kemudiannya telah dijawab dengan mudah dan memalukan orang yang buat cerita spin itu. Sila baca tajuk ini; Ladang Rakyat cadang saman dituduh rampas tanah dan ini Tiada tanah rakyat di Gua Musang dirampas Itulah, lain kali, janganlah memandai-mandai memasukkan umno ke dalam Sabah, sudah jadi kurang akal. Jika ya pun hendak buat fitnah, buatlah fitnah yang manggih...

BLOG KENA VIRUS SEMALAM?

Semalam, pertama kali dalam sejarah, hamba semalaman ber FB. Tidak sentuh langsung blog. Manakan tidak, dari tengah hari, sampai ke malam, blogspot tidak boleh masuk. Ada orang kata, blogspot kena virus Friday the 13th. Entah iya, entah tidak. Namun, apa yang pasti, hamba telah menjadi Gen Y dari Gen X semalam. Itulah yang Matsamankati kata. Ada banyak cerita yang hendak dicerita semalam. Namun, kerana tidak boleh mengemaskini blog, maka umno dapatlah tdur 'lena' sedikit kerana tiada satu pun isu yang dapat diketengahkan oleh blogger. Tapi takpe, hari ini hamba akan bercerita lagi tentang kekalutan umno yang kapitalis itu.

JIKA KERAJAAN JIMAT RM4 BILION PUN, RAKYAT DAPAT APA?

Imej
Ada sesiapa yang terbaca Utusan Online? Jika tiada, eloklah, ada yang mengikut pandangan golongan yang mengharamkan membaca Utusan kerana ianya akhbar fitnah. Pandangan itu betul, tetapi bagi satu pihak yang lain, iaitu askar-askar yang menentang secara terus dengan musuhnya, askar itu patut membaca dan mengetahui segala cerita, perancangan, tipu daya, propaganda dan fitnah yang dilontarkan agar askar-askar itu dapat menyerang kembali musuhnya dengan peluru yang betul. Maka, mahu tidak mahu, askar-askar pejuang wajib baca Utusan untuk mengenali musuh. Terutama askar-askar didalam alam siber. Peluru mereka adalah matlumat. Hamba tertarik dengan cerita dari Utusan yang bertajuk Jimat kos RM4.25 bilion, . Kerajaan sekarang sedang membuat kajian untuk memansuh atau menukar 400 dasar dari seluruh kementerian dalam kerajaan Malaysia untuk mendapatkan penjimatan kos sehingga RM4.25 bilion menjelang 2015. Ia telah dikaji oleh agensi kerajaan dan perunding asing. Mungkin perunding asing ini...

BAGAIMANA MAHU SPIN CERITA HARGA GULA SUDAH NAIK.

Hendak kata Najib bijak, memang beliau bijak membutakan mata rakyat terhadap apa yang telah beliau lakukan terhadap negara Malaysia. Selepas menang di Sarawak dengan 'bergaya', maka beliau tanpa segan silu telah menaikkan harga minyak RON97 sebanyak 20 sen kepada RM2.90. Harga minyak paling mahal dalam sejarah Malaysia. Setidur-tidur Pak Lah, beliau hanya berani menaikkan sehingga RM2.80 sahaja. Kemudian dengan selamba, Najib menaikkan lagi harga gula sebanyak 20 sen kepada RM2.30 sekilo. Katanya, kononnya dengan kenaikan 20 sen sekilo itu akan mengurangkan subsidi kerajaan sebanyak RM166.6 juta. Apa yang hamba nampak, duit itu akan digunakan untuk kantong umno pada PRU13 nanti. Dan kepandaian spin si Najib ini terserlah, apabila 2 berita menyeksakan rakyat itu ditenggelamkan oleh 2 cerita kononnya si Najib seorang yang baik kerana sanggup 'berborak' dengan seorang adik yang mengidap kanser ditaja oleh al-ustaz Kamalanathan, dan satu lagi berita berkenaan Pandi Kutt...

MALAYSIA KRISTIAN? ALAHAI, SEKARANG PUN MALAYSIA BUKAN NEGARA ISLAM...

