Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2011

ANWAR DENDANG LAGU LAMA?: HANG DIAM JE LAH PUAD.

Imej
Hamba baru sahaja terbaca apa yang Puad Zarkashi kata dalam Utusan Online. Boleh baca di sini ( Anwar dendang lagu lama ). Angin tidak bertiup, taufan tidak melanda, tiba-tiba rumah tepi pantai roboh terkena tsunami. Apalah yang didendam oleh Puad dengan Anwar, tidak tahulah hamba. Cap ayam. Anwar kata beliau adalah mangsa konspirasi politik yang menyebabkan ada tuduhan di mahkamah. Serupa cerita lama dahulu, tahun 1998. Disebabkan ceritanya sama dengan konspirasi yang dahulu, maka sudah semestinyalah Anwar akan berkata mengikut dendang lagu lama. Sebab bendanya sama. Oleh itu apa masalahnya Anwar mendendangkan lagu yang lama? Jika puak konspirator sendiri yang membuat skrip sama berulang dua kali, maka yang patut disalahkan adalah para konspirator itulah. Kenapa hendak disalahkan kepada si mangsa? Hamba harap Puad itu duduk diam-diamlah. Seperti terdiamnya beliau apabila Anwar membelasah beliau dalam parlimen berhujah tentang kes kegawatan ekonomi 1997 berkaitan dengan pin...

MERAI KEPELBAGAIAN; SESAT?

Sekarang ini, tanah Melayu sudah mempunyai golongan dimana iktikad kehidupan mereka adalah berdasarkan kepada liberalisme. Apakemendenya liberalisme itu. Sejenis kuih kah? Bukan. Ianya bukan sejenis kuih dan bukan sejenis minuman, tetapi satu jenis pemikiran akal manusia. Apa yang dimaksudkan liberalisme, atau lebih senang kita sebut liberal? Jika hendak tahu, elok korang semua google atau yahoo. Akan dapatlah jawapan yang anda semua carikan. Namun, golongan ini pasti tidak akan mengaku bahawa mereka adalah golongan liberal. Mereka akan kata, golongan yang melabel mereka ini sebagai golongan liberal adalah sifat orang yang tidak boleh menerima atau menolak sesuatu perkara atau pemikiran mereka tanpa hujah. Mereka akan kata bahawa pihak yang melabel mereka sebagai liberal, adalah satu golongan yang akal sempit dan mengambil jalan mudah untuk menafikan pemikiran mereka. Mungkin betul, namun mengapa mereka amat tidak sedap hati apabila mereka ini dilabel liberal? Mungkin tidak yakin...

LUAHAN HATI SEDUIT.

Jika manusia sudah menganggap akalnya terlebih pandai, maka akan ada satu makhluk akan cukup seronok menipu daya manusia itu agar bersikap ego. Kenapa makhluk yang satu ini, cukup berkenan dengan manusia yang mengagongkan akalnya? Sebab makhluk itu sendiri mempunyai sifat yang sama dengan manusia itu. Hanya perlu tambah ego. Maka jadilah mereka sekawan. Jika ego itu telah sebati dengan jiwa, maka apa-apa yang orang lain kata, maka manusia itu akan menganggap kata orang lain itu adalah lebih low class dari beliau. Apabila ada orang komen tentang apa yang difikir oleh beliau, maka manusia itu akan mengherdik dan mengecil-ngecilkan kewibawaan orang yang mengkomen kan itu. Jika ada orang buat lawak dan berjenaka dengan manusia jenis ini juga, maka manusia ini akan membantai orang yang buat lawak itu sehingga lunyai kerana manusia yang ego tidak dapat menerima lawak bodoh. Sehingga tahap yang lebih kronik, apabila ada seorang manusia yang ingin membantu membetulkan manusia yang telah ...

ALKOHOL TU ARAK KA? -2 - BEER HALAL LAH PULAK..

