Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2013

TOLONG JANGAN BACA JIKA BENCI UG..

Membaca, menambahkan ilmu, oleh itu, meh baca artikel dibawah ini. Sungguh memeningkan..... Pertemuan Gelap DSAI-NAJIB: Anwar dan Pro-Anwar Gilakan Kuasa Pertemuan Gelap DSAI-NAJIB: Anwar dan Pro-Anwar Gilakan Kuasa Penulis: Abu Ammar Gila jawatan... Perkataan ini adalah paling sesuai untuk menggambarkan sikap terlalu obses Ketua Umum PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI). PRU-13 adalah pertempuran all-out DSAI bagi mencapai cita-cita tinggi beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-enam. Begitu juga para pengikutnya dalam PKR, sangat teruja dengan gelombang politik DSAI dan berharap mendapat tempat dalam kerajaan baru yang bakal dibentuk. Tidak ketinggalan bagi para pengikutnya dalam gelap dari kalangan pemimpin-pemimpin PAS yang pro beliau menanti-nantikan jawatan penting dalam kabinet DSAI yang bakal dibentuk. Tidak hairanlah pertemuan demi pertemuan antara DSAI dan Dato' Seri Najib Tun Razak (NAJIB) dirancang dalam gelap. DSAI yang begitu yakin kemenanga...

APA NAK JADI PAS NI?

Imej
Cer baca yang ni pula. Sebagai pencerahan minda...... Shamsul Iskandar dan Khalid Samad, berani kritik Anwar Ibrahim? Membaca kenyataan Ketua AMK Saudara Shamsul Iskandar Mat Akin ketika ucapan dasar beliau di Kongres PKR kali ke-9 di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang di sokong oleh YB Khalid Samad, saya merasa agak pelik bilamana shamsul menghentam Presiden PAS dengan penuh lantang dan disokong penuh oleh YB Khalid Samad. Shamsul yang terkenal sebagai seorang pemimpin pemuda yang kurang “umph” kerana jarang dilihat kelibat dalam dunia politik arus perdana tiba tiba muncul menyerang Presiden PAS. Saya menjangkakan bahawa ini adalah kerana title Yang Berhormat yang baru diperolehi beliau. Saya ingin membawa para pembaca menilai hujah beliau yang sememangnya tidak masuk akal dan menjadi punca kemarahan Ahli dan Pimpinan PAS (Kecuali YB Khalid Samad yang menyokong Shamsul). Pertama beliau mencela tindakan mencerca calon parti rakan tanpa membaw...

CER BACA.... APASAL PAS NI?

Cer baca sikit kat bawah ni wahai Khalid Shah Alam, aku pasti hang sudah tahu. Tapi perangai hang memang jahat. CER BACA...APASAL PAS NI??? Saya sangat kesal apabila Syamsul Iskandar menunding jari menyalahkan presiden PAS di atas kekalahan beberapa kerusi bertindan di dalam PRU 13. Sepatutnya perkara ini diselesaikan dengan post-mortem dalaman bukannya tunjuk hero di dalam persidangan dan dikhalayak. Saya hairan, kenapa isu Kota Damansara dijadikan antara alasan untuk menghentam TG Presiden PAS sedangkan di Jelapang dan di Semenyih berlaku perkara yang sama disalahkan kepimpinan PKR atau DAP kerana meletakkan calon lawan PSM dan seterusnya kalah di dalam PRU 13? Kenapa PKR tidak serahkan terus kerusi tersebut kepada PSM bertanding menggunakan lambang 'penumbuk'nya supaya undi bersatu?   Berbalik kepada isu DUN Kota Damansara, di samping sebab-sebab yang banyak, di antara sebab berlaku pertindihan kerusi ialah disebabkan kegagalan PKR menyelesaikan isu kerus...

ADA AHLI PAS YG BODO POLITIK JUGA YA..

