STANDARD KE JADAHNYA?

Semalam Jumaat, hari ini Sabtu, esok Ahad. Kenapa namanya Jumaat, Sabtu, Ahad, bukannya Isnin, Selasa dan Rabu? Kenapa? Sebabnya ianya telah dipiawaikan begitu diseluruh dunia. Hamba masih belum lagi berjumpa sebuah negara yang tidak mengikut hari yang mengikut piawai antarabangsa ini. Mana ada negara yang mengatakan hari dia adalah hari Rabu sedangkan dunia kelilingnya yang siang adalah hari Sabtu. Mana ada?

Seluruh dunia kata hari itu adalah hari Sabtu. Ikut sahajalah. Kenapa pula hendak ikut? Sebab ianya adalah piawai antarabangsa. O.k, ikut piawai antarabangsa, tetapi, jika kami tak mau ikut, ada menyusahkan dunia lain ka?

Apa kejadahnya piawai itu? Atau dalam bahasa jawanya, standard. Jika Amerika, depa guna ASTM, jika Jepun, depa guna JIS, jika British, depa guna BS, jika Malaysia, depa guna semua, walau ada standard sendiri, MS.

Kenapa manusia ini terhegeh-hegeh hendak ada piawai sendiri dalam negara masing-masing? Kenapa taksub sangat dengan piawai ini? Jika tidak ikut piawai, apa masalahnya? Ada menyusahkan orang ramai ke? Ada memporak perandakan masyarakat ke? Apa kes sebenarnya?

Mari kita ambil satu contoh. Pembuatan part kereta. Kita ambil lower arm. Misal contoh, piawai JIS kata lower arm mesti guna piawai JIS menggunakan bahan FCD450, Ductile Cast Iron 450, tensile strength minima 450 N/m2. Elongation 3%. Graphite roundness 70% atau lebih. Maka kita yang tukang buat barang lower arm tu, main tibai guna besi scrap. Pakai campur sahaja besi-besi buruk lama. Asal nampak bentuk, asal nampak cantik. Kemudian kita jual dan orang guna produk kita.Ramai orang beli, sebab murah.

Esok lusa, ingat kereta yang guna produk kita yang murah itu akan kekal lama atas jalanraya ke? Ingat tidak ada yang mati ke sebab lower arm patah habis stereng kereta tidak boleh kawal tayar. Ingat tidak ada manusia yang jadi arwah ke sebab eksiden maut di jalanraya sebab kegagalan lower arm yang tidak berfungsi.

Kalau kereta tak pa lagi, jika mati pun, takat paling banyak 5 orang arwah sekali gus.Tetapi, jika bas, sarat dengan penumpang pula tu, mahu sampai 50 manusia jadi arwah sebab eksiden berpunca dari lower arm patah. Memang naya.

Namun, jangan takut. Sebab, dekat Malaysia ini, jika bas eksiden, yang salah adalah pemandu bas. Yang salah sebab bas dibawa laju. Yang salah, sebab hujan. Jalan licin takung air. Depa tidak siasat benda-benda seperti lower arm. Pasal apa tidak siasat? Hendak siasat buat apa, jika siasat pun, bukan boleh buat duit. Malaysia kan kapitalis.

Maka, sesiapa yang hendak buat lower arm tanpa paiwai, dipersilakanlah, sebab jika apa-apa hal, yang salah tetap pemandu bas yang gajinya seciput sahaja. Kita, warga korporat, tetap akan kaya dan bergaya walau barang yang kita keluar tidak ikut piawai.

Inilah dia jika sesuatu perkara, tidak ikut piawai. Lower arm tiada piawai. Yang menjual lower arm dikedai-kedai jual alat ganti kereta tiada piawai pembelian. Yang tukang pasang lower arm pada kenderaan tiada piawai. Yang menyiasat kenderaan eksiden tiada piawai. Maka, celaru carca marba hidup masyarakat.

Yang mati, mati katak. Yang tanggungjawab atas kematian, kaya raya.

Serupa itu jugalah dengan kehidupan. Jika kehidupan di dunia ini tiada piawai, tiada standard, maka harubiru jadinya manusia di muka bumi ini. Hendak bunuh orang, suka hati dia, sebab tiada piawai kehidupan. Hendak rogol orang, suka hati dia, hendak rasuah, suka hati dia, hendak berzina, suka hati dia, hendak menipu, suka hati dia. Hendak sepak terajang makbapak, suka hati dia.

Maka, apa pula namanya piawai untuk kehidupan? JIS ke, MS ke, ASTM ke, apake dianya?

Piawai untuk hidup itu adalah yang selalu kita sebut agama. Agama itu adalah piawai kehidupan. Dan jika agama itu piawai kehidupan, maka agama yang mana satukah yang betul. Sebab di dunia ini ada berbagai-bagai agama. Ada Hindu, ada Kristian, ada Budha, ada Yahudi, ada Taoisme, ada Atheis, ada Majusi. Tetapi perlu ingat, Islam bukan agama. Islam adalah Ad-Deen. Ad-Deen itu bukan takat agama, ad-Deen itu adalah segala lingkup kehidupan yang didalamnya terkandung piawai.

Sebut sahaja tentang Islam, semuanya ada piawai. Agama lain ada sebut secara terperinci bagaimana hendak kencing dan berak? Tiada. Tetapi, Islam ada. Ada sebut terperinci cara bersetubuh suami isteri? Islam ada. Cara bercakap, cara berjalan, cara tidur, cara ketawa. Semua Islam ada piawainya.

Malah cara berpolitik, cara mentadbir, undang-undang, berniaga, perbanking, urusan kewangan, urusan jual beli, urusan pemerintahan, urusan berperang, cara berperang,  nikah kahwin, cerai berai, harta pusaka, makan minum, kencing berak, buat anak, didik anak, semuanya Islam ada dan mempunyai piawai yang lengkap dan terperinci.

Dari mana pula sumber piawai yang diperolehinya untuk membuat piawai. Sudah semsestinya, semuanya dari Rasulullah SAW. Semuanya dari mulut Rasulullah. Apa yang diluahkan Rasulullah, walau dari segi perbuatan, adalah sumber piawai itu. Itulah maha pentingnya Islam. Semua rujukan dari Rasulullah.

Nanti orang akan sebut, 'Eh, Al-Quran itukan datang dari Allah, yang datang dari Rasulullah adalah Hadith.' Memang benar. Namun semua mesti mengetahui, Al-Quran diturunkan kepada manusia melalui mulut siapa? Adakah ianya datang tergolek depan mata? Tidak. Ianya datang dari mulut Rasulullah SAW. Manusia terima direct Al-Quran itu dari Rasulullah. Maka itu, jika ada orang tidak percaya Hadith Nabi, tetapi dia percaya hanya Al-Quran, maka orang itu memang sah gila.

Oleh itu, jika sesiapa yang ingin mengetahui detail yang lengkap tentang piawai kehidupan, maka bertanyalah kepada mereka yang pakar.

Jika tidak tahu, tanyalah pada yang tahu. Jika tidak mengerti, tanyalah pada yang mengerti. Jika tidak pakar, tanyalah pada yang pakar.

Jika hendak tanya piawai yang berkaitan dengan nikah kahwin, jangan tanya hamba, kerana hamba bukan pakar, tetapi jika hendak bertanya tentang piawai lower arm, dipersilakan bertanya.......

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?