INSYAALLAH YG KETIGA, LELAKI....!
Langkah kita, meninggalkan tapak di belakang.. Langkah yang menuju ke cahaya Ilahi, pastinya akan ada onak dan duri.. Langkah kita ibarat anak kecil yang perlu dipegang tangan, agar tidak tersalah.. Langkah dengan tapak kaki yang besar, tidak semestinya memberi kesan yang besar.. Malah mungkin akan meninggalkan kesan tapak kaki yang kecil, sekecil kaki bayi.. Hati terasa lembut hari ini. Mungkin kerana terkenangkan coretan cerita semalam. Ketika hamba dan isteri melangkah ke klinik Zalina, untuk membuat 'scan' pada perut si isteri, bersama juga dengan 2 anak hamba yang muslimat comel itu. Tujuannya untuk check-up ante-natal, tetapi bertukar tajuk kepada scan jantina kandungan. "Saya hendak cepat ni, anak saudara menunggu di sekolah. Kena balik awal kerana demam selesema." kata Dr. Zalina. Doktor berketurunan mamak Penang yang sudah juga dipanggil melayu oleh masyarakat Pulau Pinang. "Apa kata kita straight to the point, kita scan hari ini untuk melihat jantina ...