Apabila, pemikiran kita telah dizombikan untuk menerima arahan membabi buta, maka akan terjadilah satu kumpulan yang membuat perkara yang tidak menggunakan kepala otak masing-masing. Akan berlaku juga dimana, kumpulan itu akan senang dicucuk hidung, digunapakai oleh sekumpulan yang lain, yang menggunakan kumpulan yang membabi buta itu, untuk kepentingan mereka. Ramai orang kata, politik ini kotor. Dan memang, politik ini kotor. Kerana apabila dalam konteks dunia sekarang ini, apabila berkata tentang politik, maka ianya berkisar kepada politik demokrasi. Seluruh dunia yang mengamalkan demokrasi untuk memilih pemimpin, politiknya adalah kotor, licik, penuh penipuan, tkam belakang dan mengadu domba. Maka, apabila sebuah jemaah Islam, menjerumuskan diri mereka ke dalam amalan demokrasi untuk mendapatkan kuasa pemerintahan, maka jemaah itu 'terpaksa' menempuhi politik yang kotor itu. Dalam politik, mana ada istilah kawan itu selama-lamanya kawan, musuh itu selama-lamanya musuh...

BILA KEMATIAN MEMBUATKAN SAYA BERFIKIR.

Hari ini saya ingin bercerita berkenaan zaman sekarang. Zaman sekarang yang melanda Malaysia. Zaman sekarang yang melanda Malaysia dari kaca mata hamba. Setelah penat ke Ipoh Perak semalam, bukan ke Petaling Jaya, kerana menguruskan kematian sepupu saya. yang baru berusia awal 50-an, akal saya tiba-tiba berfikir berkenaan dengan kematian. Kematian, yang memang semua manusia akan melaluinya. Pada hari Jumaat lepas, pemikiran saya asyik berfikirkan berkenaan 505. Bagaimana hendak ke sana. Pada pukul berapa harus bertolak. Hendak menaiki kereta atau pengangkutan awam. Dengan siapa hendak pergi. Namun, perancangan-perancangan yang terperinci, semuanya hilang, disebabkan dengan kematian. Bukan saya yang meninggal dunia, tetapi sepupu saya yang meninggal dunia. Dengan terjadinya kematian, semua yang dirancang, menjadi tergendala. Terkejut besar. Itulah perasaan saya, apabila mendengar tentang kematian sepupu saya di Hospital Slim River pada jam 11 malam. Jumaat malam Sabtu. Akibat da...

DULU IDOLAKU MAX CAVALERA (SEPULTURA); SKRG TOK GURU HADI (PAS)

Imej
Saya saje layan blog sendiri untuk artikel yang lama-lama,.. kemudian terjumpa yang ini. Oleh sebab ianya terlalu menjiwai diri saya, maka saya perturunkan semula kepada gejuis yang menyokong blog cap ayam saya ini,.. sila layaaannnnn...... DULU IDOLAKU MAX CAVALERA (SEPULTURA); SKRG TOK GURU HADI (PAS). Dalam blog, hamba gunakan 'hamba' sebagai kata rujuk diri hamba. Dekat luar, jika bercakap dengan kawan, hamba guna 'aku'. Di pejabat, hamba guna 'saya'. Dengan isteri, guna 'abang', dengan keluarga sendiri, guna nama samaran, dengan ipar duai, guna 'Di'. Cumanya, ada satu ungkapan yang sudah lama hamba tidak gunakan, iaitu 'gua'. 'Gua ada seposen je, macamna nak pegi pat peng?', ungkapan ganti nama saya masa sekolah menengah. Jiwa remaja dahulu, masa sekolah menengah, jiwa hamba jiwa berat. Jiwa thrash metal. Rock-rock tak main. Rock-rock dulu masa akhir 80-an, hanya untuk mat-mat jiwang. Mat Isabella, itu tak m...

AKIBAT GOPOH DAN TIDAK SABAR..