Imej
Setelah kome sekelian mengerti tentang salah tafsirnya umat Islam tentang alkohol, maka janganlah masih menjahilkan diri tentang cerita alkohol ini. Kot ye pun hendak kata haram, katakan arak itulah yang haram, bukan alkohol. Jika tidak puas hati, katakan ethanol yang diproses melalui penapaian yang haram. Bukannya Alkohol. Disebabkan cerita umat Islam yang begitu fobia dengan alkohol ini, maka terwujud satu fenomena dimana yang mengatakan ada beer yang halal. Yang ini memang cap ayam. Memang satu ungkapa yang mengkompemkan, bahawa umat Islam sudah bodoh sungguh dengan istilah-istilah tentang arak ini. Mula-mula, perlu hamba tanya, beer itu, apa ke bendanya? Air kopi ke? Air sirap ke? Kuih lopes ke? Tahu ke umat Islam, beer itu, apa ke bendanya. Jika hendak tahu, beer itu adalah arak dan arak itu adalah beer. Cuma dijawakan sahaja. Janganlah pula ada yang cuba hendak buat penafian, "Eh, sapa kata beer itu arak, mana kome dapat informasi ni?". Yang itu, hamba akan jawab, ...

ALKOHOL ITU ARAK KA?

Imej
Hamba hendak tanya kome semua, yang haram untuk diminum oleh manusia adalah arak atau alkohol? Mana yang haram? Alkohol ke arak? Arak bahasa Melayu bagi khamar bahasa Arab. Maksud khamar pula adalah air minuman yang memabukkan. Apa pula maksud mabuk? Ini ada masalah. Mabuk dalam bahasa Melayu ini ada 2 makna. Orang yang pening-pening sebab naik kereta lalu muntah-muntah, dipanggil mabuk. Orang yang sedang mengandung, yang pening-pening dan muntah-muntah pun dipanggil mabuk. Orang yang betul-betul mabuk sebab minum air todi pun dipanggil mabuk. Jadi, terjadilah kekeliruan makna mabuk. Pening je, dipanggil mabuk, muntah je, dipanggil mabuk, minum arak je, sudah semestinya dipanggil mabuk. Jadi, apa dia mabuk yang diharamkan Allah SWT? Maksud mabuk yang diharamkan Islam adalah apabila akal tidak boleh berfungsi untuk mengawal tubuh badan fizikal. Apabila mental tidak berkuasa terhadap diri, maka itulah mabuk namanya. Maka disini, yang disebut dalam Al-Quran adalah khamar yang dihara...

GURU SEKOLAH MAKIN CELARU

Imej
Baru hamba tahu, cikgu Inggeris di sekolah seluruh Malaysia semuanya tidak pandai mengajar belaka. Manakan tidak, sehingga memaksakan 300 guru import dibawa masuk untuk mengajar bahasa Inggeris di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Apa agaknya reaksi guru bahasa Inggeris. Adakah mereka akan melenting, atau mereka akan menikus, 'kami dengar dan kami patuh'. Namun, yang peliknya, 300 guru yang diimport nanti adalah guru Inggeris dari USA. Masaklah budak-budak. Peninglah guru-guru Inggeris. Loghat Inggeris British akan ditukar kepada loghat Inggeris USA. Haru biru. Itu satu hal, yang menambahkan hal lagi adalah cerita sains dan matematik boleh dipilih, samada dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu. Lagilah masak. Siap Pak Udin beri kebebasan kepada sekolah (aka pengetua/guru besar) untuk memilih, sekolah mereka akan mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu. Hijau bingau lah sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Semenjak TPM memegang tampuk kuasa Men...

LAA,.. JAIS TAK SERBU GEREJA PUN, PUSAT KOMUNITI JA..

Imej
Laa,.. rupa-rupanya, apa yang depa kata JAIS 'serbu' gereja itu, bukannya gereja pun ( baca sini ). Cuma pusat komuniti yang diperolehi oleh puak Kristian Evangelis. Siap ada bukti lagi ada kerja-kerja hendak memurtadkan orang Islam ( baca sini ). Apa cerita pada kawan-kawan Shah Alam dan Kuala Selangor? Mulut sudah terbabas, susah hendak tarik balik. Itulah, hamba sudah kabor, sesiapa yang tidak sayang mulut, akan menunjukkan mulut dia itu penuh dengan tahi. Tahi dengki. Bercakap atas kapasiti tidak puas hati dengan orang, bukannya atas kapasiti kebenaran. Oleh itu, bertaubatlah kepada sesiapa yang sudah silap kata. Satu, MP Shah Alam. Mulut dia yang mula-mula sungguh sombong hendak 'menjatuhkan' Dr. Hassan Ali. Hamba tidak mahu berselindunglah. Memang itu kerja dia sejak depa berdua bergaduh tidak sudah-sudah. Minta maaf orang Shah Alam, jika dia masih bertanding sebagai MP di sana, hamba tidak akan menyokong dia sebagai individu, dan juga atas kapasiti hamba seb...

