Mari sama-sama kita sebut syahadah

Selasa, Mei 31, 2011

BIL API NAIK 7.12%, PADAN MUKA MELAYU.

Depa kata, kenaikan tarif elektrik tidak menjejaskan 75% atau 4.4 juta pengguna elektrik TNB. Ini kerana bil golongan 75% ini secara puratanya tidak menggunakan elektrik sebanyak 300kWj. Memang pandai ayat spin golongan penipu ini.

Mengapa depa tidak kata kenaikan tarif elektrik ini akan membebankan 25% pengguna elektrik TNB. Atau sebut dengan nilai angkanya sekali, 1.54 juta pengguna elektrik akan menikmati menaikan bil api sehingga 7.12%. Bukan sama ke ayat ini dengan ayat di atas?

Apa depa ingat, golongan 25% ini bukan manusia ka? Golongan 25% ini adalah makhluk yang tidak makan nasi dan roti, hanya sedut asap keluar angin? Depa ingat golongan 25% ini adalah satu kumpulan makhluk dimana dibelakang rumah mereka ada mesin cop duit untuk membayar lebih bil elektrik mereka tiap-tiap bulan? Apa punya mentaliti kerajaan 1 Malaysia ini? Kerajaan yang menyusahkan rakyat ka?

Hamba mendoakan, agar makhluk istimewa 25% ini akan memastikan mereka ini adalah golongan yang akan bertanggungjawab menjatuhkan kerajaan bn yang tidak reti mentadbir ini. Hamba harap, mahkluk 25% ini akan men'turn over'kan jumlah undi dari mengundi bn, kepada mengundi Pakatan Rakyat. Biar rasa bn tidak memegang tampuk kerajaan buat pertama kali dalam sejarah Malaysia. Padan muka.

Khamis, Mei 26, 2011

MALAYSIA JUAL MINYAKLAH. APA CERITA SUBSIDI-SUBSIDI NI?

Sistem akal tapak kaki.

Malaysia jual minyak. Dan Malaysia juga beli minyak. Jual minyak untung bilion-bilion. Beli minyak kena keluar duit. Jual tolak beli, yang untung bilion-bilion itu menunjukkan jual lebih tinggi dari beli. Sebab itu namanya untung.

Tapi pelik bin ajaib, sebab beli ikut harga pasaran, jual kepada rakyat ikut harga pasaran. Tetapi konon untuk menunjukkan KERAjaan bn ini baik, depa buat 'subsidi' minyak dengan potong harga jualan. Padahal, ikut logik dan memang benarpun, KERAjaan tidak keluar satu sen pun duit untuk beli minyak, sebab kita untung dari hasil jualan.

Maka jadilah rakyat ini dibodohkan oleh KERAjaan bn yang memang bodoh mentadbir. Hendak jual minyak pada rakyat pun tak reti-reti. Disebabkan rakyat pun majoritinya akal kurang belaka, maka kekal jugalah KERAjaan bn untuk mentadbir dengan cara yang lebih bodoh dari dahulu, kini dan selamanya.

Duit punya pasal, mentadbir untuk kayakan diri sendiri. Rakyat, lantak kamu..
Maka janganlah salahkan KERAjaan bn yang memang tidak reti tadbir, tetapi salahkanlah diri sendiri yang memang akal tapak kaki asyik mengundi bn yang memang sah bodoh dan tidak reti-reti mentadbir. Kasihan rakyat Malaysia. Dan Padanlah muka Melayu......

CERITA BERSIH 2.0, TERINGAT BERSIH SATU.

10 November 2007, adalah hari yang tidak boleh hamba lupakan sehingga bila-bila. Ada dua peristiwa penting yang berlaku pada tarikh itu. Satunya, isteri hamba bakal melahirkan anak kedua, dan satu lagi adalah perhimpunan Bersih.

Setelah cadangan Tuan Guru Presiden untuk mengadakan demonstrasi Bersih untuk kali kedua pada 9 Julai ini, maka peristiwa lama dahulu terngiang-ngiang didalam akal ingatan hamba tentang pengalaman menghadiri demonstrasi Bersih yang tidak bersih itu. Ianya penuh dengan kekotoran politik kotor umno, dan masih hamba tidak lupa, cabaran Khairy Jamaludin, jiran rumah ibu hamba, mencabar orang ramai turun berdemo dijalan raya jika mereka berani.


Siapa ada di OCBC bank. Pasti sakit....

Pagi Sabtu itu, iaitu hari demo Bersih, hamba terlebih dahulu telah menghantar isteri hamba ke klinik pakar puan, kerana 'due date' untuk melahirkan anak kedua kami telah dekat. Semasa Doktor memeriksa isteri hamba, Doktor mengatakan bahawa isteri hamba telah 'buka' sebanyak 2cm. Terkejut hamba dan isteri hamba. Doktor mengesyorkan isteri hamba dibawa ke hospital untuk menunggu bersalin. Kami hanya mengiyakan cadangan Doktor itu.


Setelah keluar dari Klinik Pakar itu, hamba bertanya isteri hamba, "Macamna ni? Hendak ke Hospital ke?", isteri hamba menjawab, "Tidak perlu kot." Hamba menambah, "Abang hendak pergi demo ni, boleh ke ni. Ha hendak bersalin dah ke ni?" Ha adalah panggilan hamba kepada isteri hamba.Isteri hamba menjawab, "Tak pe, abang pergilah, rasanya lambat lagi hendak keluar anak kita ini." Itulah jawapan yang paling hamba hormat kepada isteri hamba. Beliau memahami tanggungjawab suaminya sebagai ahli jemaah PAS. Malah tidak pernah sekalipun beliau mengeluh jika hamba keluar malam dan balik pagi untuk program jemaah sehingga sekarang.

Hamba dan rakan-rakan hamba mengambil keputusan untuk berkumpul di Masjid Jamek. Salah satu tempat berkumpul yang 4. Satu di masjid negara, satu di Sogo dan satu lagi di Pasar Tani. Hamba memilih untuk ke Masjid Jamek, dan sesiapa yang berada di Masjid Jamek, tahu, apakah yang terjadi di situ.

Semburan air asid dan gas pemedih mata, bersepah-sepah polis tembakkan kepada kami. Hamba tidak mahu bercerita sangat tentang peristiwa itu kerana telah hamba nostalgiakan dalam cerita berbentuk diari. Hanya gambar-gambar ini yang dapat hamba paparkan diblog ini.


Berkumpul sebelum berdemo.

Suasana tenang sebelum disembur. (Dalam Masjid Jamek)
Kumpul ramai-ramai sebelum kena sembur..


 Tenang jo ye sedara-sedari.

Sebabnya kamu akan disembur air sakit.







Sakit mata tak bang? Bukan takat mata, tekak, hidung, muka semua sakit maa...

Terpenjara sebentar dalam masjid.

Lepas snap gambar ini, hamba kena tembak gas pemedih mata. Celaka betul.

Makcik baju putih tu datang dari Kedah. Dasyat istiqomah beliau.

Hamba nak jumpa baliklah mamat baju putih tu. Nak claim gambar hamba.

Selasa, Mei 24, 2011

TUAN IBRAHIM AKAN MENANG TIMBALAN PRESIDEN, PERCAYALAH.

Hamba baru terbaca berita dari MalaysiaKini bahawa Tuan Ibrahim akan bertanding kerusi Timbalan Presiden PAS pada Muktamar nanti. Dengan sendirinya, sudah confirm 3 calon akan bertanding Timbalan Presiden. Namun hamba yakin, Ustaz Nasharudin akan tarik diri dan pertandingan 2 penjuru akan berlaku diantara Mat Sabu dan Tuan Ibrahim. Ini kerana keperluan Ustaz Nasha untuk turut bertanding adalah minima.

Dan hamba cukup yakin, dengan trend perwakilan PAS, yang sememangnya boleh menampakkan mengundi ke arah mana setiap kali ada pertandingan didalam Muktamar PAS, Tuan Ibrahim akan menang dengan selesa. Saudara Mat Sabu akan diserapkan ke AJK Pusat dan begitu juga Ustaz Nasha.

Jadi, hamba rasa, agak menarik juga ingin melihat blogger-blogger yang kononnya menyokong kumpulan Endorgan yang sengaja dilabel-labelkan oleh mereka sendiri untuk membuat kenyataan 'rasmi' mereka. Habis teruk nanti mereka akan mengkritik pihak 'ulama'.

Ahad, Mei 22, 2011

TERIMA KASIH UTUSAN MENGINGATKAN ASAL USUL PAS ADALAH DARI SEKOLAH PONDOK.

Utusan Malaysia adalah sebuah akhbar yang bencikan perjuangan Islam semenjak umno mengambil alih pentadbiran Utusan. Siapa yang tidak lupa, pada zaman 80-an dan 90-an, bagaimana akhbar umno ini banyak mengutuk dan memburukkan pergerakan Islam. Sehinggakan sanggup mengeluarkan cerita-cerita yang menghina hukum hudud dan dengan syaitannya membuat karikatur yang menghina hukuman hudud.


Setelah lama Utusan mendiamkan diri menghina terus pergerakan Islam, maka hari ini, belang sebenar Utusan ini kembali timbul. Sila baca di sini, Pas peralat pelajar agama

Setelah membaca artikel itu, tujuan utama wartawan Yulpisman Asli seperti mahu mengaitkan PAS mempergunakan pelajar Agama sekitar Kelantan untuk kepentingan politik PAS. Beliau tidak menggunakan istilah sekolah pondok, mungkin beliau begitu elergi dengan sekolah pondok.

Cara 'cerita' ini dituliskan adalah serupa sama dengan cara-cara media PAS mempersendakan umno menggunakan pelajar sekolah untuk memeriahkan aktiviti umno di sekitar Malaysia. Namun sebenarnya, Utusan telah buat silap besar kerana pada ayat akhir dalam 'cerita' ini, mereka seperti hendak melabelkan PAS telah mendidik Osama Laden kedua di Malaysia.

Sebenarnya, kesilapan Yulpisman adalah beliau lupa, asal-usul PAS itu datang dari mana. PAS adalah berasal dari sekolah pondok. Ini adalah fakta dan sirah yang tidak boleh dilupuskan. Jika terlihat sekolah pondok, maka akan datanglah Cawangan PAS disebelah sekolah Pondok itu. Jika tiadanya sekolah pondok, maka PAS mungkin menjadi seperti Parti Negara yang dahulunya gah, namun sekarang sudah mati.

Maka apabila Yulpisan menyatakan PAS mempergunakan pelajar sekolah agama, menunjukkan bahawa beliau ini akalnya adalah dibawah tapak kaki atau beliau ini memang ditugaskan untuk buat isu kurang akal untuk memburukkan PAS dimata pembaca Utusan.

