KES SU LUHAM: PEGUAM YANG BODO.

Satu hari, saya telah menggajikan seorang peguam untuk menjadi peguam syarikat besar bilion RM saya. Tugas beliau adalah untuk memantau apa-apa yang saya buat sebagai pemilik syarikat berkenaan adalah berlandaskan undang-undang. Samada undang-undang perniagaan, atau juga undang-undang buruh.

Gaji yang telah saya bayarkan kepada peguam itu adalah dalam lingkungan jutaan ringgit. Maka kerja yang peguam itu buat, wajiblah mengikut piawaian yang tip top dan terbaik.

Apabila saya ada masalah dengan pekerja-pekerja saya, maka dengan sendirinya saya telah bertindak mengikut apa yang sepatutnya untuk menyelesaikan masalah. Tindakan yang telah dibuat, ada pihak yang bersetuju dan ada juga yang tidak bersetuju. Itu bagi saya adalah perkara biasa. Mana ada dalam situasi permasalahan, semua orang bersetuju dengan tindakan yang dibuat.

Setelah keadaan reda, tiba-tiba, dua hari setelah peristiwa itu berlaku, saya telah terbaca didalam berita internet, peguam saya telah membuat press statement yang mengatakan perbuatan yang saya buat adalah tidak mengikut kepada landasan undang-undang.

Peguam saya telah membuat cerita bahawa tindakan saya adalah tidak selari dengan apa yang terkandung dengan undang-undang buruh. Namun ketidak selarian undang-undang itu, peguam saya telah sebut dalam perkataan terma guaman yang tidak difahami oleh pembaca yang membacanya dan seperti ianya boleh dihujah di mahkamah.

Jika anda semua menjadi saya, adakah saya berasa gembira atau marah yang melampau kepada peguam saya? Saya telah menggajikan beliau untuk menasihati saya terhadap apa-apa tindakan yang telah saya buat dalam pentadbiran syarikat saya ini. Apa-apa yang salah, peguam itu perlu berjumpa dan berbincang dengan saya, agar nasihat beliau boleh saya dengari dan seterusnya saya akan bertindak selari dengan nasihat beliau, itu pun jika saya bersetuju.

Tetapi, yang gilanya, peguam yang saya gaji untuk menasihat saya, dengan bodohnya telah buat press statement dengan mengutuk tindakan saya, yang sepatutnya, peguam itulah yang perlu dipertanggungjawabkan untuk menasihati saya ketika krisis itu berlaku.

Jika  ya pun  peguam saya telah menasihati saya, dan saya tidak ikut pandangannya kerana berpendapat pandangannya tidak tepat dan boleh di argue, maka apa punya songeh peguam itu hendak buat press statement, memburukkan nama syarikat yang telah membayar gaji kepada peguam itu.

Oleh itu, jika anda semua berada dalam situasi seperti saya, adakah salah jika saya memecat peguam bodoh itu daripada terus saya menggaji butakan peguam yang tidak guna? Adakah salah jika saya buang peguam itu daripada terus berada dalam syarikat saya? Buat apa saya simpan peguam yang mangkuk seperti itu?

Senang kata,.. Lu pikirlaa sendiri......

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
XUMNO berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
XUMNO berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

HARI NI KITA LAYAN LAGU JE BRO..

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?