Imej
Hamba tidak mahu bercerita tentang Utusan yang tidak waras berkenaan fitnah Malaysia akan menjadikan Kristian sebagai agama rasmi, sebab nama pun fitnah, buat apa kita cerita pasal cerita yang tiada. Apa yang hamba hendak ceritakan disini ialah sebenarnya Malaysia ini pun bukanlah negara yang agama rasminya Islam. Islam hanya sebagai agama persekutuan di Malaysia. Apa pula maksud agama persekutuan di Malaysia? Bermaksud Islam tertakluk kepada apa-apa pindaan yang dipinda dalam Perlembagaan Malaysia. Manusia di Malaysia perlu faham, Islam adalah tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia, yang bermaksud Perlembagaan Malaysia yang dicipta penjajah dahulu yang kemudian diluluskan oleh umno dan sekutunya adalah lebih tinggi dari Islam. Artikel 4 Perlembagaan Persekutuan jelas menyebut; "Perlembagaan adalah undang-undang utama Persekutuan, apa-apa undang-undang yang diluluskan berlawanan dengannya hendaklah terbatal setakat ia berlawanan itu." Jarum penjajah masih lagi keka...

HISYAMUDDIN MEMANG KURANG AKAL. TAK LAYAK JADI MENTERI.

Imej
Hendak kata kurang cerdik, jawat jawatan Menteri. Hendak kata tiada akal, memang dilihat akalnya kurang sedikit, tetapi tidaklah ke tahap dungu, tetapi apa yang pasti, minah Hisyamudin ini memang kaki putar belit belut. Sudah baca tajuk ini di Utusan Malaysia versi internet; Pas tidak mampu ganti UMNO - Hishammuddin Apa yang hendak disebut disini, bukanlah hendak menyatakan bahawa apa yang disebut oleh Hisyamuddin tentang PAS tidak boleh ganti umno. Bukan,.. bukan. Hamba tidak mahu kritik dia dengan ungkapan mengecil-ngecilkan PAS itu. Kerana memang sudah hukum alam, sesiapa yang umno, akan kutuk PAS habis-habisan. Jika minah Hisyamuddin ini sebut PAS ada peluang ganti umno, itu memang pelik lagi ajaib. Yang menjadi kemusykilan ke tahap gaban power rangers ialah apa yang disebut oleh minah ini tentang tahap kebebasan media di Malaysia ini. Mengenai indeks kebebasan media, Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri menegaskan, kebebasan media tidak lagi membawa makna dalam duni...

PADAN MUKA RAKYAT 1 MALAYSIA, KAMU TELAH DIKASTAKAN MENGIKUT RON97 DAN RON95.

Imej
  "Minyak naik lagi 20 sen? Peduli apa dengan minyak naik 20 sen, aku guna minyak RON 95. Yang naik RON 97 je." Ini adalah ungkapan yang paling umno pernah hamba dengar dari ramai-ramai kawan hamba yang ada. "Yang kome komplen sesangat minyak naik sampai RM2.90 tu apahal, yang naik tu RON 97. RON 95 kan ke ada. Maintan je harganya." Ini pun ayat yang sungguh umno yang hamba pernah dengar dari reramai kawan-kawan hamba. Hendak kata kurang cerdik, akal ada, hendak kata tiada akal, cerdiknya ada sikit-sikit. Yang pastinya bukan bodoh, tetapi tidak berpengatahuan apa itu RON. Research Octane Number, ada sesiapa pernah dengar? Hamba pun tidak biasa dengar. Tetapi tahulah apa maksud itu. Senang-senang cerita, beza antara RON97 dan RON95 ini bukannya bermaksud RON97 lagi power dari RON95, bukan,.. bukan. Beza RON 95 dan RON 97 ialah perbezaan pembakaran lengkap minyak didalam kebuk pembakaran sesuatu enjin kereta. Pembakaran lengkap minyak pada RON 97 adalah lebih bai...

NAK KATA MACAM MANA, MEMANG UTUSAN AKHBAR CAP AYAM.

Imej
Surat Khabar di Malaysia adalah satu entiti yang paling kurang cerdik didunia. Tahap kurang cerdiknya adalah serupa akal mereka berada di tapak kaki, bukan lagi di kepala lutut. Cuba anda semua baca tajuk akhbar Utusan Malaysia versi internet yang bertajuk ADUN P. Pinang sependapat mengenai isu rumah mahal . Cerita yang dibawa memang masuk akal, cumanya ayat permulaan dari tukang cerita ini memang menunjukkan kepala akal beliau berada di tapak kaki, bukan lagi kepala lutut. GEORGETOWN 5 Mei - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Barisan Nasional (BN) dan pihak pakatan pembangkang sependapat bahawa penduduk Pulau Pinang sedang berhadapan dengan kesukaran untuk membeli rumah di negeri ini berikutan harganya yang terlalu tinggi. Cuba anda semua baca ayat di atas. ADUN dari BN DAN pihak pembangkang. Setahu seluruh manusia di dunia ini, BN adalah pembangkang, dan Pakatan Rakyat adalah Kerajaan. Jadi, siapa kerajaan? Siapa pembangkang? BN pembangkang, dan kerajaan Pulau Pinang PR pun ...