Jika ya pun hendak memburukkan nama PAS, janganlah kaitkan PAS dengan pelajar sekolah pondok. Ianya seperti mengaitkan umno dengan Melayunya. Memang sahlah umno menggunakan Melayu untuk terus hidup, serupa jugalah PAS, ia adalah sebuah jemaah yang berhasil daripada pelajar sekolah pondok. Apa punya kurang idea Yulpisan untuk membuat cerita sensasi?

Hamba juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Utusan kerana telah mengingatkan kembali ramai ahli-ahli PAS dan juga rakyat Malaysia khasnya Melayu, bahawa sekolah pondok dan PAS tidak boleh dipisahkan. Janganlah memperbodohkan rakyat Malaysia, sesungguhnya, umnolah yang sebenarnya memang sah bencikan pelajar agama kerana mereka tahu ,sesiapa Melayu yang kuat iman dan berpengetahuan tinggi tentang Islam, 90% akan menjadi ahli PAS.

Jadi, apa yang ditulis oleh Yulpisan didalam Utusan;

Pada perhimpunan itu, pelajar terbabit turut membaca ikrar Pemuda Pas antara lain berbunyi: "Kami Pemuda Pas Negeri Kelantan, yang berhimpun pada hari ini, dengan ini berikrar Allah matlamat hidup kami, al-Quran perlembagaan kami, jihad jalan kami, mati syahid cita-cita kami".

adalah benar dan patut diketahui oleh seluruh umat Melayu bahawa mereka perlu ingat kembali mengapakah PAS ini wujud di Malaysia. PAS bukan parti pak turut, parti gila kuasa dan parti boneka DAP, tetapi PAS adalah sebuah jemaah Islam adalah Parti menegakkan Al-Quran sebagai perlembagaan, Jihad sebagai jalan hidup dan syahid sebagai cita-cita.

Maka, apalagi Melayu risaukan, gantilah umno kepada PAS. PAS menjadi parti tunggak Melayu yang baru.

Sabtu, Mei 21, 2011

CERITA BENAR SYARIKAT AISYALAM SDN BHD; BHG 2.

Keuntungan syarikat sudah berlipat kali ganda. Ditambah lagi dengan penurunan gaji pekerja yang dibuat hasil mesyuarat ajk Almari yang diputuskan sendiri oleh pengerusi ajk, iaitu En. Aisyalam. Pn. Onmu dan En Sirdi Alaj sudah kembong perut dengan kenaikan pangkat mereka dan sedikit wang yang ditiris dari syarikat. Cumanya hanya para pekerja sahaja yang merungut kerana gaji mereka sudah dipotong.

Pekerja 1, "Saya berasa serba salah lah En. Sapitrap, rasanya seperti ingin berkata sesuatu kepada pengurusan syarikat kerana pemotongan gaji kita ini." kata pekerja 1 yang bernama En. Marhaen kepada supervisor syarikat Aisyalam Sdn Bhd, En. Sapitrap. Nama beliau seperti orang Siam, namun beliau bukan dari Siam, cumanya daerah kelahirannya bersempadan dengan Siam.

En. Sapitrap menjawab, "Saya pun memang sedang merancang untuk bertindak terhadap pengurusan syarikat ini. Perancangan pertama kita dahulu yang tidak jadi itu mesti dijadikan pengajaran." kata En. Sapitrap. Dahulu, semasa pihak pengurusan hendak melaksanakan penurunan gaji, supervisor inilah yang paling vokal menentang. Namun sayangnya, beliau dicemuh oleh pekerja lain ketika itu.

"Itulah! Dahulu, kita hendak lawan pengurusan, korang semua cemuh kita. Sekarang, lihat! Gaji sudah kena potong. Padan muka. Dulu beriya-iya benar dengan duit RM200 dan sehelai kain pelekat, sekarang, melopong takde duit," marah Pn Lida. Beliau adalah satu-satunya muslimat yang bekerja sebagai buruh kasar mengutip durian di syarikat itu. Beliau juga adalah Timbalan Ketua Kesatuan Pekerja syarikat Aisyalam.

"Bersabar Pn. Lida. Cerita lama jangan dikenangkan. Kita teruskan usaha yang baru ini. Pihak pengurusan harus ditentang mengikut cara demokrasi. Bukan kekerasan." jawab En. Sapitrap.

En. Marhaen menambah, "Betul itu Pn. Lida, kita perlu bersabar dan jangan mengungkit-ungkit kisah lama. Saya mewakili para pekerja yang lain memohon maaf atas kesilapan kami dahulu. Tetapi, sebenarnya, bukan salah kami juga, sebenarnya Pn Lida pun dahulu yang buat hal."

"Eh? Apa halnya?" Tanya Pn. Lida kehairanan dengan kritikan yang tiba-tiba menjelma dari En. Marhaen.

"Mana taknya. Dahulu, masa kempen merebut jawatan Penolong Ketua Kesatuan Pekerja, bukan geng-geng Pn. Lida ke yang main kotor kutuk-kutuk dan lobi-melobi melampaui batas?" kata En Marhaen.

"Oh, yang itu. Sebenarnya, kami hanya meraikan demokrasi dalam pemilihan Kesatuan Pekerja itu. Bukankah semasa pemilihan itu telah dibuat cara baru bagi memilih, iaitu satu orang, satu undi. Bukan lagi satu cawangan, satu undi. Namun sebenarnya ianya adalah arahan Ketua Kesatuan ketika itu." jawab Pn. Lida.

"Haiya, apa bising-bising ini. Mahu buat piket ka?" tiba-tiba En. Tee Kor mencelah. Beliau adalah Ketua Biro Hasil kutipan Durian. Baru memenanginya seminggu lalu.

"Ha,.. ini En Tee Kor bagus. Tiada apa masalah apa-apa pun. Bukan seperti En. Sapitrap dan Pn. Lida yang selalu berebut-rebut jawatan." En. Marhaen membising lagi dengan tidak semena-mena.

"Aik? Saya pun kena juga?" tanya soal En. Sapitrap kehairanan. Sebenarnya selain supervisor syarikat, En. Sapitrap juga adalah imam di surau syarikat itu.

"Mestilah kena. Jangan buat-buat lupa, macam mana tok imam berkempen 'senyap-senyap' masa hendak merebut jawatan tok imam surau dahulu. Saya ada dengar bermacam-macam ceritalah En. Sapitrap. Macam-macam cerita yang tidak molek dan tidak elok didengar. Malu saya dengan geng-geng berkopiah ini." bising En. Marhaen lagi.

En. Sapitrap confuse, lalu bertanya kepada En. Marhean. "Apa cerita yang awak dengar dan di mana cerita itu yang awak perolehi?"

Jawab tegas En. Marhaen, " Dalam Blog!"

En. Sapitrap, Pn Lida dan En. Tee Kor geleng-geleng kepala. Blog yang mereka bertiga gunakan untuk berkempen menentang pengurusan syarikat yang zalim telah diguna pakai untuk memecah belahkan kesatuan mereka pula.

"Cuba bawa bertenang En. Marhaen. Sebenarnya, apa yang ditulis dalam blog, bukan semuanya betul. Ada kadang-kadang ditokok tambah untuk hanya semata-mata menaikkan rating penjenguk ke blog individu tersebut." nasihat En. Tee Kor kepada En. Marhaen.

"En. Tee Kor, saya tiada masalah dengan kamu. Tetapi saya kecewa dengan Pn. Lida dan ada sedikit tidak puas hati dengan En. Sapitrap. Saya dan geng-geng saya sekarang seramai 5 orang sedang bersiap sedia membuat satu kumpulan yang dinama, Golongan Ketiga. Kami akan buat kumpulan ini kerana mengikut kepada dasar politik Great Britain. Kumpulan ini ditubuhkan kerana kecewa dengan perangai Pn. Lida dan En Sapitrap yang serupa dengan pihak pengurusan. Kami tidak berpuas hati!" bising En. Marhaen lagi.

"Inilah masalah kamu En Marhaen. Ingat dia itu pandai segala-galanya. Apa yang kita buat semua tidak betul. Jika tidak betul, betulkanlah kami. Ini tidak, merajuk tidak tentu pasal. Lepas itu kutuk macam nak rak kami dibuatnya seperti kami ini lagi busuk dengan pihak pengurusan. Ke kamu ini boneka Pn. Onmu?" melenting Pn. Linda seketika.

En. Marhaen tidak puas hati dengan lentingan Pn. Lida lalu menjawab, "Eh! Tolong sikit. Sudah jenuh saya menasihatkan Pn. Lida semasa saya dalam jawatankuasa Kesatuan Pekerja dahulu. Tetapi, kamu buat deek je."

Untuk menenangkan keadaan, En. Sapitrap mencelah, "Udah-udah le itu. Apa ini bergaduh-gaduh. Yang gaduh-gaduh, Melayu juga. Tengok En. Tee Kor, rileks je dia. Semua pekerja Cina sudah bersama dengan dia untuk menentang pihak pengurusan. Tetapi, kita yang Melayu ini, masih bergaduh, dengan geng Pn Lida lah, dengan geng kumpulan ketigalah. Apa cerita ini? Cubalah bawa bertenang dan bersama dengan saya, saya sudah lama menentang pihak pengurusan. Sejak tertubuhnya syarikat ini, saya telah sibuk menegakkan keadilan untuk para pekerja. Cumanya kita perlu bersabar. Menang bukannya boleh terus dikecapi esok lusa. Tetapi memakan masa. Jom kita ke surau dahulu, kita bersolat...."

Khamis, Mei 19, 2011

CERITA BENAR DARI SYARIKAT AISYALAM SDN BHD.

Ada seorang peniaga, namanya En. Aisyalam. Dia seorang Melayu, tetapi neneknya adalah India beribukan Cina, berniaga buah durian. Kebunnya ada seluas 5 ekar. Tahun lepas, sebiji durian, harga borong adalah RM2.50. Tolak campur bahagi darap, setiap biji dapatlah dia untung bersih RM1.00. Tetapi, pada tahun ini, harga sedunia buah durian telah meningkat. Ini kerana ketidakstabilan harga komuditi bagi buah durian itu menyebabkan kawalan harga durian terpaksa diapungkan.

Mahu tidak mahu, harga durian sedunia telah meningkat kepada RM3.50 sebiji. Maka bising-bisinglah En Aisyalam ini kerana harga durian telah naik mendadak sebanyak RM 3.50. Tahun lepas sebiji hanya RM2.50, tetapi tahun ini telah naik sebiji RM1.00. Maka beliau sebagai ketua keluarga dan kepala lepada syarikat menjual buah durian dari kebunnya yang sebesar 5 ekar itu membuat satu mesyuarat tergempar. Mesyuarat itu dinamakan mesyuarat Jawatan Kuasa Almari Bekalan dan Harga.

