MAKHLUK ASING.
(Inilah usia dunia, semakin senja) Bosannya. Sudah 2 minggu hamba tidak dapat mengakses internet di rumah. Diulangi, 2 minggu. Lama tu dua minggu tu. Sekarang barulah hamba tahu bagaimana makcik-makcik wanita UMNO dan pakcik-pakcik pentua UMNO merasai mendapat berita terkini hiburan sensasi hanya pada media telivisyen Malaysia yang cap ayam itu. Memang membodohkan manusia dan manusia akan menjadi bodoh jika manusia itu tidak berusaha untuk mendapatkan didikan makluman alternatif selain TV cap ayam. Sakitnya hati hamba. Makluman yang bulat-bulat menipu, apabila didengar berulang-ulang kali akan menyebabkan sipendengar yang tahu maklumat itu memang sah bohong akan 'ter'percaya seketika berita bohong yang diulang-ulang itu. Memang benar. Akal hamba tiba-tiba black-out 2 saat untuk memproses maklumat yang diterima dari berita TV cap ayam sama ada benar atau bohong, padahal hamba tahu bendanya memang bohong. Namun, alhamdulillah, oleh kerana hamba ini cukup fanatik PASnya, maka han...