Imej
Akibat tidak sabar, gopoh dan mungkin tak redho, inilah akibatnya...... Salah tuduh, MP pembangkang disiasat polis 3:33PM Mei 23 2013   Anggota Parlimen Serdang daripada DAP Ong Kian Ming disiasat polis berhubung ekoran kesilapan menuduh seorang pemilih berdaftar sebagai warga asing yang cuba mengundi semasa pilihan raya umum 5 Mei lalu. Pegawai polis daripada Bukit Aman menghabiskan kira-kira sejam merakam percakapannya di pejabatnya di Seri Kembangan, Selangor pada Selasa. "Beliau memberitahu siasatan berdasarkan laporan media yang disiarkan sehari sebelum ini (Isnin) di The Star . Saya sedang disiasat bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan," kata Ong ketika dihubungi hari ini. Ketika ditanya sama ada individu terlibat memfailkan laporan terhadapnya, Ong ( kiri ) berkata laporan dibuat oleh pihak polis sendiri. Lelaki keturunan India dengan nama Cina Chua Lai Fatt sebelum ini dituduh sebagai pengundi asing. Ong dilaporkan mengetengahkan nama Chua yang merup...

BEKAS HAKIM INI SEBENARNYA IDEA BELIAU MEMANG BAGUS.

Setelah membaca episod kedua dari MalaysiaKini berkenaan kenyataan oleh bekas Hakim, Datuk Mohd Noor Abdullah, maka saya berpendapat, apa yang diperkatakan oleh beliau itu, ada betulnya. Kepada sesiapa yang belum baca episod dua, sila ke sini; 'Isytiharkan tanah rizab Melayu di bandar' Pada episod pertama, daripada 3 isian yang beliau nyatakan, saya setuju 2. Satu isian yang mengatakan Cina khianat Melayu, itu saya tidak boleh terima. Tetapi, isian yang keempat ini, berkenaan cadangan beliau untuk merizabkan tanah untuk orang Melayu di bandar, di kawasan petanian, di kawasan pelancongan, itu memang saya bersetuju. Cadangan beliau untuk mengukuhkan ekonomi orang Melayu juga adalah satu langkah yang bernas dan masuk akal. Lebih-lebih lagi, cadangan beliau untuk meramaikan umat Islam di bumi Malaysia ini, lagi elok kita fikirkan. Kesimpulan yang dapat saya simpulkan dari yang kusut sebelum ini adalah, bekas hakim ini sebenarnya adalah seorang manusia yang sungguh mengambil...

SEKOLAH JENIS CINA PATUT DIHAPUSKAN.

"Pengkhianatan Orang Cina itu benar". Puih. Dasyat betul tajuk berita dari akhbar internet, MalaysiaKini. Memang dasyat yang melampau. Ada sesiapa yang sudah baca berita itu? Jika sudah, bagus, anda semua dibenarkan untuk terus membaca artikel saya ini. Jika belum, tolong baca dahulu, kerana jika anda semua hendak faham apa yang hendak saya tulis, anda perlu membaca dahulu entri ini; 'Pengkhianatan orang Cina itu benar' Saya sebenarnya, tidak mengenali langsung bekas hakim yang bernama Mohd Noor Abdullah ini. Saya tidak kenal dia. Adakah dia hakim yang baik? Adakah beliau hakim yang adil? Adakah beliau seorang yang nasionalis? Adakah beliau seorang yang Islamis? Itu saya tidak tahu. Tetapi, dengan pembacaan dari artikel dari MalaysiaKini itu, saya dapat anggapkan bahawa beliau seorang nasionalis Melayu. Seorang yang assobiyah. Ada 3 isi penting yang hendak diutarakan oleh beliau dalam teks ucapan yang telah direkodkan oleh MalaysiaKini yang telah dipisahkan kepa...

PRU13, BETUL KE PR KALAH SEBAB KENA TIPU?

