KERJA JEMAAH TAK MAKAN GAJI. LETIH JUGA..

Tadi, hamba dapat email dari HR tempat hamba bekerja. Dalam email itu kata, hamba dapat kenaikan 4% gaji tahunan. Naik lebih kurang RM110. Bolehlah tu, dapat jugalah menampung  duit yuran sebulan Nur Jannah sekolah PASTI. Namun apa yang penting, duit kenaikan itu juga adalah persediaan untuk menampung kos hidup yang akan bertambah perit selepas bulan Jun nanti.

Semalam, hamba lupa langsung ada mesyuarat Majlis S.U untuk Kawasan Hulu Selangor. Selalunya mesyuarat dibuat akhir minggu, tetapi mungkin SU baru telah dilantik, maka kebiasaan itu tidak dibuat lagi. Hamba dengan selamba sahaja makan malam diluar bersama keluarga semalam. Balik rumah tidur. Esoknya (hari ini), sedang syok-syok delete sms lama, ternampak sms dari SU baru, bahawa semalam ada mesyuarat. Aduh....

Macam manalah hendak jadi Timbalan Presiden begini. Tarikh mesyuarat pun boleh terbabas pandang. Inilah masalah hamba, mudah terlupa.

Hamba ada penyakit pelik sedikit, hamba mudah lupa nama orang dan mudah lupa tarikh-tarikh penting. Kadang-kadang, tarikh lahir anak-anak hamba pun hamba terbabas. Tetapi tidak tarikh lahir isteri, kerana tarikh itu ada istimewanya. Hamba ada simpan buku kecil, atau orang lain namakan diari, untuk hamba mengingat tarikh-tarikh penting. Jika hilang buku itu, maka kelam kabutlah hamba.

Lagi satu, hamba lupa akan orang yang berhutang dengan hamba. Jika penghutang itu buat senyap sahaja, maka hamba pun akan senyaplah tidak meminta balik duit hamba yang mereka hutangkan. Ada sekali, kawan hamba ada berkata pada hamba beliau masih berhutang RM500 kepada hamba,.. terkejut hamba. Padahal tiap-tiap hari berjumpa dengannya, langsung tidak perasan langsung beliau ada berhutang dengan hamba. Tetapi, jika telah diberi peringatan dua kali, insyaAllah hamba ingat.

Mungkin kerana itulah, hamba begitu serasi dengan tugas sebagai S.U cawangan. Kerana telah menjadi kebiasaan hamba untuk menulis didalam buku untuk mengingati sesuatu. Begitu jugalah tugas sebahagian dari SU, kena tulis laporan mesyuarat untuk diberi peringatan kepada AJK dan ahli. Namun, yang pastinya, tugas SU cawangan bukan hanya menulis sahaja, malah banyak tugas-tugas yang sepatutnya dipikul bersama dengan AJK dibuat seorang diri oleh SU. Kadang-kadang, penat juga kerja tanpa gaji ini. Perlukan kekuatan untuk istiqomah dalam pekerjaan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?