STANDARD KE JADAHNYA?

Semalam Jumaat, hari ini Sabtu, esok Ahad. Kenapa namanya Jumaat, Sabtu, Ahad, bukannya Isnin, Selasa dan Rabu? Kenapa? Sebabnya ianya telah dipiawaikan begitu diseluruh dunia. Hamba masih belum lagi berjumpa sebuah negara yang tidak mengikut hari yang mengikut piawai antarabangsa ini. Mana ada negara yang mengatakan hari dia adalah hari Rabu sedangkan dunia kelilingnya yang siang adalah hari Sabtu. Mana ada? Seluruh dunia kata hari itu adalah hari Sabtu. Ikut sahajalah. Kenapa pula hendak ikut? Sebab ianya adalah piawai antarabangsa. O.k, ikut piawai antarabangsa, tetapi, jika kami tak mau ikut, ada menyusahkan dunia lain ka? Apa kejadahnya piawai itu? Atau dalam bahasa jawanya, standard. Jika Amerika, depa guna ASTM, jika Jepun, depa guna JIS, jika British, depa guna BS, jika Malaysia, depa guna semua, walau ada standard sendiri, MS. Kenapa manusia ini terhegeh-hegeh hendak ada piawai sendiri dalam negara masing-masing? Kenapa taksub sangat dengan piawai ini? Jika tidak ikut pi...

JIKA SENARAI NAMA DIKEKAL, PR HENDAK MASUK BERTANDING PRU13 JUGA KE?

Imej
Masa dulu kala, bila ada cerita kerajaan perpaduan, depa kutuk PAS Terengganu. Antara cerita paling sensasi, PAS Terengganu hanya perintah sepenggal. Lepas tu, lingkup. Ada pula defend, kalah sebab pilihanraya penipu, tetapi yang menuduh kata balik, depa tak percaya. Dah kalah, kalah la, hendak beri alasan pru menipu pula. Otai penipu. Tiba-tiba, hari ini, bila PAS dedahkan sebiji demi sebiji penipuan, baru korang tahu, memang pru di Malaysia ini penipu. Tipu yang amat dari segi daftar nama. Rakyat Malaysia perlu berterima kasih kepada Idris Jusoh, kerana dialah master mind buat kerja magik ini. Pioneer untuk kerja tipu tahap gaban ini bermula dari tahun 2004, di Terengganu. Dan dialah yang juga master mind nya. Sekarang, Idris Jusoh sudah naik pangkat setakuk lagi, jadi pengarah pilihanraya untuk umno Malaysia. Maka,kerja yang dia pandai itu, dibuat dalam konteks lagi besar, iaitu seluruh Malaysia. Memang 'tuut' punya kerja. Tetapi Alhamdulillah, pemuda PAS pandai bu...

NAK CERITA SIKIT KERJA HAMBA SEHARIAN..

Imej
Sibuk. Bulan ini, hamba sibuk dengan kerja. Ada projek baru masuk. Berkaitan produk oil and gas. Minggu depan, Shell mahu datang ke bengkel tempat kerja hamba. Memang sibuk. Namun, sibuk macam manapun, hamba tetap kerja makan gaji. 11 tahun bekerja, baru dapat menikmati 3 kali bonus. Sekali bonus sebulan gaji, dua kali 1/2 bulan gaji. Hampas. Namun, disebabkan minat tidak terhingga dengan kerjaya hamba ini, maka masih kekal bersama syarikat ini. Bidang faundri. Ada kome semua pernah dengar dengan bidang kerjaya faundri ini? Tidak banyak syarikat Melayu yang berkecimpung dengan bidang ini. 90% milik Cina. Dan oleh kerana ianya dimonopoli Cina, maka supplier untuk bahan mentah dan kegunaan kerja faundri juga adalah bangsa Cina. Maka hamba banyak berurusan dengan orang Cina. Kerja faundri adalah kerja yang berat, kotor dan tidak glamour. Sesiapa yang suka berpakaian kemas, duduk dalam air-cond memanjang, ketip-ketip jari dengan keyboard, tolong jangan mengada-ngada masuk dalam bidan...

