BILA KEMATIAN MEMBUATKAN SAYA BERFIKIR.

Hari ini saya ingin bercerita berkenaan zaman sekarang. Zaman sekarang yang melanda Malaysia. Zaman sekarang yang melanda Malaysia dari kaca mata hamba.

Setelah penat ke Ipoh Perak semalam, bukan ke Petaling Jaya, kerana menguruskan kematian sepupu saya. yang baru berusia awal 50-an, akal saya tiba-tiba berfikir berkenaan dengan kematian. Kematian, yang memang semua manusia akan melaluinya.

Pada hari Jumaat lepas, pemikiran saya asyik berfikirkan berkenaan 505. Bagaimana hendak ke sana. Pada pukul berapa harus bertolak. Hendak menaiki kereta atau pengangkutan awam. Dengan siapa hendak pergi. Namun, perancangan-perancangan yang terperinci, semuanya hilang, disebabkan dengan kematian.

Bukan saya yang meninggal dunia, tetapi sepupu saya yang meninggal dunia. Dengan terjadinya kematian, semua yang dirancang, menjadi tergendala.

Terkejut besar. Itulah perasaan saya, apabila mendengar tentang kematian sepupu saya di Hospital Slim River pada jam 11 malam. Jumaat malam Sabtu. Akibat dari sakit jantung. Umur belum mancapai 55. Anaknya ada 6 orang kesemuanya. Baru bercadang pada hari Ahad, untuk pergi ke Melaka bagi tujuan menghantar anak bongsu masuk Matrikulasi dan kemudian merisik anak lelaki kedua ke rumah perempuan bakal pengantin. Sepupu saya seorang muslimat.

Semasa liang lahad sedang dikambuskan, saya terfikir, apakah kehidupan saya selama ini, segala perbuatan saya selama ini, adalah untuk apa? Adakah untuk membangga diri? Mengharapkan sesuatu ganjaran dunia? Mengharapkan pujian manusia terhadap tindakan sesuatu yang dibuat?

Apabila difikirkan, memang benar, majoriti yang saya lakukan dalam kehidupan,amat sedikit kerana Allah SWT. Walaupun secara zahirnya, perbuatan saya itu menjurus kepada kebaikan kepada Islam, tetapi, ianya hanya sekuman yang berbentuk ikhlas, betul-betul kerana Allah SWT.

Saya pasrah. Saya benar-benar dalam situasi yang takut. Takut. Takut jika yang mati semalam, adalah saya, bukan sepupu saya. Adakah saya, jika didalam liang lahad nanti, segala amalan perbuatan saya akan diterima sebagai ganjaran pahala, atau saya tidak punyai apa-apa. Kosong, bankrup, sifar. Malah negatif.

Adakah saya akan hidup senang didalam kubur. Atau saya akan diseksa didalam kubur sehingga kiamat? Adakah amalan saya ini, diterima Allah, atau amalan saya ini sebenarnya, hanyalah kosmetik untuk mendapat nama, pujian dan kepuasan duniawi, tanpa ada apa-apa kaitan dengan akhirat?

Saya pasrah.....

Oleh itu, apa pula kaitannya pasrah saya berkenaan amalan saya ini dengan zaman sekarang? Kerana apa saya memulakan karangan saya ini dengan penceritaan saya berkenaan dengan cerita zaman sekarang di Malaysia?

Jawapannya mudah. Saya sebenarnya, sedang melihat, kerana tujuan apakah rakyat di Malaysia ini sedang berkecoh-kecoh dengan perkembangan pemerintahan di tanah air. Ada yang aktif menentang kerajaan. Ada yang aktif menyokong kerajaan. Ada yang membangkang. Ada yang tidak kisah. Ada yang lalang. Ada yang mengambil kesempatan. Ada yang menghina. Ada yang mencerca. Ada yang menipu. Ada yang berbohong. Ada yang mengfitnah. Ada yang mengandu domba. Ada yang batu api.

Semua ini untuk apa? Untuk apa mereka-mereka ini bersusah payah dengan perbuatan masing-masing. Adakah perbuatan mereka itu, ada sekuman ikhlas kerana Allah SWT?

Namun, adakah bersusah payah untuk memartabatkan demokrasi itu ada kaitan dengan Islam?.....

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Memang kita dikehendaki memilih pemimpin yang baik.pemimpin yang ingin menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar.Sudah tentulah pemimpin yg boleh menyelamatkan kita di dunia dan akhirat.Salah memilih pemimpin kita akan merana di akhirat nanti.Kalau di dunia kita tidak pernah menyokong, berjuang bersama imam( pemimpin) dan sampai satu peringkat di akhirat nanti kita akan ditanya adakah kita pernah makan bersama dengan imam / tok-tok guru.Mungkin di dunia dulu kita benci dan tak pernah ikut kuliah subuh, kuliah maghrib atau kuliah sebelum solat Jumaat tapi pernah makan bersama imam/tok guru secara tak sengaja dalam sesuatu majlis dan kerana itu kita mendapat sedikit keredhaan dari Allah di akhirat nanti.Ingat......ULAMAK adalah pewaris nabi.Jadi jangan hina ulamak tanpa ilmu di dada......menyesal nanti.Menyesal di dunia tak apa.Tapi..... Menyesal di akhirat, dah tak berguna lagi. MAS kdas ipoh.

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?