PENDAPAT PERIBADI HAMBA TENTANG MAT SABU YG INGIN BERTANDING TIMBALAN PRESIDEN.

Hamba ada seorang Pakcik yang beragama Islam Syiah. Beliau sudah meninggal dunia tahun lepas. Rumah arwah adalah di Bukit Mertajam, Seberang Perai. Arwah juga adalah salah seorang segerombolan orang Syiah (hamba lupa ada berapa orang) yang ditahan dibawah ISA awal tahun 2000 dahulu. Iktikad arwah adalah serupa seperti Syiah Imamiah.

Ada beberapa kali insiden dimana terdapat dialog yang agak 'panas' diantara sepupu hamba dengan arwah apabila arwah Pakcik hamba ini mula menghina sahabat Rasulullah SAW. Namun selepas bebas dari tahanan dibawah ISA, arwah telah tidak meng'war-war'kan Syiahnya kepada orang ramai. Arwah hanya ada menyebut-nyebut perkara yang 'ringan-ringan' jika berdialog, terutama dengan hamba.

Apa yang hamba ingat ialah, arwah selalu menasihati hamba agar belajar sirah para sahabat. Dan hamba ikut nasihatnya, dan alhamdulillah, pembacaan hamba adalah bukan hanya pembacaan hanya semata-mata dengan buku tanpa berguru, tetapi hamba akan bertanya kepada ustaz-ustaz yang boleh digelar ulama untuk memimpin hamba dari pembacaan sirah sahabat. Kepada sesiapa yang berkehendakkan membaca sirah sahabat, terutama pada sirah peperangan2 yang melibatkan sahabat, selepas zaman Uthman R.A, anda semua patut dipimpin dengan guru yang betul.

Disinilah jarum-jarum Syiah akan mula menyusuk ke dalam akal fikiran kita kerana ilmu sanad sirah Islam dan ilmu sanad Hadith adalah jaun berbeza seperti langit dengan bumi. Sanad untuk hadith ianya adalah terlalu ketat, tetapi bagi sanad sirah Islam, penulis-penulis akan mengambil semua sanad walau orang yang menceritakan kepada penulis sirah itu adalah memang sah munafiq dan fasiq. Disinilah bermulanya kepada sesiapa yang hentam kromo menerima apa sahaja yang disampaikan dalam buku sirah itu akan terbawa-bawa doktrin Syiah Imamiah yang melaknat Sahabat Rasulullah SAW.

Apa yang paling merungsingkan hamba sekarang ini adalah, ayat-ayat yang selalu arwah Pakcik hamba katakan kepada hamba berkenaan Saudara Mat Sabu. Arwah Pakcik memang sukakan Mat Sabu kerana selalu juga Mat Sabu akan datang ke rumahnya, mungkin bertanya khabar. Apa yang hamba risaukan ialah arwah Pakcik hamba ada mengatakan bahawa rumah arwah Pakcik ini telah dijadikan tempat belajar ilmu Syiah. Dan beliau juga yakin bahawa Mat Sabu ini adalah seorang Syiah.

Walaupun hamba tidak yakin akan kata-kata arwah Pakcik hamba ini, namun rasa gelisah itu tetap ada. Hamba suka akan saudara Mat Sabu kerana istiqomahnya didalam perjuangan Islam bersama PAS. Malah hamba ada menjemput saudara Mat Sabu untuk berceramah di tempat hamba pada tahun 2009 dahulu. Dan hamba juga begitu meminati beliau dengan kepetahan beliau berceramah dan juga selalu turun berdemonstrasi bersama rakyat tentang apa-apa juga isu berkenaan dengan rakyat dan Islam.

Cumanya apabila saudara Mat Sabu tiba-tiba ingin bertanding kerusi nombor dua PAS, maka hati hamba dengan tidak semena-mena datang rasa was-was dan syak wasangka yang tidak elok. Terutama apabila kali kedua beliau mencubakan nasib.

Jika sesiapa yang menyokong saudara Mat Sabu, ataupun S.U peribadinya ada terbaca artikel hamba ini, yang boleh menjelaskan kepada hamba bahawa saudara Mat Sabu memang sah bukan Syiah, atau hanya menyokong golongan-golongan Syiah di Malaysia, tolong komen dalam artikel ini. Jika hendak bertanya siapakah gerangan nama pakcik hamba itu, hamba akan beritahu namanya, tetapi bukannya secara terbuka, kerana hendak menjaga nama arwah dan isteri serta anak-anaknya (sepupu2 hamba) yang masih hidup.

Ada satu lagi peristiwa yang menyebabkan hamba telah 'tertuduh' saudara Mat Sabu ini Syiah, tetapi hamba tidak mahu menceritakan didalam blog hamba, kerana ianya hamba anggap gosip-gosip liar dari kawan hamba.... Wallahualam....

Ulasan

hussin berkata…
sebagai ajk pas pusat tak apa ye?
ahad berkata…
hangni dari parti islam ke parti assobiyah..shiahmasuk neraka ke? hang ni nak baca hal pas baca harakah jangan baca utusan dan kalau nak kenal keluarga nabi jangan dengar dari para pembunuh mereka atau peminat mereka, awat tunjuk mai ada sekor dalam pas yang dapat tandini ezuhudan dan eberanain ahmadinejad dan nasrallah ang mencintai perpauan dan solt dibel;akang sunni..habg igat tnuuk kad ahli pas confirm syurga ka..? karut la hang ni..sepatunya tengoklah sumbangan pada parti dan dunia islam bukan yang sama fahaman walaupun pemalas dan cakap banyak...apatah lagi yang menjadi barua amerika syaitan besar dan raja raja arab ang tak senonoh itu, kepala orangpas semua katak bawah longkang
Tanpa Nama berkata…
bukti2 mat sabu adalah seorang syiah mmg semakin jelas dan sukar dinafikan lagi. kedudukan beliau sbg org no 2 dlm pas menunjukkn puak2 syiah makin ramai kerana tanpa penyokong2 syiah adalah mustahil mat sabu boleh naik keranaumum mengesyaki/tahu yg mat sabu pengikut syiah. syiah dan israel sama bahayanya. Demi Allah ujian keatas umat Islam makin getir dgn dekatnya kiamat. tolong sebar2kn siapa mat sabu ni sebenarnya kpd pejuang2 Islam sejati agar tidak terjerumus mengangkat perjuangan syiah tanpa mereka sedar. Pas WAJIB dibersihkan dari anasir2 syiah
Tanpa Nama berkata…
bukti2 mat sabu adalah seorang syiah mmg semakin jelas dan sukar dinafikan lagi. kedudukan beliau sbg org no 2 dlm pas menunjukkn puak2 syiah makin ramai kerana tanpa penyokong2 syiah adalah mustahil mat sabu boleh naik keranaumum mengesyaki/tahu yg mat sabu pengikut syiah. syiah dan israel sama bahayanya. Demi Allah ujian keatas umat Islam makin getir dgn dekatnya kiamat. tolong sebar2kn siapa mat sabu ni sebenarnya kpd pejuang2 Islam sejati agar tidak terjerumus mengangkat perjuangan syiah tanpa mereka sedar. Pas WAJIB dibersihkan dari anasir2 syiah

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?