Maka En. Aisyalam sebagai pengerusi telah memulakan bicara didalam mesyuarat yang penuh penting itu.

"Saya sebagai kepala kepada kamu semua, ingin memberitahu, bahawa kita sedang dilanda masalah kewangan yang gawat kerana harga komuditi bagi sebiji durian telah meningkat dari RM2.50 sebiji kepada RM3.50 sebiji. Sudah naik RM1.00 sebiji. Ini kegawatan namanya!" mula bicara En Aisyalam.

"What the hell! Naik lagi M1.00. Ini sudah bahaya. Kita mesti lakukan sesuatu agar syarikat kita dapat menampung kos berlebihan ini. Saya mencadangkan agar gaji-gaji para pekerja diturunkan. Kerana gaji mereka dahulu pun adalah berlandaskan kepada subsidi harga sebiji durian. Kita telah membelanjakan emolumen mereka sebanyak RM0.15 seorang dari sebiji penjualan durian berdasarkan kepada kiraan subsidi. Kita wajib bertindak sekarang!" jawab salah seorang ahli Almari dalam mesyuarat itu yang bernama Pn. Onmu.

"Saya bersetuju 109.56% dengan apa yang disebut oleh Pn. Onmu, Syarikat tidak boleh lagi menampung subsidi kepada pekerja kita. Kita perlu menghapuskan subsidi ini secara berperingkat agar para pekerja tidak merasai keperitan gaji mereka dikurangkan. Saya dengan 'team' saya, PEMANDUL, telah membuat satu rumusan agar subsidi yang ditanggung sebanyak RM0.15 itu mesti dikurangkan kepada RM0.07, barulah syarikat kita akan bernafas semula selepas banyak duit syarikat telah ditiriskan oleh Pengerusi sendiri, Pn Onmu dan saya selama ini." tambah lagi seorang ahli Almari,yang bernama En. Sirdi Alaj. Beliau berasal dari Sarawak.

"Ya, ya, betul, betul, saya setuju dengan apa yang telah disebutkan oleh kamu berdua. Subsidi mesti dipotong dan kekalutan kewangan syarikat ini mesti ditanggung oleh para pekerja." kata pengerusi Almari. Kemudian kepala En Aisyalam menoleh kepada ajk ketiga beliau, iaitu En. Taykar, beliau bukan mamak, tetapi namanya seakan mamak. "Apa pendapat En. Taykar? Senyap sahaja dari tadi? Silakan beri pandangan yang bernas dalam mesyuarat ini."

Setelah diberi peluang oleh Pengerusi, maka En. Taykar pun bangun dan membuka mulut, "Saya bukannya apa, cuma sedang menekan-nekan kalkulator saya berkenaan harga komuditi Durian yang sedang meningkat naik. Apa yang yang diperolehi, unjuran harga buah durian akan meningkat lagi dalam masa tempoh sebulan kepada RM3.70."

"Apa! Naik lagi!" melenting En Aisyalam, Pn Onmu dan En. Sirdi Alaj mendengar apa yang disebut oleh En. Taykar. Terkejut En. Taykar sehingga terjatuh dari kerusi.

"Bertenang saudara-saudari sekelian, jangan panik. Sebenarnya peningkatan harga buah durian ini adalah sepatutnya baik untuk syarikat ini. Saya pasti, tuan-tuan dan puan tahu, syarikat kita ini menjual durian. Maka jika buah durian sedunia telah meningkat kepada RM3.50 sebiji, maka adalah dengan jelas, keuntungan kepada syarikat akan meningkat dari RM1.00, kepada RM2.00. Ini sebenarnya menguntungkan Syarikat Aisyalam Sdn Bhd, yang namanya adalah nama asal pengerusi kita." kata En. Taykar kepada seluruh ajk Almari.

"Eh? Ye ke? Macam tak percaya je, tapi macam betul, ke guane En Sirdi Alaj?" Tanya Pn. Onmu yang memang sejak dari dahulu adalah hanya sebagai minah turut dalam ajk Almari itu. "Er,.. ye,.. ye,.. saya pun ada berfikiran begitu juga tadi,..." jawab En. Sirdi Alaj.

Maka pengerusi pun bangun dari kerusinya lalu berkata, "Bagus, bagus, nampaknya syarikat kita akan untung kerana kenaikan harga komuditi buah durian ini, bagus, bagus. Jika itulah ceritanya, maka saya dengan ini sebagai pengerusi mengambil keputusan untuk menerima cadangan Pn Onmu dan En Sirdi Alaj untuk menurunkan gaji pekerja. Dengan turunnya gaji pekerja dengan cara menghapuskan subsidi secara berperingkat, maka keuntungan syarikat yang memang telah untung, akan diganda-gandakan lagi keuntungannya dengan tarikan subsidi gaji mereka,.. ha! ha! ha! Kaya aku dan kroni ku!"

En. Taykar terkejut dengan keputusan itu lalu membantah, "Apa ini Tuan Pengerusi? Mana boleh begini? Sudahlah syarikat dapat untung dari harga pasaran dunia durian yang sudah meningkat, mengapa hendak dihapuskan subsidi gaji pekerja yang sebenarnya pun subsidi itu tidak wujud, hanya wujud didalam kertas oleh pihak 'team' PEMANDUL?"

"Apa kau kata En. Taykar? Berani awak membantah saya sebagai pengerusi?" melenting En Aisyalam.

"Bukan saya membantah Tuan Pengerusi. Cuma tidak bersetuju dengan apa yang diputuskan oleh pihak Tuan. Ini kerana, jika pekerja tahu akan tindakan kita, maka mereka akan memprotes dan akan membuat satu tindakan mogok besar-besaran" jawab En. Taykar.

Pengerusi diam sejenak. Melihat tajam muka En. Taykar, lalu tersenyum sambil berkata, "Kamu ini terlalu lurus bendul wahai En. Taykar. Mungkin kerana itu saya menggajikan kamu sebagai ajk ketiga dalam Almari ini. Beginilah, kamu jangan takut dengan pekerja kita. Ini kerana, akal-akal mereka adalah semuanya akal tapak kaki. Setelah kita umumkan gaji mereka diturunkan, maka pada slip gaji mereka pada bulan seterusnya, kita akan beri mereka greytuti sebanyak RM200 seorang dan kita juga akan berikan sehelai kain pelikat kepada setiap pekerja sebagai penghargaan kita kepada mereka. Selepas itu, pasti mereka akan senyap macam orang bisu. Senang sahaja,"

"Ya, betul, betul, saya setuju" jawab serentak oleh Pn Onmu dan En. Sirdi Alaj. Namun En. Taykar melopong ternganga mulut kehairanan lagi confuse.

"O.k, En Sirdi Alaj dan Pn Onmu, kerana kamu berdua bersetuju dengan saya, kamu berdua dinaikkan pangkat, manakala kepada kamu En. Taykar, kamu dipecat serta merta kerana kamu didapati telah melakukan kesalahan besar kerana tidak bersetuju dengan saya. Jika kamu melawan juga tidak bersetuju dipecat, kami akan membuat tuduhan kamu meliwat drebar saya. Ada faham?" kata pengerusi tegas.

Jawab En Taykar, "Padan muka Melayu"........

Rabu, Mei 18, 2011

KERJA JEMAAH TAK MAKAN GAJI. LETIH JUGA..

Tadi, hamba dapat email dari HR tempat hamba bekerja. Dalam email itu kata, hamba dapat kenaikan 4% gaji tahunan. Naik lebih kurang RM110. Bolehlah tu, dapat jugalah menampung  duit yuran sebulan Nur Jannah sekolah PASTI. Namun apa yang penting, duit kenaikan itu juga adalah persediaan untuk menampung kos hidup yang akan bertambah perit selepas bulan Jun nanti.

Semalam, hamba lupa langsung ada mesyuarat Majlis S.U untuk Kawasan Hulu Selangor. Selalunya mesyuarat dibuat akhir minggu, tetapi mungkin SU baru telah dilantik, maka kebiasaan itu tidak dibuat lagi. Hamba dengan selamba sahaja makan malam diluar bersama keluarga semalam. Balik rumah tidur. Esoknya (hari ini), sedang syok-syok delete sms lama, ternampak sms dari SU baru, bahawa semalam ada mesyuarat. Aduh....

Macam manalah hendak jadi Timbalan Presiden begini. Tarikh mesyuarat pun boleh terbabas pandang. Inilah masalah hamba, mudah terlupa.

Hamba ada penyakit pelik sedikit, hamba mudah lupa nama orang dan mudah lupa tarikh-tarikh penting. Kadang-kadang, tarikh lahir anak-anak hamba pun hamba terbabas. Tetapi tidak tarikh lahir isteri, kerana tarikh itu ada istimewanya. Hamba ada simpan buku kecil, atau orang lain namakan diari, untuk hamba mengingat tarikh-tarikh penting. Jika hilang buku itu, maka kelam kabutlah hamba.

Lagi satu, hamba lupa akan orang yang berhutang dengan hamba. Jika penghutang itu buat senyap sahaja, maka hamba pun akan senyaplah tidak meminta balik duit hamba yang mereka hutangkan. Ada sekali, kawan hamba ada berkata pada hamba beliau masih berhutang RM500 kepada hamba,.. terkejut hamba. Padahal tiap-tiap hari berjumpa dengannya, langsung tidak perasan langsung beliau ada berhutang dengan hamba. Tetapi, jika telah diberi peringatan dua kali, insyaAllah hamba ingat.

Mungkin kerana itulah, hamba begitu serasi dengan tugas sebagai S.U cawangan. Kerana telah menjadi kebiasaan hamba untuk menulis didalam buku untuk mengingati sesuatu. Begitu jugalah tugas sebahagian dari SU, kena tulis laporan mesyuarat untuk diberi peringatan kepada AJK dan ahli. Namun, yang pastinya, tugas SU cawangan bukan hanya menulis sahaja, malah banyak tugas-tugas yang sepatutnya dipikul bersama dengan AJK dibuat seorang diri oleh SU. Kadang-kadang, penat juga kerja tanpa gaji ini. Perlukan kekuatan untuk istiqomah dalam pekerjaan.

Selasa, Mei 17, 2011

DIESEL NAIK 38 SEN, PADAN MUKA MELAYU!

25 Mei ini, tempat kerja hamba akan memasukkan gaji baru kepada 'pay slip' hamba. Ini kerana gaji hamba bulan 5 ini akan ditulis dengan angka baru. Angka selepas dinaikkan gaji. Kenaikan gaji tahunan. Dan ianya 'back dated' dari bulan 1. Seronok hamba.