MENTALITI RAKYAT MALAYSIA MASIH HULU..

Benda ini sudah lama hamba hendak luahkan. Tetapi disebabkan baru hari ini hamba hendak settelkan bil TNB, baru terasa, harga bil tarif elektrik sudah naik bulan Julai lalu. Selalunya, kegunaan KW pada rumah hamba adalah tidak lebih dari 350KWH. Dan kebiasaan, hamba bayar dalam lingkungan RM75-80 sebulan. Tetapi semenjak bulan Julai, dengan KWH yang sama, hamba perlu bayar dalam lingkungan 100-110 sebulan. Naik sebulan lebih kurang RM30. Banyak tu. Ada kawan bertanya, mengapa tinggi hamba punya penggunaan KWH dalam sebulan. Kawan hamba kata, rumah setingkat seperti rumah hamba, sepatutnya dalam lingkungan 250KWH ke bawah. Amboi, pandai pula kawan hamba menjadi konsultan TNB. Hamba jawab, tiap-tiap malam, hamba akan pasang air-cond. Maklumlah. Panas. Lebih-lebih rumah setingkat. Mesti senang panas punya. Lalu dia berkata, "Patutlah engkau punya bil melambung naik. Tiap-tiap malam pasang air-cond. Lain kali, gunakanlah kipas. Jimat elektrik.". Hamba jawab, "Eh? Kenapa ...

INGATAN PADA YANG LUPA ATAU TIDAK PERNAH TAHU

Kome semua pernah dengar sirah sahabat? Kome semua ada pernah dengar dan membaca tentang sejarah kewafatan Rasulullah SAW? Kome semua tahu tidak berapa ramai sahabat yang memandikan jenazah Rasulullah ketika Rasulullah wafat? Jika tidak tahu, ada 3 orang sahabat sahaja yang memandikan jenazah Rasulullah SAW. Hanya 3. Kenapa 3? Dan siapakah yang 3 orang itu? Mereka adalah Saiyidina Ali r.a, AlFadhal Bin Abbas dan Usamah Bin Zaid r.a. (tapi ada riwayat kata 5 orang, yang penting, tak ramai) Kemana sahabat yang lain? Kemana perginya Saiyidina Abu Bakar, Uthman dan Omar r.a? 3 sahabat yang paling rapat dengan Rasulullah. Mengapa Saiyidina Abu Bakar, yang baru sahaja membuka kain selubung yang menutupi wajah Rasulullah yang baru sahaja wafat, Saiyidina Abu Bakar AsSiddiq berkata dengan penuh terharu: “Demi ayah dan bondaku!Alangkah indahnya hidupmu dan alangkah indahnya matimu!Demi Allah!Sekali-kali tidak akan terkumpul dua kematian atas dirimu.Adapun mati yang tela...

KES JAIS SERBU GEREJA: MP KUALA SELANGORLAH PULA, TOLONGLAH KOME DIAM!!

Hamba tidak tahu, samada betul atau tidak kenyataan yang dibuat oleh Dr. Dzulkefly Ahmad tentang JAIS 'serbu' gereja ( Baca disini ). Namun, oleh kerana masih tiada penafian dari MP Kuala Selangor itu, maka hamba hendak perkatakan kepada beliau, TOLONG DIAM. Tiada sesiapa pun didalam PAS yang menyuruh anda semua (termasuk MP Shah Alam), untuk terhegeh-hegeh membuat kenyataan tentang isu yang cap ayam ini. Hamba tidak tahu, mengapa mereka ini tiba-tiba begitu wahi untuk berkata-kata tentang isu ini? Kamu berdua adalah pemimpin rakyat. Apa yang kamu berdua luahkan, akan ditulis oleh wartawan mengikut selera masing-masing. Maka jika statement yang kita buat berniat baik, tetapi kepada mereka yang membacai statement 'berniat baik' itu akan menjadi lain. Penuh dengan menyokong puak yang menghina Rasulullah! Ketua Penerangan sudah memberi komen tentang isu itu. Tolong hormati Tuan Ibrahim. Beliau telah menyeru, agar jangan buat kerja yang boleh menimbulkan fitnah. Kenap...

