MENGAPA HAMBA TIDAK TURUN KENDURI HARI INI! HAMBA BERASA BERDOSA,.....

Mengapa hamba tidak pergi! Menyesal sungguh hamba! Hamba sungguh-sungguh rasa seperti manusia munafik tidak buat serupa cakap. Hamba berasa sungguh berdosa. Kenapalah hamba tidak turun bersama-sama berdemo membantah PPSMI hari ini. 7 Mac 2009 sepatutnya hari bersejarah untuk hamba kembali bermandikan air asid dan gas pemedih mata. Rindunya hamba tidak kesampaian.


Hamba ada di KL wahai penjenguk blog hamba. Hamba berada di KL rumah ibu ayah hamba. Namun hamba masih tidak pergi berdemo. Dekat yang amat masjid negara dengan Bukit Damansara. Tetapi mengapa hati hamba cukup tidak wahi untuk ke sana.


Memang kesihatan hamba masih belum pulih. Tulang temulang hamba masih berasa rapuh. Pinggang hamba masih sakit seperti terasa hendak patah jika hamba berkeras sedikit dengan tubuh hamba. Tubuh hamba sekarang tidak boleh membuat pergerakan yang 'terkejut', atau dalam bahasa inggerisnya 'sudden move'. Hamba sekarang tidak boleh berlari. Hendak mengangkat benda berat jauh sekali. Semuanya kerana terkena penyakit di rasuk benda halus dahulu. 3 hari hamba dikomakan. ICU 4hari 3malam. Namun itu bukan alasan hamba tidak perlu hadir ke demonstrasi membantah PPSMI. Tidak boleh dijadikan alasan.


Namun untuk memujuk hati hamba yang sedang merajuk ini, hamba nyatakan juga hamba sekarang masih kurang sihat. Sebenarnya, bukan disebabkan sakit ini yang menghalang hamba untuk ke sana. Tetapi kerana ada satu perasaan dan bisikan ke telinga hati hamba yang berkata, 'takpelah tidak pergi pun, bukannya ada polis pun, polis dah beri permit'. Iya, itulah yang terngiang-ngiang ditelinga hamba, tidak perlu hadir ke demo yang tiada konfrontasi dengan pihak berkuasa. Padahal telah diperintah oleh ketua pemuda kawasan untuk turun bersama-sama. Tetapi rasa hati seperti tidak perlu disebabkan ianya seperti tiada 'apa-apa'. Walaupun hamba begitu kuat menentang PPSMI, namun hati hamba berkata, tiada 'apa-apa'. Apa punya ceritanya hamba sebentar pagi tadi?


Tiba-tiba, jam 4.30 petang, sms adil menyusup ke 'hand phone' hamba. Polis menembak gas pemedih mata ke arah pendemo. Waduh, hendak perjuangkan bahasa pun kena juga. Waduh, ruginya hamba tidak turun bersama.


Hamba terus ke lap top melayari internet. Itu dia, cerita-cerita gas pemedih mata dan pancutan air asid keluar bertubi-tubi. Waduh! Ruginya hamba tidak pergi turun kenduri hari ini. Ruginya hamba tidak pergi kenduri hari ini! Rugi betul. Masih teringat semasa mensyuarat PAS cawangan pada hari Rabu lepas, ada cerita berkenaan dengan demo ini, maka adalah insan yang menyatakan kena bawa kelengkapan-kelengkapan seperti topeng gas, garam dan air mineral. Hambalah insan itu, dan hendak tahu apa, ketika berkata-kata itu hati hamba kata, tidak perlu bawa pun takpe, buat berat beg je, bukannya ada konfrontasi dengan polis pun, sebab ada permit. Waduh! Menyesalnya hamba tidak pergi. Sesal tidak sudah hamba!

Mungkin ada sebab hamba tidak ditakdirkan untuk turun berdemo hari ini. Hamba yakin ini adalah pengajaran kepada hamba agar hamba rasa berasa sungguh menyesal hari ini agar hamba ini terus berjuang di dalam jemaah PAS ini dengan lebih kuat lagi. Ya! Hamba yakin, itulah pengajarannya. Walaupun sebenarnya itu adalah anggapan untuk memujuk hati hamba yang sedang tidak puas hati ini, namun hamba akan yakinkan juga.

Walau apapun , hamba berdoa, Ya Allah, ampunkanlah dosa hamba pada hari ini,....... kerana dosa-dosa hamba yang terlalu banyak ini,.....

Ulasan

Puan Ainon Mohd. berkata…
Tuan Hamba amat rugi!

Baru sebentar tadi polis Dang Wangi menghubungi saya supaya pergi ke sana bagi "membantu siasatan".

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?