ALKOHOL TU ARAK KA? -2 - BEER HALAL LAH PULAK..

Setelah kome sekelian mengerti tentang salah tafsirnya umat Islam tentang alkohol, maka janganlah masih menjahilkan diri tentang cerita alkohol ini. Kot ye pun hendak kata haram, katakan arak itulah yang haram, bukan alkohol. Jika tidak puas hati, katakan ethanol yang diproses melalui penapaian yang haram. Bukannya Alkohol.

Disebabkan cerita umat Islam yang begitu fobia dengan alkohol ini, maka terwujud satu fenomena dimana yang mengatakan ada beer yang halal. Yang ini memang cap ayam. Memang satu ungkapa yang mengkompemkan, bahawa umat Islam sudah bodoh sungguh dengan istilah-istilah tentang arak ini.

Mula-mula, perlu hamba tanya, beer itu, apa ke bendanya? Air kopi ke? Air sirap ke? Kuih lopes ke? Tahu ke umat Islam, beer itu, apa ke bendanya. Jika hendak tahu, beer itu adalah arak dan arak itu adalah beer. Cuma dijawakan sahaja. Janganlah pula ada yang cuba hendak buat penafian, "Eh, sapa kata beer itu arak, mana kome dapat informasi ni?". Yang itu, hamba akan jawab, "Sape pula yang kata nasi itu nasi, kenapa tidak dipanggil biskut marrie?". Sonang.

Dah memang kompem, mereka yang mencipta beer dan nama beer itu sendiri yang mengatakan beer itu adalah air yang mabukkan manusia, maka araklah dia. Hendak nafikan apa lagi.

Tetapi, tiba-tiba, ada orang kata, atau lebih tepat, ada pengamal kapitalis berkata, mereka ada jual beer halal. Atau lebih senang, arak halal. Apa cerita ni?

Depa kata, beer itu halal sebab tiada alkohol, atau lebih tepat, kandungan alkoholnya kurang 0.01%.

Haa,.. itulah, hamba sudah cerita, disebabkan kejahilan umat Islam hendak mengetahui tentang ilmu alkohol, maka senang-senang sahaja pihak kapitalis buat ayat yang sungguh menyesatkan. Untuk apa, agar umat Islam yang teringin hendak minum arak, boleh minum arak, sebab ianya 'halal'.

Jika kompem air yang digelar 'beer halal' itu tidak memabukkan langsung walau minum satu lori, cuma kembung perut sahaja, maka kome semua minumlah. Tiada hal. Cumanya, jangan kome semua sebut air yang diminum itu beer. Sebab, dalam hukum, sesiapa yang senamakan benda yang halal itu dengan nama yang haram, maka haram dibuat minum. Contoh;

Jika ada seorang manusia, hendak minum air zam-zam, kemudian kawannya tanya, "Awak minum apa tu?", kemudian manusia itu jawab, "tengah minum arak", maka air zam-zam yang diminum itu haram untuk dia minum sebab dia telah menamakan air zam-zam itu sebagai arak. Maka, apa kes pula jika kita mengaku sebut kita minum beer. Haru jadinya.

Itulah ceritanya, apabila puak kapitalis sedang menggunakan agama sebagai bahan pelarisnya. Umat akan menjadi kacau bilau dan porak peranda. Maka siapakah yang harus memperbetulkannya. Hendak minta tolong dengan Khalifah? Ops, minta maaf, Khalifah Islam telah dibatalkan kewujudannya oleh umat Islam semenjak 1924 dahulu. Sekarang, kita ada Prime Minister sahaja......

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?