CERITA BENAR TENTANG BLOGGER.
Ini adalah cerita benar. Cerita benar ini ada kaitan kepada yang masih hidup, tetapi tiada kaitan dengan yang sudah mati. Kerana kaitan cerita ini adalah berkait dengan manusia yang masih hidup, belum lagi mati. Ianya berkaitan hamba dengan seorang blogger. Hamba hendak berjupe namun tiada kecapaian untuk berjupe. Batu Enam dengan Gong Badak. Bukannya jauh mana. Dekat yang amat. Jika hendak dibandingkan dengan Rasa dan Makkah. Namun disebabkan hamba sakit perut semalam, hari Jumaat. Hamba tidak ke mana2. Hamba dapat 'komen' dari blogger ini, yg menunggu hamba utk datang ke rumahnya. Siap bagi no hp lagi suruh contact. Namun seribu kali sayang, kredit hamba sudah habis. Hendak keluar beli kredit, takut terkentut tengah jalan. Bahaya, bahaya, jika seseorang sedang sakit perut, perkara yang paling dicurigai adalah ketika mangsa sakit itu hendak kentut. Mungkin akan bersepah ditengah jalan,.... bahaya,.... bahaya. Namun hari ini hamba sudah sembuh dari sakit. Cuma anak hamba pula d...