Namun keseronokan itu terbantut terus apabila membaca bahawa subsidi minyak diesel bagi kenderaan pengangkutan akan dihapuskan mulai 1 Jun 2011. Jenis pengangkutan yang terlibat adalah ; Kepala Lori (Prime Mover), Kargo Am, Luton Kotak, Van (Panel Van, Semi Panel Van dan Window Van), Lori-Rigid Minuman Botol, Lori Tangki Rigid-Tepung, Lori Rigid-Refrigerated, Lori Tangki Air dan teksi limosin.

Fuiyoo! Semua lori yang berkaitan dengan mengangkut barangan asas pengguna. Maksudnya apa di sini? Maksudnya, barang-barang penggunaan harian kita akan naiklah. Sebab itu Pak Muhyiddin kata jangan marah kerajaan bn jika harga barang naik. Hantu punya menteri!

Harga diesel super subsidi untuk kenderaan itu dahulunya RM1.42 seliter. Namun sekarang, harganya adalah RM1.80 seliter. Naik 38 sen! Kenaikan paling tinggi! Hantu punya kerajaan bn.

Puak-puak bn ini memang pandai spin cerita. Mereka tidak kata harga diesel untuk lori pengangkut naik 38 sen, tetapi mereka spin ayat kepada subsidi minyak diesel dihapuskan untuk lori pengangkut. Memang ular punya lidah. Kalah Ibrahim Ali menipu. Jika ada tiada undang-undang di Malaysia ini, sudah lama hamba bakor hidup-hidup menteri2 umno ini.

Cuba bayangkan, sekecil lori satu tan, minyak penuh adalah 50 liter. Sekali isi penuh, tambah RM12. Itu sekali isi untuk lori satu tan, jika sekali isi sehari, kerjanya pula 6 hari seminggu, naik RM72. Itu seminggu, jika sebulan, RM288. Itu untuk selori. Cuba bayangkan satu syarikat itu ada 20 lori satu tan, mengangkut ais ke premis-premis restoran, sudah tambah kos minyak sahaja RM5760. Agaknya, air batu akan kekal harga ke?

Lepas ini, mungkin 'sky juice' akan naik harga kepada 50 sen segelas. Itu baru sky juice, apa pula harga air batu campur nanti? Harga ais licikang pula berapa? Itu baru air batu, belum benda lain lagi. Nampak gayanya, inflasi pasti akan terjadi di Malaysia kerana nilai wang akan jatuh menjunam akibat penghapusan subsidi oleh KERAjaan bn yang bodoh mentadbir ini.

Rakyat akan didahulukan untuk hidup susah agar KERAjaan bn dapat mengkayakan poket kroni sebanyak RM659.3 juta dengan penghapusan subsidi minya diesel ini. Pelik tapi benar, negara yang menjual minyak 'terpaksa' menjual minyak kepada rakyatnya dengan harga mahal kerana KERAjaan yang rasuah dan tidak pernah ditukar-tukar kerana rasuahnya. Akibatnya, padan muka rakyat Malaysia dan padan muka Melayu..

28 KAWASAN TIDAK CALONKAN SESIAPA BERTANDING? BIAR BETUL..

Sebentar tadi, PAS Pusat telah mengeluarkan kenyataan media berkenaan siapa yang akan bertanding pada pemilihan muktamar PAS tahun ini.

Dari 180 Kawasan, cuma 146 Kawasan sahaja diterima pencalonan. 6 tolak, lagi 28 tidak tahu entah ke mana? Jika ya terdapat 28 Kawasan yang tidak memberikan nama calon untuk pemilihan 2011 ini, maka hamba melihat, 28 Kawasan ini adalah kawasan yang tidak aktif. Hanya ada pada nama sahaja.

Negeri mana ya 28 Kawasan itu? Johor? Melaka? Perak? Negeri Sembilan? Mungkin Sabah dan Sarawak. Di Malaysia, terdapat 222 Parlimen, dan sepatutnya PAS mesti ada 222 Kawasan. Namun mungkin kita tolakkan Sabah dan Sarawak. Semenanjung ada 166 kerusi Parlimen, 156 Kawasan sahaja yang memberi nama calon, lagi 10 ke mana? Ini dikira jika Sabah dan Sarawak tidak aktif langsung Kawasan. Tetapi ianya memang mustahil.

Jadi inilah persoalan hamba. Kenapa banyak sangat Kawasan tidak hantar pencalonan? Ke mana pergi 28 Kawasan yang sepatutnya melaksanakan Mesyuarat Agong. Adakah Kawasan2 ini telah melaksanakan mesyuarat agong, tetapi membisu siapakah yang layak memimpin PAS seterusnya.

Apa punya kes ini sehingga 34 Kawasan tidak dapat mencalonkan pemimpin yang bakal bertanding pada Muktamar tahun ini?

Walauapapun, hamba ucapkan Takziah pada Tuan Guru Abdul Hadi Awang kerana terpaksa menanggung sekali lagi amanah sebagai Presiden PAS. Takziah diucapkan kepada Tuan Guru dan diharap Tuan Guru dapat mengekalkan PAS ini sebagai wadah jihad kepada mujahid yang inginkan mati syahid. Takbir!!

GURU BESAR NAIK GRED: BN HENDAK PEGANG KEPALA2 SEKOLAH UTK PRU13?

Semalam adalah hari Guru. Mengapa ianya dibuat pada 16 Mei, hamba tidak tahu. Namun, apa yang pasti, hari guru disambut semalam. Balik dari sekolah, isteri hamba dapat hadiah kusyen, bawa balik cokelat dan sekotak kecil kek. Kenyang hamba malam tadi.

Cuma apa yang hamba hendak ketengahkan ini, bukannya berkenaan apa yang dibuat oleh seluruh sekolah di Malaysia semalam. Yang pastinya, tiada satu pun kelas yang membuat pembelajaran. Kiranya, murid dicutikan seharian semalam. Apa yang hendak diketengahkan adalah 'hadiah' istimewa yang akan diberi oleh kerajaan bn kepada guru untuk gula-gula PRU 13 nanti.

Hamba tidak dengar secara terus apa yang pm dan tpm katakan apakah yang akan dinikmati oleh guru. Tetapi apa yang pasti, hamba dapat dari akhbar-akhbar versi maya.

Hamba tidak akan ambil dari akbar MalaysiaKini atau HarakahDaily, nanti ada yang mengatakan akhbar itu akan bias dan hanya cakap benda yang tidak molek sahaja kepada kerajaan bn. Tetapi hamba akan merujuk kepada akhbar utusan.

Sila baca ini; Terima kasih Perdana Menteri dan ini; Kenaikan pangkat guru diberi nafas baru

Dapat dilihat, apa yang hendak digula-gulakan kepada guru bukannya dapat hari ini atau bulan depan, tetapi tahun hadapan. Ianya seperti hadiah yang bersyarat. Dan apa yang lebih pasti, apa yang dikeluarkan oleh akhbar umno itu adalah, yang pastinya, ianya hanya menguntungkan Guru Besar, Pengetua dan GPK. Bukannya guru yang mengajar, tetapi cikgu yang mentadbir sekolah sahaja.

Puas hamba membelek-belek akhbar2 maya, ada tidak 'hadiah' yang diberikan kepada guru yang benar-benar mengajar, namun tiada. Cumanya, apa yang hamba dengar, dari mulut ayah hamba, bahawa guru-guru, yang sudah mengajar 5 tahun, akan naik gred secara automatik. Jika sekarang DG41, dan sudah mengajar menjangkau 5 tahun, tahun depan automatik naik DG44. Ayah kata beliau dengar dari rakan di masjid. Betul atau tidak, kepastiannya hamba akan beli akhbar pagi ini.

Namun jika betul, mengapa tiada satu cerita pun di akhbar maya yang menceritakan tentang cerita ini. Jika benar sumber yang ayah hamba beri, mengapa utusan online tidak membesar-besarkan cerita yang maha menguntungkan warga pendidik di seluruh Malaysia? Maka hamba akan anggapkan, ianya hanya gosip-gosip liar di verenda masjid.

Yang pastinya, kerajaan bn sedang melaksanakan satu modus operandi memegang kepala di setiap sekolah, agar ikut cakap bn, dan memastikan semua kepala-kepala disetiap sekolah akan menekan guru-guru dibawahnya agar mengikut telunjuk kepala-kepala ini yang mungkin telah terjurus kepada arahan menyokong bn. Itu yang hamba nampak.

Maka, siap siagalah wahai semua warga pendidik, jika pengetua sekolah atau guru besar sekolah anda semua adalah pendokong umno apco, maka sesuatu arahan yang 'gila' dan kurang waras pasti akan dilaksanakan kepada anda semua. Kepada guru-guru yang aktif didalam PAS atau PKR, siapkanlah diri anda semua dengan kekuatan luar biasa kerana pengetua2 dan guru2 besar cap ayam ini pasti akan melaksanakan perintah 'khas' dari tpm.

Namun yang pastinya, hamba yakin, apalah sangat tekanan yang boleh diberikan oleh kepala-kepala sekolah ini, berbanding dengan tekanan yang sedia ada diperolehi oleh para guru di sekolah sekarang. Lantakkanlah mainan politik kepala sekolah yang kuat membodek untuk menaikkan pangkat sendiri. Mereka bukannya pedulikan masalah guru-guru di sekolah pun. Yang penting nama sekolah naik, bukannya akhlak dan pengetahuan murid yang naik.

Betul tidak wahai guru?

Ahad, Mei 15, 2011

UTUSAN SIAL!!

Utusan Sial!

Hamba kali ini menggunakan ungkapan yang paling carut digunakan kepada surat khabar Utusan Sial itu. Minta maaf kepada mereka yang melayari blog hamba, kerana kali ini hamba akan menggunakan perkataan yang tidak elok kepada Utusan Sial itu.

Hendak tahu mengapa? Ianya tiada kaitan dengan PAS, tiada kaitan dengan PKR, tiada kaitan dengan PR, tetapi ianya ada kaitan dengan lidah penyambung fitnah sial si kafir laknat Amerika setan yang sekarang ini sedang mereka cerita menjatuhkan kredibiliti 'pemimpin' Al-Qaeda kononnya, Osama Laden. Dan apa yang paling bangang yang telah dibuat oleh Utusan Sial itu ialah Utusan Sial telah menjadi lidah penyambung fitnah kafir Amerika.

