CERITA BERSIH 2.0, TERINGAT BERSIH SATU.

10 November 2007, adalah hari yang tidak boleh hamba lupakan sehingga bila-bila. Ada dua peristiwa penting yang berlaku pada tarikh itu. Satunya, isteri hamba bakal melahirkan anak kedua, dan satu lagi adalah perhimpunan Bersih.

Setelah cadangan Tuan Guru Presiden untuk mengadakan demonstrasi Bersih untuk kali kedua pada 9 Julai ini, maka peristiwa lama dahulu terngiang-ngiang didalam akal ingatan hamba tentang pengalaman menghadiri demonstrasi Bersih yang tidak bersih itu. Ianya penuh dengan kekotoran politik kotor umno, dan masih hamba tidak lupa, cabaran Khairy Jamaludin, jiran rumah ibu hamba, mencabar orang ramai turun berdemo dijalan raya jika mereka berani.


Siapa ada di OCBC bank. Pasti sakit....

Pagi Sabtu itu, iaitu hari demo Bersih, hamba terlebih dahulu telah menghantar isteri hamba ke klinik pakar puan, kerana 'due date' untuk melahirkan anak kedua kami telah dekat. Semasa Doktor memeriksa isteri hamba, Doktor mengatakan bahawa isteri hamba telah 'buka' sebanyak 2cm. Terkejut hamba dan isteri hamba. Doktor mengesyorkan isteri hamba dibawa ke hospital untuk menunggu bersalin. Kami hanya mengiyakan cadangan Doktor itu.


Setelah keluar dari Klinik Pakar itu, hamba bertanya isteri hamba, "Macamna ni? Hendak ke Hospital ke?", isteri hamba menjawab, "Tidak perlu kot." Hamba menambah, "Abang hendak pergi demo ni, boleh ke ni. Ha hendak bersalin dah ke ni?" Ha adalah panggilan hamba kepada isteri hamba.Isteri hamba menjawab, "Tak pe, abang pergilah, rasanya lambat lagi hendak keluar anak kita ini." Itulah jawapan yang paling hamba hormat kepada isteri hamba. Beliau memahami tanggungjawab suaminya sebagai ahli jemaah PAS. Malah tidak pernah sekalipun beliau mengeluh jika hamba keluar malam dan balik pagi untuk program jemaah sehingga sekarang.

Hamba dan rakan-rakan hamba mengambil keputusan untuk berkumpul di Masjid Jamek. Salah satu tempat berkumpul yang 4. Satu di masjid negara, satu di Sogo dan satu lagi di Pasar Tani. Hamba memilih untuk ke Masjid Jamek, dan sesiapa yang berada di Masjid Jamek, tahu, apakah yang terjadi di situ.

Semburan air asid dan gas pemedih mata, bersepah-sepah polis tembakkan kepada kami. Hamba tidak mahu bercerita sangat tentang peristiwa itu kerana telah hamba nostalgiakan dalam cerita berbentuk diari. Hanya gambar-gambar ini yang dapat hamba paparkan diblog ini.


Berkumpul sebelum berdemo.

Suasana tenang sebelum disembur. (Dalam Masjid Jamek)
Kumpul ramai-ramai sebelum kena sembur..


 Tenang jo ye sedara-sedari.

Sebabnya kamu akan disembur air sakit.







Sakit mata tak bang? Bukan takat mata, tekak, hidung, muka semua sakit maa...

Terpenjara sebentar dalam masjid.

Lepas snap gambar ini, hamba kena tembak gas pemedih mata. Celaka betul.

Makcik baju putih tu datang dari Kedah. Dasyat istiqomah beliau.

Hamba nak jumpa baliklah mamat baju putih tu. Nak claim gambar hamba.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?