PRU13; PR KALAH SEBAB MELAYU LAA. TAKKAN TAK NGAKU LAGI..

2 hari sudah saya melayari internet setelah sudah 2 minggu saya tidak dapat berkesempatan berbuat demikian. Apa yang saya baca, kebanyakannya adalah berkisar cerita selepas PRU13. Ramai yang bercerita berkenaan peristiwa-peristiwa yang telah berlaku pada PRU13 dahulu. Dan banyak juga cerita berkenaan dengan cerita bahawa sebenarnya PR sudah menang dalam PRU13 dahulu.

Saya adalah salah seorang manusia, sebelum PRU13 dahulu, telah terpahat didalam hati, bahawa PR akan kalah teruk di Malaysia. Bukan kerana PR tidak dapat sokongan, tetapi kerana penipuan yang melampau dari SPR.

Saya beranggapan bahawa, Kedah akan kalah, kerana Mahathir hendakkan sangat Kedah, maka penipuan akan tertumpu disitu. Pulau Pinang akan kekal dalam PR, kerana majoriti Cina berada di Pulau Pinang. Kelantan status quo. Perak PR menang. Terengganu PR menang. Selangor PR akan kalah. Negeri Sembilan status quo.

Maka yang betul dalam anggapan saya adalah, Kedah jatuh, Penang dan Kelantan kekal. Itu sahaja yang betul. Yang lain status quo betul. Tetapi ada 3 negeri yang saya telah salah buat pentafsiran. Perak, Selangor dan Terengganu.

Saya mati-mati, ingatkan PR akan berjaya merampas kembali Perak di Perak. Tetapi saya salah. Salah hanya kerana undi India tidak menyebelahi PR. Saya tidak mengharapkan undi Melayu untuk mengundi Pakatan Rakyat. Kerana usaha PR ke arah itu tiada langsung. Malah, kata-kata dari kepimpinan PR adalah menjuruskan agar Melayu tidak mengundi PR (ini saya akan terangkan dalam artikel lain). Tetapi undi India tidak sesolid undi India di Selangor.

Di Selangor pula, saya memang beranggapan bahawa pada 6 Mei, bendera umno akan berkibar di Shah Alam kerana bn berjaya merampas Selangor. Tetapi, tengok-tengok, alhamdulillah, PR dapat majoriti 2/3. Allahuakbar. Saya adalah seorang manusia, yang betul-betul terkejut, selepas kecewa Terengganu kalah 15-17, rupa-rupanya, Selangor PR menang bergaya. Dan saya juga terkejut, PAS telah menang 15 kerusi DUN. Sebelum ini, pihak PAS Selangor mengatakan, dalam kertas, PAS kalah semua kerusi!

Dan yang paling saya kecewa dalam kesilapan saya dalam anggapan keputusan PRU13 adalah, Terengganu PAS tidak dapat merampas dari umno. Kurang 1 kerusi. Jika 16-16, saya yakin, Sultan Terengganu akan menyebelahi PAS sebagai MB Terengganu. Itu memang saya yakin. Tetapi, dengan kehendak Allah SWT, PAS kurang 1 kerusi sahaja untuk membentuk Kerajaan Negeri. Aduhh.....

Mengapa saya yakin sangat Terengganu akan menang. Ini kerana, saya sendiri dengan mata dan pancaindera sendiri, telah melihat perubahan mood rakyat Terengganu, terutama dari tahun 2011 hingga 2013, terutama kepada golongan muda, tsunami senyap sedang bergelora di tanah Terengganu untuk melihat perubahan dalam pemerintahan negeri. Dari Kemaman, sehingga ke Kuala Nerus, saya melihat ianya sedang membuak-buak.

Namun, saya tidak tersangka, di Setiu dan Besut, tsunami itu tidak bermaya disana. Malah ombak-ombak kecil pun tidak kelihatan di kawasan itu. Maka terlepaslah PAS untuk memerintah negeri yang ada banyak minyak, tetapi tidak ada duit.

Apa-apa pun. Apa yang saya nampak sekarang ini. Walaupun pahit untuk kita menelannya. Orang Melayu telah mengundi umno pada PRU13 dahulu. Majoriti orang Melayu, kecuali Kelantan dan Selangor, orang Melayu mengundi umno.

Saya tidak menggunakan ayat bahawa orang Melayu MASIH mengundi umno. Tidak. Saya tidak menulis beitu, kerana, pada 1999, orang Melayu telah menolak umno. Saya hanya mengatakan, pada PRU13, orang Melayu tidak mengundi PR. Hanya 2 negeri yang menampakkan orang Melayu bersama dengan PR. iaitu Kelantan dan Selangor. Walaupun di Kelantan, yang sebenarnya orang Melayu disana mengundi PAS, bukannya PR.

Di Pulau Pinang, orang Melayu juga mengundi umno. Majoriti Melayu mengundi umno. Di Terengganu, 50-50, di Perak, hancur! Yang memenangkan PR di Perak, hanya kerusi majoriti Cina. PAS hanya ada 5 kerusi. Ada menang, ada kalah. Apa-apa pun, memang sah, Melayu tidak mengundi PR pada PRU13.

Kenapa terjadi demikian? Kenapa Melayu tidak mengundi PR? Kenapa Melayu mengundi umno? Jawapannya, adalah kerana, PR semenjak 2008, hanya menjuarai cerita-cerita masalah negara. Hanya menjuarai berkenaan masalah-masalah yang sedang berlaku didalam kawasan bandar dan sub-bandar. Tidak langsung ada bercerita berkenaan apa yang orang Melayu hendakkan secara keseluruhannya. Tidak langsung menjuarai berkenaan apa-apa kes yang berkaitan dengan Melayu. Apa yang mereka tumpukan adalah apa kes-kes keMalaysiaan. Itulah kesilapannya. Kesilapan yang besar, yang tidak sepatutnya berlaku.....

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
kenapa bodoh SANGAT nak bawak certa BUKAN BUKAN.SPR NI EPNIPU DAN TALI BARUT UMNO/BN FAHAM TAK,TONGONG?JADI MASA DIA UMUM TU YANG MENANG JADI KALAH YANG KALAH JADI MENANG.YANG LAIN LAIN BUAT CERTA AJE AGAR BOLEH MASUK TV UNTUK TATAPAN UMUM.JAM 3 PETANG SB DAH BAGI TAU BRAPA PERAK MENANG BRAPA PERAK KALAH.RO SPR ORANG YANG PALING JAHAT DAN PALING BESAR BERDOSA.
TheSniper berkata…
Salam.

PR menang di Selangor kerana roh Pakatan Rakyat benar2 kuat. Kekuatan ini tiada di Perak dan Kedah. Jika kekuatan roh Pakatan Rakyat dapat diperkuatkan kembali, Insha Allah, boleh menang lebih banyak negeri. sekian.
ibnmustaffa berkata…
Bang sniper. Utk konteks PAS, Pas Perak boleh belajar dgn JPrN Selangor. Kami dah bekerja semenjak 2008.

Takde kena mengena dgn UG ye.. he, he, tapi ianya berlaku semasa Hassan Ali jadi pesuruhjaya.

Itu je la saya nak kreditkan kpd bekas bos PAS Selangor tu. Strategi dia pandai juga. Namun yg penting, perlaksanaan dari orang bawah tu yg penting.

Tapi skrg,bekas bos tu.... kesiannn.

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?