Ada kawan saya bertanya, bagaimana caranya bn menipu dalam pilihanraya. Saya kata, bn tipu pilihanraya, bukan dengan cara black out, atau tambahan peti undi. Ianya adalah tidak boleh. Dan jika boleh, ternyata mereka yang bekerja untuk urusan PRU bagi Pakatan Rakyat seperti seorang bodoh tunggul kayu yang mangkuk hayun. Bn tidak menipu dengan menambahkan peti undi. Memang bukan begitu cara mereka menipu. Benda yang paling asas bn boleh menipu adalah dengan menipu borang 14, borang 13 dan sampul 7. Ianya penipuan yang SAH disisi undang-undang pilihanraya. Penipuan yang lain pula, atau penipuan yang terpenting adalah penipuan undi awal. Atau lebih tepatnya, undi pos. Percayalah, undi pos yang terkandung didalam peti undi yang disimpan dalam sarung kuning selama 5 hari sebelum pilihanraya, adalah bukan genuine dari apa yang telah dipangkah semasa proses undian awal itu. Proses undian awal mungkin betul, kerana ada wakil calon dari PR yang memantau, tetapi proses menyimpan peti undi i...

PRU13; PR KALAH SEBAB MELAYU LAA. TAKKAN TAK NGAKU LAGI..

2 hari sudah saya melayari internet setelah sudah 2 minggu saya tidak dapat berkesempatan berbuat demikian. Apa yang saya baca, kebanyakannya adalah berkisar cerita selepas PRU13. Ramai yang bercerita berkenaan peristiwa-peristiwa yang telah berlaku pada PRU13 dahulu. Dan banyak juga cerita berkenaan dengan cerita bahawa sebenarnya PR sudah menang dalam PRU13 dahulu. Saya adalah salah seorang manusia, sebelum PRU13 dahulu, telah terpahat didalam hati, bahawa PR akan kalah teruk di Malaysia. Bukan kerana PR tidak dapat sokongan, tetapi kerana penipuan yang melampau dari SPR. Saya beranggapan bahawa, Kedah akan kalah, kerana Mahathir hendakkan sangat Kedah, maka penipuan akan tertumpu disitu. Pulau Pinang akan kekal dalam PR, kerana majoriti Cina berada di Pulau Pinang. Kelantan status quo. Perak PR menang. Terengganu PR menang. Selangor PR akan kalah. Negeri Sembilan status quo. Maka yang betul dalam anggapan saya adalah, Kedah jatuh, Penang dan Kelantan kekal. Itu sahaja yang bet...

AIR MATA DI WAD ICU

Imej
Baca dan semailah didalam hati....... .................... Catatan sebelum ini mengundang banyak persepsi, barangkali juga kali ini. Catatan ini ringkas, namun penuh makna bagi pemilik hati yang masih punya nilai keinsanan, apatah lagi nurani yang memahami tasawwur 'amal Islami, menghayati konsep, sistem, rukun dan adab berjemaah dalam sebuah Harakah Islamiyyah. Pagi tadi, Dr Syamsuri, Setiausaha Politik Presiden PAS menghubungi aku memaklumkan Presiden akan datang menziarahi Ustaz Azizan petang nanti, jam 3.30.  Hati dan perasaan segera lega dan gembira. Presiden PAS yang dikasihi itu, dalam waktunya yang sangat terbatas, akan meluangkan masa sekali lagi, membuat perjalanan jauh, menziarahi sahabat seperjuangan yang sedang mengalami saat-saat sukar dalam hidupnya. Aku menyambut TGHH di kereta dan membawanya ke wad. Dia segak berjubah hitam berbutang hingga ke bawah, berserban seperti selalu. Wajahnya berseri walaupun nampak penat dengan kesibukannya. Pak...

NANTI SABTU, BARU NAK BAYAR HUTANG.

10 hari tidak bergejuis. Sibuk dengan kursus. Kursus yang berlansung selama 6 hari. Kursus yang dinamakan kursus API 510. Kepada sesiapa pepuak yang kerja di oil and gas, tahulah apa maksud dengan API510 tu. Atau ASME VIII Div 1 ke. Diorang mesti tahu punya. Itulah kursus yang saya sudah ambil. Melengkapkan 40 jam wajib yang perlu ada untuk menjadi inspektor kepada PV yang hendak dibuat inspection. Habis cerita politik di tanah air telah dibutakan oleh kursus itu. Pengumuman barisan kabinet kerajaan 48% pun saya tidak tahu. Hanya tahu dari mulut kawan-kawan yang ada smart phone. Bukannya sebab saya tiada smart phone. Tetapi masalahnya, smart phone saya rosak. Dan masih dalam warranty. Lambat le nak siap dibaiki..... Apa-apa pun, hari ini, baru saya buka pc. Dekat ruamh tidak boleh layar internet. 2 bulan sangkut bayar broadband. Nanti Sabtu, baru nak settlekan. ye laaa,..... Baru masuk gaji......