Kalau korang tidak percaya, bacalah tajuk dari Utusan Sial Online ini; Komputer Osama penuh porno

Inilah kerja Utusan Sial yang memang jelas sebuah akhbar tali barut Yahudi yang menggunakan assobiyah Melayu untuk membodohkan umat Melayu dan pastinya akhbar ini adalah anti Islam sedunia. Celaka kau Utusan!!

ANALISIS KERUSI PARLIMEN YG PAS BERTANDING.

Hamba ada dengar, Timbalan Presiden ada mengatakan bahawa, pada PRU 13 nanti, PAS akan bertanding kerusi Parlimen yang tidak sama dengan apa yang PAS bertanding pada PRU 12. Hama tidak pasti pula, adakah rakan-rakan PR bersetuju dengan cadangan PAS itu. Walaubagaimanapun, pada PRU 12 dahulu, adakah anda semua tahu, berapakah kerusi Parlimen yang PAS bertanding dan kerusi apa?

Mari sini hamba hendak kabor.

Pada PRU 12 dahulu, PAS bertanding di 67 kerusi Parlimen. Tidak menang 44 kerusi dan menang di 23 kerusi. Undi popular adalah 1,160,728 pengundi.

Kebanyakan adalah kerusi majoriti Melayu. Ada 6 kerusi Parlimen yang PAS bertanding kurang 60% undi Melayu, dan ada 2 kerusi bawah 50% undi Melayu. Satu kerusi P111, Kota Raja, Selangor, PAS menang besar dan satu lagi P161, Pulai, Johor, PAS kalah teruk.

Namun, kemenangan atau kekalahan PAS tidak boleh diukur dengan berapa kerusi majoriti Melayu dan bukan Melayu, tetapi ianya ada hubungkait dengan negeri-negeri dimana PAS bertanding.

Contohnya di Johor, PAS bertanding di 10 kerusi. Semuanya kalah. Ada 1 kerusi bawah 50% Melayu, 4 kerusi 50-60% Melayu, 1 kerusi 60-70%  Melayu, 3 kerusi 70-80% Melayu dan 1 kerusi yang Melayunya ada 84%. Semua kalah.

Tetapi di Kelantan, kerusi Melayunya semua 90% ke atas semua PAS menang. 1 kerusi Melayu 80%, PAS menang, kecuali 2 kerusi PAS kalah dari 11 yang bertanding, P30, Jeli, 98% Melayu dan P32, Gua Musang, 83% Melayu. 2 faktor kekalahan itu adalah kerana calon yang dibawa BN.

Bagi kes di negeri Kedah, dari 8 kerusi yang PAS bertanding, PAS menang 6. Kalah di Jerlun, 90% Melayu dan Kubang Pasu, 96% Melayu. Yang lain menang. Peratus Melayunya ialah dari 78% hingga 93% Melayu. Bagi kes Kedah, undi Melayu atau bukan Melayu tidak signifikan, ianya hanya signifikan kepada geografi dan calon. Di Jerlun, yang memenangkan BN adalah calonnya, iaitu Mukhriz Mahathir dan Kubang Pasu, adalah tempat lama Tun Mahathir.

Cuma yang menampakkan keperluan undi Melayu bagi banyak-banyak negeri adalah di Perak. PAS bertanding di 7 kerusi Parlimen, menang 2. Menang di Parit Buntar dan Bukit Gantang, masing-masing 66% dan 63% Melayu. Kalah di Gerik, 73%, Lenggong 81%, Larut 88%, Kuala Kangsar 66% dan Parit 92%.

Begitu juga di Selangor, keperluan undi Melayu adalah penting.Dari 7 yang bertanding, PAS menang 4. 3 yang kalah semuanya Parlimen luar bandar iaitu Sungai Besar, Tanjung Karang dan Sepang. Masing-masing dengan 68%, 72% dan 59% undi Melayu. Manakala yang menang semuanya di kawasan Bandar kecuali Kuala Selangor, 61% Melayu, Hulu Langat, 53% Melayu, Shah Alam, 68% Melayu dan Kota Raja, 47% Melayu.

Bagi kes Terengganu, semua kerusi adalah 90% ke atas adalah pengundi Melayu kecuali Parlimen Kuala Terengganu, 88% Melayu. PAS menang di Marang dan pada PRK, PAS menang Kuala Terengganu. Agak malang PAS tidak bertanding di Dungun.

Namun, secara keseluruhan, PAS bertanding di Parlimen 60% undi Melayu keatas, iaitu 61 kerusi dari 67 kerusi yang bertanding. Maka, di sini, PAS perlu memberi tumpuan yang khusus untuk mendapatkan undi Melayu semaksima yang mungkin.

Sabtu, Mei 14, 2011

SYAFIE APDAL; BILA DIA BUKA MULUT, MENAMPAKKAN KURANG AKALNYA.

Syafie Apdal ini adalah Menteri yang paling kurang akal pernah dikeluarkan oleh umno. Kurang akalnya amat memalukan rakyat Sabah yang rata-ratanya akal mereka adalah bergeliga, namun, oleh kerana yang menang pilihanraya tetap umno, maka manusia yang kurang akal jugalah yang akan dipilih oleh umno.

Sila baca Utusan online yang bertajuk; Tidak wajar ambil tanah adat untuk Ladang Rakyat - Shafie Apdal.
Apalah punya mental yang diperlehi oleh menteri keturunan Sabah ini. Hendak buat cerita spin pun, buatlah cerita spin yang canggih sikit. Cerita yang susah orang hendak jawab. Ini tidak, buat cerita yang sudah pun di spin dan kemudiannya telah dijawab dengan mudah dan memalukan orang yang buat cerita spin itu. Sila baca tajuk ini; Ladang Rakyat cadang saman dituduh rampas tanah dan ini
Tiada tanah rakyat di Gua Musang dirampas
Itulah, lain kali, janganlah memandai-mandai memasukkan umno ke dalam Sabah, sudah jadi kurang akal. Jika ya pun hendak buat fitnah, buatlah fitnah yang manggih, agar senang orang akan ditipu dalam masa yang lama sedikit, ini tidak,buat cerita spin yang sudah basi,..... aduhai....

BLOG KENA VIRUS SEMALAM?

Semalam, pertama kali dalam sejarah, hamba semalaman ber FB. Tidak sentuh langsung blog. Manakan tidak, dari tengah hari, sampai ke malam, blogspot tidak boleh masuk. Ada orang kata, blogspot kena virus Friday the 13th. Entah iya, entah tidak. Namun, apa yang pasti, hamba telah menjadi Gen Y dari Gen X semalam. Itulah yang Matsamankati kata.

Ada banyak cerita yang hendak dicerita semalam. Namun, kerana tidak boleh mengemaskini blog, maka umno dapatlah tdur 'lena' sedikit kerana tiada satu pun isu yang dapat diketengahkan oleh blogger.

Tapi takpe, hari ini hamba akan bercerita lagi tentang kekalutan umno yang kapitalis itu.

Khamis, Mei 12, 2011

JIKA KERAJAAN JIMAT RM4 BILION PUN, RAKYAT DAPAT APA?

Ada sesiapa yang terbaca Utusan Online? Jika tiada, eloklah, ada yang mengikut pandangan golongan yang mengharamkan membaca Utusan kerana ianya akhbar fitnah. Pandangan itu betul, tetapi bagi satu pihak yang lain, iaitu askar-askar yang menentang secara terus dengan musuhnya, askar itu patut membaca dan mengetahui segala cerita, perancangan, tipu daya, propaganda dan fitnah yang dilontarkan agar askar-askar itu dapat menyerang kembali musuhnya dengan peluru yang betul.

Maka, mahu tidak mahu, askar-askar pejuang wajib baca Utusan untuk mengenali musuh. Terutama askar-askar didalam alam siber. Peluru mereka adalah matlumat.

Hamba tertarik dengan cerita dari Utusan yang bertajuk Jimat kos RM4.25 bilion, . Kerajaan sekarang sedang membuat kajian untuk memansuh atau menukar 400 dasar dari seluruh kementerian dalam kerajaan Malaysia untuk mendapatkan penjimatan kos sehingga RM4.25 bilion menjelang 2015. Ia telah dikaji oleh agensi kerajaan dan perunding asing. Mungkin perunding asing ini adalah Yahudi APCO.

Jika ya pun Kerajaan dapat menjimatkan kos sehingga RM4 bilion, apa yang rakyat dapat secara terus? Adakah nilaian duit berbilion itu akan diterjemahkan dengan menaikkan taraf hidup SELURUH rakyat Malaysia, atau ianya hanya akan menguntungkan towkey-towkey besar, kroni-kroni dan syarikat gergasi?

Malaysia sekarang ini ditadbir oleh sebuah parti yang kapitalis. Mengamalkan sistem monopoli untuk kaya. Mewujudkan puak-puak kroni agar duit-duit itu hanya berpusing diantara mereka-mereka yang memegang kuasa dan mereka yang berada disekelilingnya. Mana pernah kerajaan kapitalis ini membiarkan duit berbilion digunakan untuk mengkayakan rakyat. TIDAK PERNAH.

Apa yang mereka buat adalah hanya memberikan sedikit sisa-sisa potongan kek keuntungan kepada rakyat hanya untuk menutup mulut manusia yang lapar dengan memberi sesuap nasi. Esok lusa rakyat itu akan kembali lapar dan akan kembali meminta dari pemerintah kapitalis untuk diberi sesuap nasi. Beginilah modus operandi umno untuk mengekalkan kuasa selama-lamanya.

Cuba anda semua bayangkan, orang yang menduduki rumah ini, apa yang mereka akan perolehi dengan duit RM4 bilion itu? RM200 sebulan?

Selasa, Mei 10, 2011

BAGAIMANA MAHU SPIN CERITA HARGA GULA SUDAH NAIK.

Hendak kata Najib bijak, memang beliau bijak membutakan mata rakyat terhadap apa yang telah beliau lakukan terhadap negara Malaysia. Selepas menang di Sarawak dengan 'bergaya', maka beliau tanpa segan silu telah menaikkan harga minyak RON97 sebanyak 20 sen kepada RM2.90. Harga minyak paling mahal dalam sejarah Malaysia. Setidur-tidur Pak Lah, beliau hanya berani menaikkan sehingga RM2.80 sahaja.

Kemudian dengan selamba, Najib menaikkan lagi harga gula sebanyak 20 sen kepada RM2.30 sekilo. Katanya, kononnya dengan kenaikan 20 sen sekilo itu akan mengurangkan subsidi kerajaan sebanyak RM166.6 juta. Apa yang hamba nampak, duit itu akan digunakan untuk kantong umno pada PRU13 nanti.

