DEMO AIR : CERITA DISEBALIK GAMBAR.

Hamba hari ini hendak bercerita sedikit tentang gambar demo air ini,.... begini kisahnya,.....

..........................................................
Sketsa 1



Hamba terlihat gambar ini di blog MSO. Beliau meminjamnya dari blog lain. Dan ....

.... Ini adalah tangan beliau. Hamba snap apabila ternampak pejuang ini duduk ditepi dinding stesyen keretapi KL. Alhamdulillah, beliau berjaya melepaskan diri dari ditangkap, kerana ......




....Pejuang-pejuang yang berada didepan (dibahagian tengah gambar, pejuang2 yg berada di tiang lampu) telah menuju ke arah polis meluru ke arah polis beramai-ramai untuk menyelamatkan mereka2 yang hendak ditangkap polis.




Kami meluru ke depan lagi.....




Dan lagi,.... namun selepas beberapa saat selepas snap ini, kami terpaksa berundur kerana ditembak gas pemedih mata.


...........................................................................................................................


Sketsa 2:



Ini adalah pancutan air asid pertama pasukan polis kepada pejuang. Nampak tidak kereta polis itu? Itu adalah kereta polis yang belakang sekali mengiringi rombongan kerajaan negeri dan didepan itu, adalah kereta Camry hitam Exco Selangor. Siapalah yang berada didalam kereta camry hitam itu?




Ini pula pancutan kedua trak puaka kepada pejuang. Nampak tidak ia menembak ke arah mana. Sipuaka menembak ke arah dalam lorong bangunan stesyen KL. Dalamnya sudahlah sempit, tertutup, apa agaknya yg dialami oleh pejuang yang disimbah air asid itu?


....................................................................................

Sketsa 3


Suasana kecoh didepan. Maka hamba ke lokasi. (maaf gambar blur sebab berlari..), seorang unit amal menyuruh pejuang-pejuang masuk ke dalam ruang stesyen KL.


Sampai lokasi , syeikh unit amal pun sedang berundur ke dalam stesyen KL....


.... dan seorang lagi pejuang siap pegang satu beg garam juga sedang berundur ke dalam stesyen, kenapa ya?. (Tetapi yang peliknya 'ustaz' yang pegang baner kadbod kuning itu rileks je) ....


.....Hamba toleh ke kanan. Oh! Patutlah, asap gas pemedih mata..... cabut!! Tekak, hidung, mata sudah terasa perik! (Alhamdulillah, dapat juga snap sekali masa berlari tu...:))

........................................
Sketsa 4.


Ktup! Ktup! Ktup! FRU sedang mara ke hadapan.


Eh? Ada seorang yang lain dari yang lain dalam banyak-banyak FRU itu. Tengok betul-betul pada gambar yang dibulat itu. Ya, seorang perempuan, bertudung pula tu....

... dan semasa FRU berhenti betul2 depan hamba, nampak tidak apa FRU perempuan ini pegang. Ya, senapang gas pemedih mata. Dan mamat depan itu (anak panah), adalah ketuanya yang akan mengarahkan untuk bertindak. Mungkinkah ......


..... tembakan FRU perempuan itu menyebabkan kejadian ini berlaku. Sial kau BN!


..........................................................

Sketsa 5

Mana pula lori puaka ini hendak menembak? Kami di sinilah, yang tembak di sana tu mengapa?....


.... tetapi apabila dipandang betul-betul, di sana pun ada pejuang yang terpisah. Nasib la kawan, mandi percuma hari ini, selepas ini, polis tidak guna air sebab harga air sudah naik,.... ha! ha!.... :D

......................................................


Sketsa akhir


Gambar yang paling hamba berkenan. Permulaan pancutan air dari lori puaka....


.... sebab, semua gambar di dalam demo air ini, digunakan dengan digital kamera cap ayam ini..... Kodak easy share C513, 5 Megapixel je ..... :)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?