MB SELANGOR; AZMIN ALI, NKO DIAM JE LAAA.....

Saya rasa pelik tengok Azmin Ali nih. Tah apa-apa lah yang dia melalut dengan bos dia? Sejak bila pula Tan Sri Khalid Ibrahim ini anak beranak dengan Wan Azizah dan Anwar Ibrahim bersama anak mereka Nurul Izzah? Tak tahu pula saya Tan Sri Khalid ini ada satu keturunan dengan Wan Azizah. Apalah kamu ni Azmin. Kot ye pun nak kritik Wan Azizah mengamalkan nepotisme, buatlah contoh yang betul sikit. Cakaplah yang Presiden ke, Penasihat ke, Naib Presiden PKR ke itu adalah dari anak beranak yang sama. Barulah betul. Ini tidak. Dia cakap nepotisme ada sangkutpaut dengan perlantikan MB Selangor pula. Pening,..pening.. Memang macam cap ayam. Seperti jugalah dengan cap ayamnya blogger celaka The Sniper dan Cipan++ yang menuduh PAS Perak kalah sebab UG. Kah! Kah! Kah! Alhamdulillah Ustaz Idris Ahmad menang. Kalau tak, habis depa kata memang sah sebab UG, PAS kalah di Perak. Siap membanggakan diri sendiri pula tu, kata 'itulah, tak ikut nasihat saya'. Ek eleee,.. macam cap ayam blogger...

UG; UMNO DAN DAP.

Fakaq!! Lu nak kata apa lagu ni? ; Kit Siang: DAP terbuka kepada cadangan mengenai perwakilan Cina dalam kerajaan 9 Mei 2013 Lim Kit Siang KUALA LUMPUR - DAP terbuka kepada syor dan cadangan mengenai keperluan perwakilan Cina dalam kerajaan dan akan memberi respons kepada perkara itu kemudian, kata penasihatnya Lim Kit Siang hari ini. "Kelihatannya terdapat banyak syor dan pendapat baharu. Ini merupakan masa untuk meneliti cadangan dan syor itu, dan kami akan memberikan reaksi sewajarnya. "Kami (akan) beri masa kepada mereka untuk mengemukakan semua cadangan," katanya pada sidang akhbar di sini semasa diminta mengulas gesaan agar DAP menyertai Barisan Nasional (BN) untuk memastikan ada perwakilan Cina dalam kerajaan. Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin semalam berkata langkah itu pasti sukar diterima oleh DAP dan BN serta penyokong masing-masing tetapi perlu dilakukan demi keharmonian dan kestabilan politik negara. ...

MSO, GFA DAN UG TU SAMA LAAAA......

Ada sesiapa yang sudah baca artikel terbaru MSO. Jika belum baca, silalah baca artikel bertajuk GFA Sekadar cakap Di Meja Kopi . Kadang-kadang, saya rasa, MSO ini pandai, rupanya tidak berapa pandai juga. Takut-takut, nanti-nanti, ada orang kata MSO ini dah di UG kan. Naya. Apa-apa pun, kerana beliau seorang yang tua, maka beliau telah mula-mula spin cerita seperti dibawah; "Kerajaan untuk semua ialah kerajaan yang menggabungkan semua entiti parti besar yang ada dalam negara ini. Dalam konteks politik dan hakikatnya menggabungkan BN dengan Pakatan Rakyat. Konsep ini tentu lebih luas lagi dari konsep yang cuba digagaskan oleh segelintir bekas pemimpin  PAS semasa era Abdulah Ahmad Badawi dulu iaitu mewujudkan kerjasama di antara Umno dengan PAS atas nama Kerajaan Perpaduan - Unity Government." Memang cap ayam punya jari jemari MSO yang tekan key board. Memang jelas-jelas hendak buat tahi pada Ayah Chik yang mengatakan UG tu nak bergabung dengan umno. Tolonglah, be...