Dan kepandaian spin si Najib ini terserlah, apabila 2 berita menyeksakan rakyat itu ditenggelamkan oleh 2 cerita kononnya si Najib seorang yang baik kerana sanggup 'berborak' dengan seorang adik yang mengidap kanser ditaja oleh al-ustaz Kamalanathan, dan satu lagi berita berkenaan Pandi Kutty.

Jika ya pun hendak menyepin cerita kenaikan harga barang, buatlah cerita yang elok sedikit yang boleh bertahan lama.Cerita berborak dengan budak kanser yang seorang, tanpa memberi apa-apa bantuan tambahan kepada seluruh warga kanser yang lain, adalah satu cerita spin yang akan masak cepat. Ianya akan cepat busuk dan tidak lagi boleh digunakan selepas beberapa minggu. Ini hanya cerita perlawanan perebutan kerusi Parlimen Hulu Selangor antara al-ustaz umno Kamalanathan dengan Presiden MIC.

Kemudian berkenaan cerita Pandi Kutty, menunjukkan umno sudah habis modal untuk menjatuhkan Anwar dengan mengaibkan beliau secara semaksimum yang mungkin. umno telah membuat satu kesalahan yang besar kerana mengikut nasihat yahudi apco yang menyarankan pembunuhan terhadap karektor seseorang. Melayu bukan yahudi, Melayu adalah bangsa yang hatinya lembut namun cepat melatah. Jika orang Melayu melihat seseorang itu dihina dengan teruk sekali, perasaan kasihan akan terpupuk dalam hati orang Melayu dan orang yang dihina itu akan dipertahankan oleh orang Melayu yang senang kasihan.

Mungkin orang umno tidak tahu sifat orang Melayu ini kerana pemimpin-pemimpin umno pun bukannya Melayu jati pun. Melayu baru mungkin.

Apa yang lebih teruk berita yang disebut-sebut Najib adalah cerita berkenaan GST. Malaysia pasti akan hancur jika PRU13 nanti umno bn tetap memerintah Malaysia. Malaysia akan bankrap dan apco akan menyucukkan jarumnya yang sebenar dengan memasukkan puak-puak Israel dalam pemerintahan Malaysia dengan mengugut bermacam-macam terhadap kerajaan Malaysia yang dalam keadaan terdesak untuk lari dari bankrapcy. Padan muka Melayu....

Ahad, Mei 08, 2011

MALAYSIA KRISTIAN? ALAHAI, SEKARANG PUN MALAYSIA BUKAN NEGARA ISLAM...

Hamba tidak mahu bercerita tentang Utusan yang tidak waras berkenaan fitnah Malaysia akan menjadikan Kristian sebagai agama rasmi, sebab nama pun fitnah, buat apa kita cerita pasal cerita yang tiada.

Apa yang hamba hendak ceritakan disini ialah sebenarnya Malaysia ini pun bukanlah negara yang agama rasminya Islam. Islam hanya sebagai agama persekutuan di Malaysia. Apa pula maksud agama persekutuan di Malaysia? Bermaksud Islam tertakluk kepada apa-apa pindaan yang dipinda dalam Perlembagaan Malaysia.

Manusia di Malaysia perlu faham, Islam adalah tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia, yang bermaksud Perlembagaan Malaysia yang dicipta penjajah dahulu yang kemudian diluluskan oleh umno dan sekutunya adalah lebih tinggi dari Islam.

Artikel 4 Perlembagaan Persekutuan jelas menyebut; "Perlembagaan adalah undang-undang utama Persekutuan, apa-apa undang-undang yang diluluskan berlawanan dengannya hendaklah terbatal setakat ia berlawanan itu."

Jarum penjajah masih lagi kekal di Malaysia dengan terwujudnya Perlembagaan sebegini rupa. Ianya diwujud untuk memastikan bahawa Islam yang terwujud di Malaysia ini hanya disempitkan dengan kewujudan undang-undang syariah yang lemah dan tertakluk kepada Perlembagaan. Bukannya tertakluk kepada sumber tunggal Islam, iaitu Al-Quran, As-Sunnah dan Qias Ulama.

Maka, apa yang ada kepada Islam didalam negara Malaysia ini? Apa yang hendak dibanggakan sangat oleh umno, perkasa dan perhebat berkenaan Islam yang sungguh tidak berkuasa di negara Malaysia ini? Islam di Malaysia adalah sangat lemah dan tidak dikukuhkan dengan sesuatu yang solid didalam pentadbiran dan juga dari segi undang-undang di Malaysia.

Jika perzinaan berlaku, apa yang boleh Islam di Malaysia lakukan terhadap pesalah yang berzina itu? Denda berapa ribu RM sahaja. Esok pelaku zina akan berzina lagi. Isu arak, apa yang Islam di Malaysia boleh lakukan? Tangkap dan bayar denda tidak seberapa dan kemudian esok boleh minum arak lagi. Apa pula kes dengan judi? Berjudilah kamu sepuas-puasnya sehingga kamu masuk ke lubang neraka?

Jika seseorang manusia Islam, tiba-tiba dimurtadkan, hanya kerana bernikah dengan kekasihnya yang bukan beragama Islam, maka apakah kuasa yang ada didalam negara Malaysia untuk mengelakkan perkara ini berlaku dengan kuasa undang-undang yang ada di Malaysia sekarang? Adakah undang-undang yang solid untuk mengelakkan perkara ini berlaku? Jawapannya tiada!

Kerana apa? Kerana enakmen murtad masih belum ada di Malaysia. Mengapa masih tiada? Kerana ianya mesti diluluskan di Parlimen dan jika dilulus pun, namun jika tidak mengikut semangat Perlembagaan, maka enakmen itu akan digugurkan secara automatik.

Pelik bukan, satu suruhan oleh Allah SWT, yang jelas dari As-Sunnah, perlu diluluskan oleh segerombolan manusia yang dipilih dalam pilihanraya kemudian mestilah mengikut kepada Perlembagaan yang dibuat oleh sekumpulan manusia yang bukan beragama Islam pun! Apa kes ini?

Selagi umat Melayu masih berfikiran umno kolot dengan menganggap terwujudnya masjid, maka Islamlah negara itu, dengan bebas bersolat, berwirid dan merayakan hari kebesaran Islam, maka Islamlah negara Malaysia ini, maka selagi itulah Islam akan hanya menjadi bahan kosmestik didalam pentadbiran negara Malaysia. Digunakan hanya bila diperlukan dan dibuang jauh-jauh jika tidak diperlukan.

Malaysia adalah sebuah negara neo-sekular, bukannya negara Islam. Jika menuduh Malaysia adalah negara sekular, maka ianya adalah tuduhan yang agak berat dan sedikit tersasar. Namun apakah neo-sekular dan apakah juga sekular itu.

Maksud sekular adalah sebuah negara yang ditadbir dengan memisahkan secara total antara pemerintah dengan agama. Dunia untuk pemerintah dan akhirat untuk agama. Ianya sebuah doktrin pemisahan Gereja didalam pentadbiran negara orang Kristian.

Manakala maksud neo-sekular pula ialah, terdapat pemisahan antara pentadbiran negara dengan agama, tetapi ada diselit dengan perkara-perkara agama yang ringan didalam pentadbiran itu. Ianya banyak berlaku didalam negara umat Islam. Contoh terbaik di Malaysia. Salah satu caranya ialah pentadbiran berlandas Perlembagaan dipisahkan sedikit dengan pentadbiran berlandas syariat. Contohnya Mahkamah Syariah untuk orang Islam diwujudkan tetapi mempunyai bidang kuasa yang kecil dan masih dibawah takluk Perlembagaan Malaysia.

Maka, apalah yang hendak dikecoh-kecohkan sangat berkenaan cerita Kristian hendak menjadi agama rasmi Malaysia. Ianya hanya penipuan politik oleh umno yang mengamalkan politik secara tindakan yang menghalalkan cara untuk mencapai tujuan walau ianya sah haram dan menipu. Sedarlah umat Islam di Malaysia, agama rasmi di Malaysia sekarang adalah Perlembagaan Malaysia. Sesiapa yang tidak menganuti agama Perlembagaan Malaysia ini, maka hukumnya adalah tali gantung.

Oleh itu, janganlah puak-puak umno hendak bermain politik jahat dengan mempergunakan agama sebagai medium untuk memecah belahkan rakyat Malaysia. Kerana kamulah bapak segala kejahatan yang berada di Malaysia ini kerana penipuan dan sekongkolan kamu dengan pihak penjajah untuk mengecilkan peranan Islam didalam pentadbiran negara Malaysia.

Dimanakah pula suara Zulkifli Noordin didalam hal ini, hamba masih teringat usul beliau didalam Parlimen pada tahun 2009 dahulu. Sila baca disini, harap PAS pula akan terus membawakan usul ini di Parlimen.

Sabtu, Mei 07, 2011

HISYAMUDDIN MEMANG KURANG AKAL. TAK LAYAK JADI MENTERI.

Hendak kata kurang cerdik, jawat jawatan Menteri. Hendak kata tiada akal, memang dilihat akalnya kurang sedikit, tetapi tidaklah ke tahap dungu, tetapi apa yang pasti, minah Hisyamudin ini memang kaki putar belit belut.

Sudah baca tajuk ini di Utusan Malaysia versi internet; Pas tidak mampu ganti UMNO - Hishammuddin

Apa yang hendak disebut disini, bukanlah hendak menyatakan bahawa apa yang disebut oleh Hisyamuddin tentang PAS tidak boleh ganti umno. Bukan,.. bukan. Hamba tidak mahu kritik dia dengan ungkapan mengecil-ngecilkan PAS itu. Kerana memang sudah hukum alam, sesiapa yang umno, akan kutuk PAS habis-habisan. Jika minah Hisyamuddin ini sebut PAS ada peluang ganti umno, itu memang pelik lagi ajaib.

Yang menjadi kemusykilan ke tahap gaban power rangers ialah apa yang disebut oleh minah ini tentang tahap kebebasan media di Malaysia ini.

Mengenai indeks kebebasan media, Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri menegaskan, kebebasan media tidak lagi membawa makna dalam dunia tanpa sempadan pada hari ini apabila semua maklumat yang cuba disekat boleh dihebahkan kepada umum.

''Maklumat yang cuba disekat', apa cerita ini seorang Menteri ada menyebut di Malaysia ini mempunyai sistem untuk menyekat maklumat kepada rakyat. Maksudnya si minah ini memang mengaku Malaysia mengamalkan media tertutup serupa komunis dengan menyekat berbagai-bagai maklumat yang perlu diketahui rakyat. Ini sudah berat. Kalau ya pun sekat maklumat, dan memang umnobn ini sejak azali mengamalkan perkara ini, tidak perlulah dinyata dan dikompemkan dalam media. Komunis pun tidak pernah mengaku dia menyekat kebebasan media.

