DIESEL NAIK 38 SEN, PADAN MUKA MELAYU!

25 Mei ini, tempat kerja hamba akan memasukkan gaji baru kepada 'pay slip' hamba. Ini kerana gaji hamba bulan 5 ini akan ditulis dengan angka baru. Angka selepas dinaikkan gaji. Kenaikan gaji tahunan. Dan ianya 'back dated' dari bulan 1. Seronok hamba.

Namun keseronokan itu terbantut terus apabila membaca bahawa subsidi minyak diesel bagi kenderaan pengangkutan akan dihapuskan mulai 1 Jun 2011. Jenis pengangkutan yang terlibat adalah ; Kepala Lori (Prime Mover), Kargo Am, Luton Kotak, Van (Panel Van, Semi Panel Van dan Window Van), Lori-Rigid Minuman Botol, Lori Tangki Rigid-Tepung, Lori Rigid-Refrigerated, Lori Tangki Air dan teksi limosin.

Fuiyoo! Semua lori yang berkaitan dengan mengangkut barangan asas pengguna. Maksudnya apa di sini? Maksudnya, barang-barang penggunaan harian kita akan naiklah. Sebab itu Pak Muhyiddin kata jangan marah kerajaan bn jika harga barang naik. Hantu punya menteri!

Harga diesel super subsidi untuk kenderaan itu dahulunya RM1.42 seliter. Namun sekarang, harganya adalah RM1.80 seliter. Naik 38 sen! Kenaikan paling tinggi! Hantu punya kerajaan bn.

Puak-puak bn ini memang pandai spin cerita. Mereka tidak kata harga diesel untuk lori pengangkut naik 38 sen, tetapi mereka spin ayat kepada subsidi minyak diesel dihapuskan untuk lori pengangkut. Memang ular punya lidah. Kalah Ibrahim Ali menipu. Jika ada tiada undang-undang di Malaysia ini, sudah lama hamba bakor hidup-hidup menteri2 umno ini.

Cuba bayangkan, sekecil lori satu tan, minyak penuh adalah 50 liter. Sekali isi penuh, tambah RM12. Itu sekali isi untuk lori satu tan, jika sekali isi sehari, kerjanya pula 6 hari seminggu, naik RM72. Itu seminggu, jika sebulan, RM288. Itu untuk selori. Cuba bayangkan satu syarikat itu ada 20 lori satu tan, mengangkut ais ke premis-premis restoran, sudah tambah kos minyak sahaja RM5760. Agaknya, air batu akan kekal harga ke?

Lepas ini, mungkin 'sky juice' akan naik harga kepada 50 sen segelas. Itu baru sky juice, apa pula harga air batu campur nanti? Harga ais licikang pula berapa? Itu baru air batu, belum benda lain lagi. Nampak gayanya, inflasi pasti akan terjadi di Malaysia kerana nilai wang akan jatuh menjunam akibat penghapusan subsidi oleh KERAjaan bn yang bodoh mentadbir ini.

Rakyat akan didahulukan untuk hidup susah agar KERAjaan bn dapat mengkayakan poket kroni sebanyak RM659.3 juta dengan penghapusan subsidi minya diesel ini. Pelik tapi benar, negara yang menjual minyak 'terpaksa' menjual minyak kepada rakyatnya dengan harga mahal kerana KERAjaan yang rasuah dan tidak pernah ditukar-tukar kerana rasuahnya. Akibatnya, padan muka rakyat Malaysia dan padan muka Melayu..

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Saudara,

Inilah KERAjaan yang suka pada pungkoq. Muka Najib macam pungkoq.. muka Mahyuddin macam Juboq.

Kita pangkah la PR pula.. tak salah cuba tukar angin.

Jom....

FM
Pak Mat berkata…
Aku suka kalau lepas ni kerajaan BN naik pula harga Ron 95 daripada RM 1.90 kepada RM 2.20. Bila lagi orang Melayu nak tolong kerajaan Melayu Amno. Bila lagi nak tolong negara. Selamat Berpolitik Wahai Melayuuuuuuu.
UMNO PARTI PENJARA berkata…
kesian generasi baru







Politik BN Politik Setan - Undi BN Undi HARAM. Adik2 wajib sebarkan kpd mak ayah dan kawan2. Sayang adik :-)
>>>http://Blog1Malaysia.blogspot.com/<<<

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?