KESIAN RPK, DAH LAH TIDAK BIJAK, SOMBONG PULA ITU.

Kesian. Itulah ungkapan yang hamba dapat katakan kepada Raja Petra Kamarudin tentang isu bertudung di dalam artikelnya bertajuk 'the great tudung debate' dan 'the great tudung debate 2". Sungguh sedih dan pilu melihat tulisan beliau yang penuh kejahilan lagi menunjukkan tidak bijaknya RPK apabila beliau membuka mulut atau menulis berkenaan dengan Islam.

Pengharapan hamba terhadap beliau ialah beliau bertaubat dan mengikis sikap ego beliau bahawa beliau tahu segala-galanya. Mungkin didalam ilmu politik beliau memang pakar, namun jika berkenaan agama yang dianutinya, beliau amat menyesatkan.

Mengapa menyesatkan? Untuk mencari jawapan yang mudah, hamba hendak bercerita contoh yang mungkin boleh dikaitkan dengan perlakuan RPK terhadap hukum agama. Contoh yang boleh menjelaskan situasi yang celaru ini mungkin akan mudah untuk difahamkan kepada mereka yang tidak faham dan buat-buat tidak faham.

Contohnya adalah seperti di bawah ini;

Seorang manusia yang di dalam profesyen pekerjaannya adalah arkitek telah menulis didalam blog peribadinya tentang proses membuat produk dari Manganese Steel;

"Untuk menjalankan proses pembuatan Manganese Steel, takat peleburan yang perlu ada pada relau adalah pada kadaran 780C dan peratusan manganese mestilah pada kadaran 1.2%. Peleburan boleh dilakukan di dalam masa 10 sehingga 20 minit dengan menggunakan sumber gas asli. Acuan yang boleh digunakan untuk proses pembentukan produk Manganese Steel adalah acuan pasir silika green sand. Coating pada permukaan acuan mestilah digunakan coating berasaskan zircon, ataupun zircon 'base'.

Hamba memberhentikan contoh ini setakat itu.

Hamba hendakkan kepastian, jika seseorang membaca 'ayat' di atas, adakah sesiapa yang membaca artikel ini akan bersetuju atau tidak bersetuju tentang apakah yang ditulis oleh arkitek di dalam blognya. Semesti jawapannya adalah mereka tidak tahu kerana berapa sangat kerat manusiakah yang menceburi dan mempunyai ilmu di dalam bidang kejuruteraan faundri di dunia Malaysia ini.

Mungkin pembaca sekelian pun tidak tahu, apakah bidang faundri itu. Perkataan 'faundri' pun mungkin tidak pernah didengar, inikan hendak mengetahui tentang ilmu-ilmu di dalam bidang yang amat jarang sekali masyarakat umum mengetahuinya, malah di dalam profesyen jurutera, tidak ramai yang yang menceburi bidang pengkhususan ini.

Jika si arkitek itu mempertahankan hujahnya tentang tatacara pembuatan manganese steel yang ditulis di dalam blognya, dan beliau mempunyai ramai peminat blognya kerana kepakarannya di dalam mentafsir politik sesebuah masyarakat, maka akan banyaklah gerombolan manusia yang tidak tahu menahu tentang kejuruteraan faundri akan mengkomen di dalam blog itu dengan berbagai-bagai komen persetujuan kepada artikel beliau dengan berbagai-bagai tafsiran yang menunjuk-nunjuk kepandaian yang sebenarnya jahil.

Maka apakah jawapannya kepada ayat di atas?

Jawapannya adalah hanya ahli di dalam bidang faundri sahaja yang mengetahui jawapannya. Dan jika ahli faundri membaca ayat di atas, maka sudah pasti jawapan yang akan terkeluar di dalam mulut ahli di bidang faundri itu adalah "rubbish!", "who is this stupid monkey making a stupid statement in his stupid blog?" dan "kah! kah! kah! Ada juga badut cap ayam yang berangan-angan pandai hendak mengajar orang, tapi bodoh dooh lallu".

Ya, itulah jawapan keras yang akan dilemparkan kepada si arkitek yang menganggap dirinya pandai itu. Mengapa jawapannya sekeras itu, ini kerana statement yang dikeluarkan pada ayat di atas memang statement yang amat tidak bijak, sesat, jahil, dungu dan lain-lain seangkatan dengan bodoh sombong.

Maka apabila si arkitek itu menerima kritikan yang amat pedas lagi 'menyakitkan hati' dari ahli di bidang itu, maka si arkitek itu membuat artikel jawapan kepada statement tidak bijaknya itu merujuk kepada pakar bidang kejuruteraan awam. Ya, menjawab persoalan tentang bidang kejuruteraan faundri, beliau merujuk pakar di dalam kejuruteraan bidang buat bangunan yang tidak tahu menahu tentang ilmu di dalam bidang faundri.

Kan ke bodoh sombong namanya itu. Kesiannya.......

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
aku tengok kamu yang bodoh.. apa kamu tulis pun aku tak tahu.. yang tahu nampak janggut bodoh wahhabi je.. ke ke ke ke ada hati nak tunjuk pandai..
agaknya kamupun takat buat kimpalan kat kedai potong kereta je.. kah kah kah...
Tanpa Nama berkata…
biarkanlah TANPA NAMA berkata kata.Dah lah tak paham contoh yang diberi, menghina pulak orang lain dengan kata nista.Semoga Allah memberikan petunjuk dan hidayah ke atas setiap kejahilan.
salam perkenalan dari saya. juga salam ramadhan. ada masa jenguk2lah ke blog kami..
Tanpa Nama berkata…
Lain kali kalau tak tau tak mahir bab ugama jangan komen orang lain, jangan bagi malu diri sendiri... sepotong hadis pun tak boleh bawak lepas tu nak hentam orang lain.

Dahlah pengamal Islam tradisi lepas tu macam katak bawah tempurung pulak, sepatah hujah pun tak boleh bincang.

Tak payah banyak pegi baca balik tuisan RPK tu pasal ayt 59 surah al-Ahzab tu dan hadis bukhari yang ditulis...

pegi rujuk AN-Nur 31.
Unknown berkata…
itulah saya selalu nasihatkan anak-anak saya supaya jangan bercakap perkara yang di luar bidang kita sebab kebodohan kita akan terserlah!

Umpamanya si tukang rumah bercakap tentang baiki kereta. si nelayan berkacakap tentang pertanian. bukankah janggal?
Tanpa Nama berkata…
RPK tu memang mengarut dan karut,Dia tu pon tah tah bukan Islam pasal bini dia pon cina,mengaku keturunan raja selangor lak tu,hampeh la dia
Salam saudara semua...

Apa kata baca blog ini pula. Khas kepada peminat atau anti Anwar..

Bukan apa, untuk meluaskan minda kita.

http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com

Salam.

Panglima Perang Cyber
http://penembak-tepat/blogspot.com

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?