Justeru katanya, laporan kejatuhan indeks kebebasan media di negara ini hanya gimik politik pihak tertentu kononnya Malaysia tidak telus, tidak terbuka, tidak demokratik dan tidak inklusif dalam perkara-perkara yang dilaungkan di peringkat antarabangsa.
"Indeks sebegitu rupa tidak membawa erti dan makna kerana (dalam soal penyebaran) maklumat dan cerita, sekarang ini bila saya cakap, sudah boleh dihebahkan kepada orang ramai sama ada melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), facebook atau twitter," katanya.

Ayat di atas memang sah menunjukkan si minah Hisyamuddin ini memang tidak reti atau dungu dalam membuat kenyataan di media. Bukan media alternatif, tetapi media milik mereka sendiri.

Apalah akal yang berserabut di pemikiran si minah ini? Kalau ye pun hendak berpolitik, bijaklah sedikit. Ini orang Felda dengar pun pening kepala dibuatnya. Tapi takpe, pening macam mana pun, warga Felda tetap undi BN.

Bila masa pula Freedom House masuk Pakatan Rakyat ni? Si minah ini tahu tidak persatuan NGO Freedom House yang membuat pantauan indeks kebesan akhbar dilesuruh dunia ini persatuan NGO apa? Jika hendak menuduh laporan indeks kebebasan media ini mainan politik pun, buatlah cara yang cerdik sedikit. Katalah 'mungkin Freedom House tidak dapat maklumat yang lengkap dari kerajaan Malaysia, kerana itu dibuat indeks yang sama taraf dengan Angola kebebasan media di Malaysia'. Barulah ada kelas sedikit hendak berbohong. Ini tidak, ikut dan mulut dia sahaja. Lain kali bila hendak memandai, telefon APCO dahulu minta nasihat, rugi sahaja duit 78 juta itu di bayar kepada Yahudi itu.

Akhir kata, kepada pengundi Johor, silalah undi lagi si minah ini agar senang sedikit kerja hamba hendak menulis artikel di blog hamba, kerana minah Hisyamuddin ini, selalu sangat buat kerja akal di tapak kaki.

Jumaat, Mei 06, 2011

PADAN MUKA RAKYAT 1 MALAYSIA, KAMU TELAH DIKASTAKAN MENGIKUT RON97 DAN RON95.



"Minyak naik lagi 20 sen? Peduli apa dengan minyak naik 20 sen, aku guna minyak RON 95. Yang naik RON 97 je." Ini adalah ungkapan yang paling umno pernah hamba dengar dari ramai-ramai kawan hamba yang ada. "Yang kome komplen sesangat minyak naik sampai RM2.90 tu apahal, yang naik tu RON 97. RON 95 kan ke ada. Maintan je harganya." Ini pun ayat yang sungguh umno yang hamba pernah dengar dari reramai kawan-kawan hamba.

Hendak kata kurang cerdik, akal ada, hendak kata tiada akal, cerdiknya ada sikit-sikit. Yang pastinya bukan bodoh, tetapi tidak berpengatahuan apa itu RON.

Research Octane Number, ada sesiapa pernah dengar? Hamba pun tidak biasa dengar. Tetapi tahulah apa maksud itu. Senang-senang cerita, beza antara RON97 dan RON95 ini bukannya bermaksud RON97 lagi power dari RON95, bukan,.. bukan. Beza RON 95 dan RON 97 ialah perbezaan pembakaran lengkap minyak didalam kebuk pembakaran sesuatu enjin kereta.

Pembakaran lengkap minyak pada RON 97 adalah lebih baik daripada RON 95.

Jadi, apahalnya dengan pembakaran sempurna ke, tidak sempurna ke, apa kesnya?

Kesnya ialah, jika pembakaran minyak tidak sempurna berlaku didalam kebuk pembakaran, maka setiap kali pencucuh meletup contohnya kali pertama setiap pusingan omboh, minyak yang tidak terbakar akan tersimpan di dalam kebuk pembakaran itu. Jika berlaku letupan kedua pencucuh, maka minyak baru dan minyak yang tersimpan didalam kebuk pembakaran tadi akan terbakar atau meletup pada kadaran masa yang tidak sama.

Minyak baru mungkin akan meletup dahulu dan minyak yang tersimpan tadi akan meletup kemudian. Maka gegaran didalam kebuk pembakaran akan berlaku. Fenomena ini dinamakan penipuan Najib, eh silap,.. bukan penipuan Najib, tetapi 'Knocking' fenomena pada enjin.

Itu baru sekali pencucuh meletup sudah bergegar. Jika kereta itu membawa perlahan dengan 1000 RPM, maka kemungkinan dapat 500 kali gegaran dalam seminit. Itu baru satu omboh, jika ada 4 omboh, kali 4 lah untuk seminit. 2000 kali gegaran. Jika bawa laju, hingga 3500 RPM, hah kiralah sendiri.

Bawa kereta dengan RON97, knocking pada enjin akan berkurangan jika menggunakan RON95. Itulah bezanya. Atau lebih senang kata, siapa hendak enjin keretanya rosak cepat, gunakanlah RON95. Siapa yang berkehendakkan enjin keretanya selamat, gunakanlah RON97.

Ikut pandai koranglah hendak guna minyak mahal atau minyak cap ayam. Yang PASTINYA, sekarang ini, negara Malaysia telah melaksanakan suatu sistem kasta, dimana rakyat marhaen yang miskin dan tidak mampu menggunakan minyak mahal, akan menggunakan minyak cap ayam RON95, manakala yang kaya dan berduit @ kroni umno's, maka mereka perlu menggunakan RON97 kerana spare part kereta puak umno semuanya mahal-mahal belaka.

Maka kesimpulannya, padanlah muka umat 1 Malaysia yang telah dikastakan mengikut minyak RON 95 atau 97. Kasta tinggi akan dinamakan Kasta RON 97 dan Kasta paria akan dinamakan RON 95.

Namun rakyat Malaysia peduli apa, minyak naik ke, turun ke, undi tetap BN, sebab kami semua sudah terbiasa dengan perangai kasta rendah ini. Padan muka Melayu......

Khamis, Mei 05, 2011

NAK KATA MACAM MANA, MEMANG UTUSAN AKHBAR CAP AYAM.

Surat Khabar di Malaysia adalah satu entiti yang paling kurang cerdik didunia. Tahap kurang cerdiknya adalah serupa akal mereka berada di tapak kaki, bukan lagi di kepala lutut. Cuba anda semua baca tajuk akhbar Utusan Malaysia versi internet yang bertajuk ADUN P. Pinang sependapat mengenai isu rumah mahal.

Cerita yang dibawa memang masuk akal, cumanya ayat permulaan dari tukang cerita ini memang menunjukkan kepala akal beliau berada di tapak kaki, bukan lagi kepala lutut.

GEORGETOWN 5 Mei - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Barisan Nasional (BN) dan pihak pakatan pembangkang sependapat bahawa penduduk Pulau Pinang sedang berhadapan dengan kesukaran untuk membeli rumah di negeri ini berikutan harganya yang terlalu tinggi.


Cuba anda semua baca ayat di atas. ADUN dari BN DAN pihak pembangkang. Setahu seluruh manusia di dunia ini, BN adalah pembangkang, dan Pakatan Rakyat adalah Kerajaan. Jadi, siapa kerajaan? Siapa pembangkang? BN pembangkang, dan kerajaan Pulau Pinang PR pun pakatan pembangkang juga. Kan ke kurang akal wartawan Utusan Malaysia ini?

Kemudian hamba terbaca pula cerita yang bertajuk Perangi rasuah jihad kerajaan berintegriti - TPM di akhbar maya yang sama. Jika dibaca, isinya nampak molek, cantik dan penuh tawaduk lagi menyeru setiap insan untuk ke arah syurga Allah. Tetapi, apabila ianya disebut oleh Pak Muhyiddin, maka hamba terpaksa ke tandas kerana tidak tahan untuk membuang air kecil kerana menahan ketawa yang terbahak-bahak.

Sudahlah Pak Muhyiddin, takat sebut perangi rasuah, tetapi dianya timbalan kepada ketua bapak segala rasuah, apa kes? Perbetulkanlah diri anda itu yang penuh sangat duit pasir dalam poket sebelum hendak bercerita berkenaan;

"Betapa ramai kita lihat pemimpin dunia yang gugur dan kerajaan yang tersungkur dek terpalit amalan rasuah dan salah guna kuasa,”

Hamba sungguh yakin, apabila Pak TPM itu menyebut ayat di atas, beliau sedar, Pak TPM sebenarnya sedang meludah ke atas langit. Bukan takat air liur ludah, tetapi kahak pekat di tekak akan terpalit kembali ke muka Pak TPM.

Itulah, lain kali, jika sudah menjadi pemimpin, jika sudah menjadi pemerintah, maka janganlah buat kerja-kerja 'merompak' duit rakyat untuk kesenangan diri dan ahli keluarga serta kroni. Kan ke sudah kena kahak sendiri apabila berucap di Institut Integriti Malaysia (IIM). Naya tu....

Rabu, Mei 04, 2011

JUANDA DENGAN RACUN WAHABINYA?

Hamba pening membaca apa yang diperkatakan oleh Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya, apabila beliau beria-ia benar mahukan penyatuan umno dan PAS menjadi satu kenyataan. Sila baca disini. Sesiapa yang tidak bersetuju penyatuan umno dan PAS, maka mereka itu adalah pengkhianat Islam. Benarkah itu?

Pertamanya, perlu disebut disini, umno BUKAN parti Islam. Umno adalah parti kapitalis assobiyah Melayu yang menggunakan 'Melayu'nya hanya untuk meraih undi. Iktikad umno adalah kapitalis, iaitu menggunakan apa cara sekalipun untuk menang, kaya dan 'berjaya', tidak kira ianya haram atau halal. Menghalalkan apa cara sekalipun untuk mencapai tujuan.

Monopoli sesuatu ekonomi adalah program utama umno untuk meraut keuntungan. Kronisme dibentuk oleh umno adalah bertujuan agar sesiapa yang berada di hiraki tertinggi umno akan terus kaya dan kaya manakala mereka yang berada di bawah akan sentiasa miskin dan miskin. Tujuannya hanyalah satu, untuk mengekalkan kuasa kerana orang dibawah akan terus meminta dan meminta orang di atas selama-lamanya.