MB SELANGOR; DAH TAU TU, TOLONGLAH MOHON MAAF PADA PAS!!

Jika saya jadi RPK, saya akan kata, 'I told you so.' Tetapi memandangkan saya ini bukan RPK, malah hanya gejuis cap ayam, maka apa yang akan saya kata ialah, 'kan ke aku dah cakap'. Isunya senang. Siapa hendak dilantik sebagai MB Selangor. Senang. Tetapi, hendak melaksanakannya, memang main payah. Cuba baca ini, tentang pengetahuan saya tentang masalah hendak melantik MB Selangor ini; MB SELANGOR; PADAN MUKA AZMIN KALAH DI KOTA DAMANSARA! Saya berkata didalam artikel itu, kerana saya nampak, ramai orang tidak nampak apa yang sebenarnya masalah dengan permasalahan melantik MB Selangor ini sebenarnya. Blogger celaka, sengaja mahu menunjukkan kepada para gejuis, masalah yang timbul di Selangor, adalah masalah PAS yang hendak memegang jawatan MB Selangor. Itu yang mereka fitnahkan. Yang lebih teruknya, blogger PKR dengan selamba ambil kenyataan dari Faqar yang memang jelas blogger paling celaka dalam dunia sebagai sumber fitnahnya. (Baca ini dan ini ) Bodoh ju...

PASCA PRU13; HUSAM ADALAH CALON PM BAGI PAS.

Imej
Baca ni; (Dari TKOOffline) Saya tak ambil 'endah' sangat pasal perlantikan MB baru serta barisan exconya. Pasal Husam pun saya tak pusing, hanya saya berpendapat Husam adalah calon PM bagi PAS, jika bukan Anwar Ibrahim sebab, kalau kita kenal rapat dengan "Ayah Chik" dia tak minat kepada perkara ini. Jawapan seleroh "Jadi Nelayan" itu sebenar adalah jawapan dari hati nuraninya. Tambah pula kesihatan beliau yang tak beberapa baik sudah banyak tahun. Husam adalah kepimpinan PAS yang ada 'karisma'.. Tak banyak dalam PAS yang ada karisma. Dulu saya berpendapat dia mampu menebusi pengaruh Cg Pa (yang ada krisma juga.. tapi sekarang..). Walaupun saya tak 'suka sangat' kepada Husam kerana ada sedikit 'keegoan' oerganasasi... tapi itu pendapat peribadi. Saya sebenarnya malas nak tulis pasal perkara ini, tapi bila terbaca tulisan Mohd Sayuti Omar, rasa nak tulis juga. (ruj. di sini ) Sayuti ini adalah penulis lama, ...

JIKA KITA BERPEGANG TEGUH DGN ISLAM.....

Sila baca dan hayati.  (KISAH BENAR)....   Kami berbual tidak panjang. Hanya seketika dia menghabiskan catatan dalam buku harian kerjanya, mungkin. Dan saya menunggu giliran untuk masuk melawat ahli keluarga yang sakit.   “Alhamdulillah, sekarang majoriti  jururawat beragama Islam menutup aurat,” kata saya kepada seorang jururawat senior yang duduk berdepan dengan tempat saya menunggu.   “Satu perjalanan panjang. Proses yang berliku-liku, akhirnya Allah izinkan jua kami menutup aurat,” balasnya dengan senyuman.   “Tentu ada kenangan yang manis, “ jolok  saya untuk menghidupkan perbualan.   “Memang ada…. sampai sekarang masih menjadi ingatan, aspirasi dan pembakar semangat saya. Maklumlah, ujian pasti datang bertali arus. Tetapi saya dapat kekuatan setiap kali mengenangkan peristiwa itu.”   Dia pun mula bercerita. Cerita lama. Telah berlaku lebih kurang  30 tahun yang lalu.   “Ketika itu saya masih bert...