UMNO PARTI KERAMAT SEBAB LAHIR DARI ISTANA, KAH! KAH! KAH!
Siapa ada menonton berita wilayah TV1 jam 5.30 petang tadi. Jika ada, siapa yang menonton berita lawatan Najib ke Terengganu. Jika ada juga, siapa ada terdengar ucapan Najib yang mengatakan, "umno parti yang lahir dari Istana, oleh itu umno adalah parti keramat. Bukannya parti jalanan yang asyik membuat demonstrasi jalanan". Ada dengar Najib ucapkan ayat itu didalam TV depan rakyat Kuala Nerus? Jika ada, bagus. Ingatlah ungkapan itu seingat-ingatnya sehingga mati. Kerana apa perlu diingat? Kerana ini menunjukkan umno adalah parti bangsawan, bukannya parti untuk rakyat marhaen seperti kita. Mula-mula, hamba hendak bertanya, keramat itu apa ke jadahnya? Macam biskut Marrie ke atau macam Dato Keramat tu? Ada simpan-simpan jin ke parti-parti keramat ini? Ataupun umno ini hanya parti untuk jin, bukannya untuk manusia, sebab dianya parti keramat. Hah! Lawak bodo.. Apa kes hendak dibanggakan sangat si Najib ini dengan parti keramat. Hendak buat kerja syirik ke apa Najib ini? Apa? J...