Mari sama-sama kita sebut syahadah

Rabu, September 10, 2014

KES SU LUHAM: PEGUAM YANG BODO.

Satu hari, saya telah menggajikan seorang peguam untuk menjadi peguam syarikat besar bilion RM saya. Tugas beliau adalah untuk memantau apa-apa yang saya buat sebagai pemilik syarikat berkenaan adalah berlandaskan undang-undang. Samada undang-undang perniagaan, atau juga undang-undang buruh.

Gaji yang telah saya bayarkan kepada peguam itu adalah dalam lingkungan jutaan ringgit. Maka kerja yang peguam itu buat, wajiblah mengikut piawaian yang tip top dan terbaik.

Apabila saya ada masalah dengan pekerja-pekerja saya, maka dengan sendirinya saya telah bertindak mengikut apa yang sepatutnya untuk menyelesaikan masalah. Tindakan yang telah dibuat, ada pihak yang bersetuju dan ada juga yang tidak bersetuju. Itu bagi saya adalah perkara biasa. Mana ada dalam situasi permasalahan, semua orang bersetuju dengan tindakan yang dibuat.

Setelah keadaan reda, tiba-tiba, dua hari setelah peristiwa itu berlaku, saya telah terbaca didalam berita internet, peguam saya telah membuat press statement yang mengatakan perbuatan yang saya buat adalah tidak mengikut kepada landasan undang-undang.

Peguam saya telah membuat cerita bahawa tindakan saya adalah tidak selari dengan apa yang terkandung dengan undang-undang buruh. Namun ketidak selarian undang-undang itu, peguam saya telah sebut dalam perkataan terma guaman yang tidak difahami oleh pembaca yang membacanya dan seperti ianya boleh dihujah di mahkamah.

Jika anda semua menjadi saya, adakah saya berasa gembira atau marah yang melampau kepada peguam saya? Saya telah menggajikan beliau untuk menasihati saya terhadap apa-apa tindakan yang telah saya buat dalam pentadbiran syarikat saya ini. Apa-apa yang salah, peguam itu perlu berjumpa dan berbincang dengan saya, agar nasihat beliau boleh saya dengari dan seterusnya saya akan bertindak selari dengan nasihat beliau, itu pun jika saya bersetuju.

Tetapi, yang gilanya, peguam yang saya gaji untuk menasihat saya, dengan bodohnya telah buat press statement dengan mengutuk tindakan saya, yang sepatutnya, peguam itulah yang perlu dipertanggungjawabkan untuk menasihati saya ketika krisis itu berlaku.

Jika  ya pun  peguam saya telah menasihati saya, dan saya tidak ikut pandangannya kerana berpendapat pandangannya tidak tepat dan boleh di argue, maka apa punya songeh peguam itu hendak buat press statement, memburukkan nama syarikat yang telah membayar gaji kepada peguam itu.

Oleh itu, jika anda semua berada dalam situasi seperti saya, adakah salah jika saya memecat peguam bodoh itu daripada terus saya menggaji butakan peguam yang tidak guna? Adakah salah jika saya buang peguam itu daripada terus berada dalam syarikat saya? Buat apa saya simpan peguam yang mangkuk seperti itu?

Senang kata,.. Lu pikirlaa sendiri......

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

BETUL TU......FAHAM MAKSUD YANG TERSIRAT....BODO PUNYA PEGUAM.....

Tanpa Nama berkata...

Peguam yang bodo lagi bengngong

Tanpa Nama berkata...

Ohhh peguam songkok tinggi tu dia budak lagi, nasihatkan dia eloklah kemas beg dan buku2 law dia yg tebal tu berambus cepat sebelum tuan sykt halau keluar. Bukan apa dia dah terkena wabak baru ebola matSabun, tu yg asyik nak buat press statement menentang tauke sykt.

XUMNO berkata...

Penguam2 ni makan gaji dengan syarikat A tapi buat kerja untuk syarikat B. Halau saja mereka dan lantik peguam2 lain. Ramai lagi yang lebih bijak buat kerja syarikat kita. Kalau boleh tolong jangan ambil peguam mamak; pandai cakap tapi kurang akhlak.

Tanpa Nama berkata...

Mak aiiii...Byknya org anuwaris ni dlm pas...buaya2 dh timbul...biawak2 baru timbul..lps ni apa plak yg timbul...jgn perwakilan2 pun hbs dh wala' pd anuwaris...hbs pas kita.

Tanpa Nama berkata...

LUHAM kena sedar diri segera, jangan khianat kepada PAS

Tanpa Nama berkata...

Aku agaklah kalau dikumpul semua puak2 Anwar dlm PAS mungkin yg tinggal hanya MSU, Dewan Ulamak manakala yg lain semua dah terbarai coz ramai sangat dah buat taik cuma tak berani declare secara berdepan masih main wayang.

XUMNO berkata...

Tanpa Nama 9:05. Lazimnya penyamun dan penyangak dalam satu2 komuniti tak ramai. Kalau ramai, yang baik2 tu pulalah yang dikatakan penyamun oleh penyangak2 tersebut. Begitu juga dalam pertubuhan besar seperti Pas, puak2 yang jadi kuda trojan sedikit saja bilangan mereka; tetapi mereka licik dan dapat memperdayakan ahli2 Pas yang ikhlas dan lurus bendul. Trojan2 tersebut telah dipilih oleh jamaah untuk jadi pemimpin tanpa sebarang prasangka buruk. Namun Allah menghendaki, trojan2 tersebut dengan takdir Allah telah menzahirkan diri mereka supaya ahli2 jamaah kenal mereka. Insyaalah, tak lama lagi jamaah akan membogelkan mereka dalam jamaah sekiranya mereka tidak taubat.