UMNO NAK MENANG SGT PRU 13, AMBIK JELAH PRU13 TU, TAPI KAMU AKAN TETAP TUMBANG.

Hamba baru terbaca cerita dari puak umno disini ( PRU-13: UMNO dakwa BN boleh menang besar di Selangor ). Memanglah boleh menang, dah import pengundi Indon dan India ke Malaysia. Kena ingat ye, pengundi Indon dan India, bukan Bangla. umno akan guna orang India asal India untuk mengundi pada PRU 13. Muka macam India Malaysia, tetapi memang sah bukan warga negara. MIC akan menang besar nanti. Tengoklah. Hamba tidak kisah sangat dengan PRU 13 ini. Hamba sebenarnya yakin, bahawa jika berlaku juga PRU 13 ini, akan ada lebih 250,000 pengundi bukan warganegara akan mengundi. Namun, pihak PACA tidak boleh buat apa, sebab mereka telah ada IC biru. BN akan menang besar, tetapi belum tentu memerintah Malaysia lagi. Namun hamba sedikit kecewa dengan piawai operasi puak umno sekarang ini untuk menipu pilihanraya. Memang tiada kelas langsung. Tidak serupa seperti apa yang dibuat oleh umno Terengganu dahulu. Memang super power kelas. Buat kerja menipu, secara senyap-senyap. Menang secara ti...

CERITA JAIS MASUK GEREJA; TOLONGLAH MP SHAH ALAM. DUDUK DIAM JE LA.

Baik-baik PAS bila berpolitiking tentang JAIS serbu Gereja. Gunakan taqwa, bukan setakat iman. Tumpukan tujuan jauh, bukan tujuan dekat. Bercakap gunakan akal, dipandu iman, diakhiri taqwa, bukan kerana dendam kesumat. Hamba pelik bin ajaib, yang kecoh-kecoh buat kenyataan bagi pihak PAS kononnya adalah dari Timbalan Pesuruhjaya, nombor 2 pula itu. Kenapa tidak dengan Pesuruhjaya? Telah ditinggalkan belakang? Atau ada udang disebalik rojak mereka-mereka di Shah Alam? Bila melihat kejadian kecelaruan JAIS ini, maka nampak sangat ada manusia kononnya gunakan platform sebagai pemimpin, hendak melakukan sesuatu kepada bekas bos. Seperti beliau telah menjadi jahil lagi hilang arah, politik antara JAIS dan EXCO yang menjagai JAIS itu. Untuk makluman semua, semua orang sudah tahu tahap mana kuasa EXCO yang menjaga JAIS boleh kendalikan JAIS. Budak sekolah PASTI pun sudah tahu. Apalagi Timbalan Pesuruhjaya. Kenapa senapang ditujukan kepada Hassan Ali oleh orang yang konon mewakili PA...

HAMBA TIDAK AKAN TERPEDAYA DGN PUAK TIDAK MENGAKU MUHAMMAD ITU RASUL.

Lama sungguh hamba tidak bergejuis. Lama sungguh. Hendak kata sibuk, tiap-tiap hari sibuk. Tetapi ada peluang bergejuis. Idea menulis meinmbun-nimbun, tetapi hati terasa sungguh berat untuk 'on' laptop. Tidak tahu mengapa? Namun, selepas subuh tadi, dengan tiba-tiba, tubuh hamba pergi ke laptop dan terus menbukanya. Bukan setakat membuka laptop, tetapi terus mendail broadband dan terus meng'log in' ke dalam blogspot. Kiranya hendak menulis sesuatulah tu. Sebelum menulis, seperti kebiasaan, hamba membuka blog dan portal berita. Melihat cerita-cerita sensasi didalam alam maya. Banyak cerita dihidangkan. Dan yang paling hamba terkesima, adalah cerita JAIS 'menyerbu' gereja di Damansara Utama. Hamba terbaca cerita ini dalam MalaysiaKini. Apa yang menarik perhatian hamba, penceritaan yang ditonjolkan adalah seolah-olah yang baiknya puak Kristian dan yang jahatnya puak Islam melalui JAIS. Itu yang hamba nampak dan memang itulah yang sedang berkumandang. Tetapi, ...