Penggunaan istilah 'Hidup Melayu' dan mempertahankan ketuanan Melayu oleh umno hanyalah gimik politik chuvanis umno untuk mengekalkan kaum Melayu untu mengundi umno selama-lamanya. Tindakan sebenar umno didalam pentadbiran negaranya amat banyak merugikan orang Melayu terutama berkenaan dengan pemilikan tanah rezab Melayu yang telah dirampas oleh umno dengan secara terancang sehinggakan umat Melayu sekarang majoritinya tiada bertanah di negara sendiri hanya semata-mata untuk mengkayakan umat umno yang kapitalis itu.

Dasar ekonomi Baru yang diketengahkan oleh umno yang bertujuan kononnya untuk mengkayakan umat Melayu hanyalah juga gimik politik chuvanis umno yang sebenarnya bertujuan mengkayakan sekelompok orang melayu umno yang kapitalis agar semua harta kekayaan negara dimonopoli oleh sekelompok orang melayu yang bertuankan orang atasan umno agar hanya golongan atasan umno sahaja yang kaya-raya, manakala majoriti umat Melayu miskin supaya agar umat Melayu akan terus meinta-minta dengan golongan atasan umno untuk terus hidup dengan sesuap nasi.

Sikap kapitalis umno terus berleluasa dengan sistematik dengan mewujudkan amalan merasuah dari atas ke bawah hirarki masyarakat. Jika anda inginkan sesuatu, maka anda perlu memberi hadiah untuk mendapatkan sesuatu itu. Jika umat Melayu hendak terus hidup walau dengan kais pagi makan petang, kais petang makan malam, mereka akan dirasuah RM200 untuk terus memangkah umno. Jika tidak umno akan pastikan orang Melayu hidup merana.

Jika ada umat Melayu yang berkeinginkan sebuah negara Islam dan vokalnya kearah itu adalah lebih vokal dari umat Meayu yang lain, maka umat Melayu itu akan diseksa dan dihumban ke dalam penjara tanpa dibicara didalam mahkamah, tanpa disabitkan kesalahan dan tanpa diberi hak untuk diwakilkan peguam untuk dibersihkan diri. Inilah cara umno untuk membisukan umat Melayu supaya vokal menentang parti kapitalis ini.

Maka, oleh itu, adakah PAS yang memang sebuah parti Islam berkehendakkan untuk bersatu padu dengan parti umno yang kapitalis yang memang sah menentang Islam dan mempermainkan umat Melayu hanya semata-mata kerana hendak memegang kuasa? Adakah PAS ingin kembali bersatu dengan umno yang terang-terangan dengan secara sistematik menjahilkan umat Melayu dengan Islam agar umat Melayu sentiasa bodoh dengan ajaran Islam supaya umno akan terus berkuasa di bumi Tanah Melayu.

PAS tidak akan bersekongkol dengan parti kapitalis dan PAS tidak akan mendengar nasihat seorang manusia yang berpegang kepada mazhab yang bertanggungjawab menjatuhkan Khalifah Islam. Terlupakah anda, bahawa perkara penyatuan Islam denga kapitalis ini bukan hanya bidaah, malah lebih sesat dari itu?

Selasa, Mei 03, 2011

PENDAPAT PERIBADI HAMBA TENTANG MAT SABU YG INGIN BERTANDING TIMBALAN PRESIDEN.

Hamba ada seorang Pakcik yang beragama Islam Syiah. Beliau sudah meninggal dunia tahun lepas. Rumah arwah adalah di Bukit Mertajam, Seberang Perai. Arwah juga adalah salah seorang segerombolan orang Syiah (hamba lupa ada berapa orang) yang ditahan dibawah ISA awal tahun 2000 dahulu. Iktikad arwah adalah serupa seperti Syiah Imamiah.

Ada beberapa kali insiden dimana terdapat dialog yang agak 'panas' diantara sepupu hamba dengan arwah apabila arwah Pakcik hamba ini mula menghina sahabat Rasulullah SAW. Namun selepas bebas dari tahanan dibawah ISA, arwah telah tidak meng'war-war'kan Syiahnya kepada orang ramai. Arwah hanya ada menyebut-nyebut perkara yang 'ringan-ringan' jika berdialog, terutama dengan hamba.

Apa yang hamba ingat ialah, arwah selalu menasihati hamba agar belajar sirah para sahabat. Dan hamba ikut nasihatnya, dan alhamdulillah, pembacaan hamba adalah bukan hanya pembacaan hanya semata-mata dengan buku tanpa berguru, tetapi hamba akan bertanya kepada ustaz-ustaz yang boleh digelar ulama untuk memimpin hamba dari pembacaan sirah sahabat. Kepada sesiapa yang berkehendakkan membaca sirah sahabat, terutama pada sirah peperangan2 yang melibatkan sahabat, selepas zaman Uthman R.A, anda semua patut dipimpin dengan guru yang betul.

Disinilah jarum-jarum Syiah akan mula menyusuk ke dalam akal fikiran kita kerana ilmu sanad sirah Islam dan ilmu sanad Hadith adalah jaun berbeza seperti langit dengan bumi. Sanad untuk hadith ianya adalah terlalu ketat, tetapi bagi sanad sirah Islam, penulis-penulis akan mengambil semua sanad walau orang yang menceritakan kepada penulis sirah itu adalah memang sah munafiq dan fasiq. Disinilah bermulanya kepada sesiapa yang hentam kromo menerima apa sahaja yang disampaikan dalam buku sirah itu akan terbawa-bawa doktrin Syiah Imamiah yang melaknat Sahabat Rasulullah SAW.

Apa yang paling merungsingkan hamba sekarang ini adalah, ayat-ayat yang selalu arwah Pakcik hamba katakan kepada hamba berkenaan Saudara Mat Sabu. Arwah Pakcik memang sukakan Mat Sabu kerana selalu juga Mat Sabu akan datang ke rumahnya, mungkin bertanya khabar. Apa yang hamba risaukan ialah arwah Pakcik hamba ada mengatakan bahawa rumah arwah Pakcik ini telah dijadikan tempat belajar ilmu Syiah. Dan beliau juga yakin bahawa Mat Sabu ini adalah seorang Syiah.

Walaupun hamba tidak yakin akan kata-kata arwah Pakcik hamba ini, namun rasa gelisah itu tetap ada. Hamba suka akan saudara Mat Sabu kerana istiqomahnya didalam perjuangan Islam bersama PAS. Malah hamba ada menjemput saudara Mat Sabu untuk berceramah di tempat hamba pada tahun 2009 dahulu. Dan hamba juga begitu meminati beliau dengan kepetahan beliau berceramah dan juga selalu turun berdemonstrasi bersama rakyat tentang apa-apa juga isu berkenaan dengan rakyat dan Islam.

Cumanya apabila saudara Mat Sabu tiba-tiba ingin bertanding kerusi nombor dua PAS, maka hati hamba dengan tidak semena-mena datang rasa was-was dan syak wasangka yang tidak elok. Terutama apabila kali kedua beliau mencubakan nasib.

Jika sesiapa yang menyokong saudara Mat Sabu, ataupun S.U peribadinya ada terbaca artikel hamba ini, yang boleh menjelaskan kepada hamba bahawa saudara Mat Sabu memang sah bukan Syiah, atau hanya menyokong golongan-golongan Syiah di Malaysia, tolong komen dalam artikel ini. Jika hendak bertanya siapakah gerangan nama pakcik hamba itu, hamba akan beritahu namanya, tetapi bukannya secara terbuka, kerana hendak menjaga nama arwah dan isteri serta anak-anaknya (sepupu2 hamba) yang masih hidup.

Ada satu lagi peristiwa yang menyebabkan hamba telah 'tertuduh' saudara Mat Sabu ini Syiah, tetapi hamba tidak mahu menceritakan didalam blog hamba, kerana ianya hamba anggap gosip-gosip liar dari kawan hamba.... Wallahualam....

Isnin, Mei 02, 2011

AKHIRNYA UMNO MENGAKU PAS ADALAH PARTI ISLAM.


Dengan tiba-tiba, dengan tidak disuruh, umno melalui ketuanya bernama altantuya, eh silap,.. yang bernama Najib, telah bersungguh-sungguh menasihati PAS untuk keluar dari DAP. Sekali dengar, agak pelik apa yang si Najib katakan, tetapi apabila telah diedit oleh suratkhabar cap ayam dengan mengubah kata Najib yang asal dari keluar DAP kepada keluar Pakatan Rakyat, barulah minda hamba kecerahan sedikit.

Hamba pun tidak mengerti mengapa dengan tidak dinasihati APCO (agaknyalah), Najib dengan paksa rela terhegeh-hegeh menasihat parti yang sentiasa dimusuhi oleh umno dulu kini dan selamanya, PAS agar 'kembali' menegakkan Islam.

Apabila diperhatikan oleh apa yang diperkatakan oleh Najib itu, maka hamba mengucapkan ribuan terima kasih kerana buat pertama kali dalam sejarah politik Malaysia, umno melalui ketuanya mengiktiraf dengan betul-betul bahawa PAS ini adalah sebuah parti Islam yang memperjuangkan Islam.

Selama ini, apa yang umno tentang dan perangi PAS, adalah sebenarnya mereka, iaitu umno, menentang sebuah parti Islam yang hendak menegakkan Islam di bumi Malaysia ini. Selama ini, umno telah mengaku bahawa mereka adalah musuh utama kepada perjuangan Islam, seteru utama kepada pembentukan sebuah negara berlandaskan Islam, dan sebuah parti Melayu yang memusuhi Islam.

Maka dengan apa yang diperkatakan oleh si Najib itu, orang Melayu yang mengaku beragama Islam, patutlah sedar bahawa selama ini anda semua telah melakukan maksiat yang besar kerana telah menyokong sebuah parti asobiyah Melayu yang terang-terangan memusuhi sebuah perjuangan Islam.

Marilah semua wahai orang-orang Melayu, bersatu dibawah satu parti, iaitu PAS, yang selama ini memang jelas dan nyata sehingga sekarang dan selama-lamanya memperjuangkan Islam di bumi Melayu ini agar negara tanah Melayu yang bernama Malaysia ini akan ditunjangi oleh sebuah pentadbiran berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

Hamba menyeru agar semua orang Melayu tinggalkan umno dan jangan sesekali mengundi dan menyokong umno hanya kerana umno itu merasuah kaum melayu dengan RM-RM rasuah dari sumber kewangan yang jelas haram dan kotor. Kembalilah wahai semua orang Melayu ke akar umbi agama Islam, dan tinggal jauh-jauh umno yang sudah lama mengotor dan merosakkan orang Melayu supaya lebih jauh dan jahil tentang Islam.

Umno wajib dimusnahkan dan dihancurkan selumat-lumatnya agar orang Melayu akan kembali tenang dan bersatu bersama-sama dengan Islam. Takbir!!