Mari sama-sama kita sebut syahadah

Selasa, September 22, 2009

CERITA RAYA 1430

Hari ini sudah raya 3.

Ada di Batu Enam sekarang.

Kelmarin bertolak dari K.L jam 10.38pg ke Terengganu. Sampai ke Batu Enam jam 5.00ptg. 6 jam setengah naik kereta. Sampai sahaja ke Batu Enam, terus ke Kubang Jela, rumah sepupu isteri hamba. Abang Doh namanya. Tapi dianya perempuan, bukan laki, hamba pun tidak faham nape jadi gitu.

Sebelum itu, hari Jumaat, puasa 28, hamba sekeluarga balik bandar ke Bukit Damansara, balik raya. Lebih kurang jam 3.30 petang. Tuang sikit keje. he, he. Keje pun bukan buat apa, dok menung. Semua orang sudah mood raya. Hamba sudah beri 'arahan' pada teknisian, sape-sape hendak balik awal, lepas solat jumaat, nak balik, balik le..

Malam raya, buat tabir dari rumah ke rumah. Kumpulan dipisahkan 4 kumpulan. Hamba dengan ayah pergi ke kumpulan yang didalamnya ada rumah ayah hamba. Kumpulan setiabistari namanya. Tahun ini, kumpulan ini ada 6 buah rumah sahaja. Tidak ramai. Tak tahu apa sebab. Rumah ayah hamba nombor ke 5 takbir.

(Nampak belakang tu. Dia tu la Khairy. Jiran hamba. Tapi dia tak kenal hamba, jika kenal, mungkin dia dah masuk PAS)

Yang menariknya, rumah ke 4, takbir ke rumah Dato Rahmah. Dato Rahmah itu perempuan, bukan laki, nape dipanggil Dato, hamba pun tidak faham. Kenal tidak muslimat ini? Dia ini ibu kepada Khairy, Khairy Jamaludin, isteri kepada Allahyarham Jamaludin. Ibu kepada Ketua Pemuda Umno tu. Iya,.... Khairy adalah jiran hamba, dan beliau adalah sebaya dengan hamba. Dapatlah salam dengan dia.



(Ni,kain tutup meja dari Bahrain nih.....)

(Comel tu )


(Mereka yang hadir takbir raya. Ada Mat Saleh dari US tu....)

(Dalam ini ada orang Kazastan le pulak. Dasyat orang Bukit Damansara nih..)

Raya pertama, seperti biasa, minta ampun dengan ibu dan ayah. Hendak lihat lelaki macho menangis, masa inilah dia. Menangis macam budak 2 tahun. Ye lah, banyak dosa dengan ibu ayah.

Lepas itu solat raya. Lepas itu, nyambut orang datang rumah raya. Lepas itu, kita pula pergi beraya. Lepas itu,.... tidur. Letih wei....

Hari ini, hamba depan lap top ini buat blog di batu enam. Selasa. Tengah hari ini ada orang datang hendak bertunang dengan hamba. Eh, silap, dengan adik ipar hamba. Hamba hendak mandi kejap. Yap,hamba depan lap top ini dengan badan yang busuk, tidak mandi lagi. Isy..... busuk,.... busuk....

0 ulasan: