ALLAH KAMU BUKAN ALLAH KAMI, WAHAI RAKAN KRISTIAN.

Selepas solat Isyak tadi, hamba menuju ke meja makan hamba. Bukan untuk makan malam, tetapi untuk melayari internet. Lap top hamba ada di atas meja makan. Dalam keadaan yang tidak selesa duduk di atas kerusi makan, kerana pinggang hamba yang sakit semenjak hari Rabu, hamba melayari internet.

Kemudian hamba ada terbaca satu artikel di dalam web page Malaysian Insider yang bertajuk "Your Allah is also my Allah". Anda semua boleh baca di sini. Ianya ditulis oleh seorang wanita muda, mungkin asal dari Sarawak. Artikelnya berbahasa ringan namun isiannya adalah satu yang berat walaupun mungkin tidak disedari oleh penulis itu.

Ianya didalam bahasa Inggeris. Pelik juga mengapa sipenulis itu membuat artikel berkenaan Bible berbahasa Melayu di dalam bahasa Inggeris. Mungkin adalah lebih elok beliau menulisnya didalam bahasa Melayu, agar ramai lagi orang Melayu boleh membaca dengan penuh penghayatan. Namun ianya adalah hak penulis untuk menulis artikel didalam bahasa apa yang disukainya.

Cumanya, apa yang hamba hendak katakan disini ialah, 'Your Allah is actually not the same of my Allah'. Allah kamu adalah berlainan dari Allah saya. Mahu tidak mahu, sedar atau tidak, inilah kebenarannya dan kebenaran tidak boleh digubal-gubal seperti undang-undang manusia yang boleh diubah sesuka hati mengikut akal manusia.

Kenapa hamba berkata demikian? Ini kerana hamba baru sebentar tadi bersolat keseorangan sambil duduk di dalam bilik di atas sejadah kerana tidak boleh berdiri akibat sakit pinggan. Dalam rakaat kedua, selepas membaca surah Fatihah, hamba membaca surah Al-Ikhlas. Surah yang pendek dan yang yang paling senang umat Islam menghafalnya dan cukup kuat menyatakan tentang akidah dan untuk mengenal, siapakah dia Allah.

Surah ini ada 4 ayat sahaja. Pendek. Tetapi cukup kuat dan berat dengan penerangan Allah kepada kita, siapakah Dia Allah itu. Saya perturunkan ayat ini dibawah didalam bahasa Melayu;

1. Katakanlah, Allah itu SATU.
2. Allah itu Somad. -(Somad- Tuhan, yang segala sesuatu bergantung kepadaNya.)
3. Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan.
4. Dan tiada satu pun sekufu (setanding/setaraf) denganNya.

Allah itu satu. Bukan dua, bukan tiga, bukannya banyak. Allah itu satu, Ahad.

Allah itu Tuhan yang semua benda yang berada di alam ini bergantung kepadaNya. Manusia, Jin, binatang, bulan bintang, udara, virus, syaitan atau jembalang sekalipun, semuanya bergantung kepada ketentuan Allah.

Allah tidak beranak. Dan Allah tidak diperanakkan. Tidak dilahirkan. Tiada ibu, tiada bapa. Tidak bunting, tidak melahirkan anak Tuhan.

Allah juga tiada apa yang setanding, sekufu, setaraf dan sama denganNya. Allah tiada roh kudus, Allah adalah Allah, segala maha puji segalanya bagi Allah! Allahuakbar! Allah Maha Besar!

Itulah Allah hamba. Allah yang redha Islam adalah agamaNya. Allah yang MURKA, mengatakan Jesus adalah anakNya. Allah yang Al-Jabbar! Kepada makhluk yang menyembah benda lain selain dari Dia, Allah!

Maka oleh itu, wahai rakan Kristian, janganlah kamu sekelian menyamakan Allah kamu dengan Allah. Kerana Allah adalah Allah. Tuhan sekelian alam. Jika kesemua umat Kristian menyatakan bahawa Jesus itu hanya manusia yang bergelar Rasul, bukan anak Allah, Mariam itu wanita yang suci, bukan ibu tuhan Jesus, hanya ibu kepada Nabi Jesus Al-Masih yang tidak berbapa, maka barulah boleh dibincangkan bahawa Allah kamu itu adalah Allah kami.

Kemudian, barulah juga boleh dibincangkan bahawa Nabi Muhammad itu adalah Rasul Allah.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Benar, AlLah itu satu, tidak beranak dan tidak diperanakkan, tiada yang menyamai Dia. Marilah kita pamerkan ayat ini dan terjemahannya dalam pelbagai bahasa di perkarangan masjid dan surau serta bangunan majlis agama islam negeri dan persekutuan supaya orang bukan Islam dapat membaca dan memahaminya.

1. Katakanlah, Allah itu SATU.
2. Allah itu Somad. -(Somad- Tuhan, yang segala sesuatu bergantung kepadaNya.)
3. Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan.
4. Dan tiada satu pun sekufu (setanding/setaraf) denganNya.
Tanpa Nama berkata…
Benar, AlLah itu satu, tidak beranak dan tidak diperanakkan, tiada yang menyamai Dia. Marilah kita pamerkan ayat ini dan terjemahannya dalam pelbagai bahasa di perkarangan masjid dan surau serta bangunan majlis agama islam negeri dan persekutuan supaya orang bukan Islam dapat membaca dan memahaminya.

1. Katakanlah, Allah itu SATU.
2. Allah itu Somad. -(Somad- Tuhan, yang segala sesuatu bergantung kepadaNya.)
3. Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan.
4. Dan tiada satu pun sekufu (setanding/setaraf) denganNya.
Tanpa Nama berkata…
sesungguhnya ini adalah salah satu sebab mengapa penggunaan nama Allah swt hanya harus ditetapkan kepada Islam sahaja khasnya di Malaysia ini. Mereka menyangkakan bahawa atas nama sahaja sesiapapun boleh menggunakannya.

Pada asasnya ini adalah penterjemahan dan penggunaan bahasa setempat untuk pembacaan kitab injil yang digunakan oleh penganut kristian semasa. Atas dasar bahasa melayu yang digunakan di malaysia ini dan dari kamus-kamus yang telah diiktirafkan gunapakainya, adakah perkataan 'God' atau 'god' yang digunakan dalam kitab injil itu boleh diterjemahkan kepada 'Allah' kepercayaan mereka. Kalau Alah hanya di tafsirkan di dalam kamus-kamus tersebut hanya diterjemahkan kepada Tuhan orang Islam maka sewajarnya terjemahan 'God' dan 'god' di dalam injil mereka diterjemahkan kepada 'Tuhan' dan 'tuhan' di dalam injil melayu mereka.

Mengapa perkara ini hendak dikeraskan dan dipolemikkan jika ini akan mengundang kesangsian dan prasangka orang-orang Islam di negara ini?

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?