JUANDA DENGAN RACUN WAHABINYA?

Hamba pening membaca apa yang diperkatakan oleh Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya, apabila beliau beria-ia benar mahukan penyatuan umno dan PAS menjadi satu kenyataan. Sila baca disini . Sesiapa yang tidak bersetuju penyatuan umno dan PAS, maka mereka itu adalah pengkhianat Islam. Benarkah itu? Pertamanya, perlu disebut disini, umno BUKAN parti Islam. Umno adalah parti kapitalis assobiyah Melayu yang menggunakan 'Melayu'nya hanya untuk meraih undi. Iktikad umno adalah kapitalis, iaitu menggunakan apa cara sekalipun untuk menang, kaya dan 'berjaya', tidak kira ianya haram atau halal. Menghalalkan apa cara sekalipun untuk mencapai tujuan. Monopoli sesuatu ekonomi adalah program utama umno untuk meraut keuntungan. Kronisme dibentuk oleh umno adalah bertujuan agar sesiapa yang berada di hiraki tertinggi umno akan terus kaya dan kaya manakala mereka yang berada di bawah akan sentiasa miskin dan miskin. Tujuannya hanyalah satu, untuk mengekalkan kuasa kerana orang dibawah akan te...

PENDAPAT PERIBADI HAMBA TENTANG MAT SABU YG INGIN BERTANDING TIMBALAN PRESIDEN.

Hamba ada seorang Pakcik yang beragama Islam Syiah. Beliau sudah meninggal dunia tahun lepas. Rumah arwah adalah di Bukit Mertajam, Seberang Perai. Arwah juga adalah salah seorang segerombolan orang Syiah (hamba lupa ada berapa orang) yang ditahan dibawah ISA awal tahun 2000 dahulu. Iktikad arwah adalah serupa seperti Syiah Imamiah. Ada beberapa kali insiden dimana terdapat dialog yang agak 'panas' diantara sepupu hamba dengan arwah apabila arwah Pakcik hamba ini mula menghina sahabat Rasulullah SAW. Namun selepas bebas dari tahanan dibawah ISA, arwah telah tidak meng'war-war'kan Syiahnya kepada orang ramai. Arwah hanya ada menyebut-nyebut perkara yang 'ringan-ringan' jika berdialog, terutama dengan hamba. Apa yang hamba ingat ialah, arwah selalu menasihati hamba agar belajar sirah para sahabat. Dan hamba ikut nasihatnya, dan alhamdulillah, pembacaan hamba adalah bukan hanya pembacaan hanya semata-mata dengan buku tanpa berguru, tetapi hamba akan bertanya kepada...

AKHIRNYA UMNO MENGAKU PAS ADALAH PARTI ISLAM.

Imej
Dengan tiba-tiba, dengan tidak disuruh, umno melalui ketuanya bernama altantuya, eh silap,.. yang bernama Najib, telah bersungguh-sungguh menasihati PAS untuk keluar dari DAP. Sekali dengar, agak pelik apa yang si Najib katakan, tetapi apabila telah diedit oleh suratkhabar cap ayam dengan mengubah kata Najib yang asal dari keluar DAP kepada keluar Pakatan Rakyat, barulah minda hamba kecerahan sedikit. Hamba pun tidak mengerti mengapa dengan tidak dinasihati APCO (agaknyalah), Najib dengan paksa rela terhegeh-hegeh menasihat parti yang sentiasa dimusuhi oleh umno dulu kini dan selamanya, PAS agar 'kembali' menegakkan Islam. Apabila diperhatikan oleh apa yang diperkatakan oleh Najib itu, maka hamba mengucapkan ribuan terima kasih kerana buat pertama kali dalam sejarah politik Malaysia, umno melalui ketuanya mengiktiraf dengan betul-betul bahawa PAS ini adalah sebuah parti Islam yang memperjuangkan Islam. Selama ini, apa yang umno tentang dan perangi PAS, adalah sebenarnya mereka,...