DR HATTA? BIAR BETOI....
Nama pengkhianat PAS sudah terdedah (8/2/15)
Sunday, February 08, 2015
Dalam posting saya pada 31 Januari lalu bawah tajuk “Pemimpin kanan PAS khianat?”saya telah menekankan:
Benarkah ada pemimpin kanan PAS yang terlibat sebagaimana
didakwa Ustaz Fadhli?
Ustaz Fadhli bertanggungjawab terbit dengan bukti-bukti
jelas memperakui dakwaan ini, jika tidak ianya satu fitnah yang jahat. Tetapi
saya yakin Timbalan Ketua Pemuda PAS Pahang itu punya bukti, dan saya yakin
ianya akan segera terdedah.
Jika adalah walau sekelumit mana bukti yang menunjukkan
pembabitan pemimpin kanan PAS itu, saya kira ianya lebih jahat dan hodoh dan
tidak layak pelakunya bukan sahaja duduk sebagai pemimpin malah menjadi ahli
PAS. Apalagi jika dia memiliki agenda sebagaimana dibayangkan di atas.
Pagi tadi bertempat di pintu masuk Pejabat Agung PAS Jalan
Raja Laut, Ketua Pemuda PAS Kuantan Ustaz Fadhli Ibrahim telah tampil
mengemukakan bukti-buktinya termasuklah melalui perakuan bersumpah dalam
kenyataan terbuka kepada pihak media.
Nama Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta
Ramli yang juga ahli parlimen Kuala Krai, telah didedahkan sebagai “kepala”
atau “,mastermind” dalam kerja-kerja jahat menjatuhkan Presiden PAS dan
kepimpinan ulamak melalui pelbagai kaedah dan strategi yang sangat buruk, tidak
layak buat seorang yang bergerak dalam Jemaah Islam.
Turut diedarkan adalah “printscreen” dari “whatsapp” group
kumpulan yang diketuai dan didalangi Hatta. Salinan “printscreen” berkenaan
turut dimetrai dengan akuan bersumpah.
Berdasarkan kenyataan Ustaz Fadhli itu Hatta lah yang
berperanan aktif dalam Pasma, dan Pasma menurut beliau, berdasarkan tulisan
Raja Petra dalam laman webnya telah menerima RM1.5 juta suntikkan dana dari
DAP, guna untuk memanjang dan melangsungkan agenda jahat mereka.
Saya gerun mengikuti perkembangan ini, apakah yang sedang
terjadi ke atas PAS hari ini?
Apa pun Ustaz Fadhli telah bangkit dengan bukti-buktinya,
sekarang giliran si kena tuduh untuk menafikan atau jika tidak bagi PAS untuk
bertindak.
Perlakuan Hatta dan kumpulannya sebagaimana didakwa
termasuklah membocorkan keputusan dan perbincangan dalam Mesyuarat Jawatankuasa
PAS Pusat (JKPP) adalah merupakan tindakan paling biadap, dan melanggar adab
dan peraturan Jemaah. Jika benar ia suastu yang tidak boleh dimaafkan.Saya difahamkan pendedahan Ustaz Fadhli tidak tamat dengan kenyataan pagi tadi, banyak lagi bukti-bukti yang akan didedahkan selepas ini.
Sewajarnya mereka yang berkenaan segera meletakkan jawatan
dan angkat kaki keluar PAS, jika rasa bertanggungjawab. Jika tidak sewajarnya
PAS bertindak, siasat dakwaan Ustaz Fadhli dan oleh kerana pertuduhannya sangat
berat, gantung jawatan dan keahlian Hatta dan mereka yang berkaitan agar PAS
dilihat terus bersih sebagai sebuah Jemaah dan gerakan Islam.
Bayangkan berapa banyak lagi maklumat dan rahsia parti yang
telah terdedah sebelum ini, Allah sahaja yang tahu.Sama-sama kita tunggu reaksi yang kena tuduh. Semoga Allah swt melindungi pimpinan yang ikhlas dalam memperjuangkan agenda PAS dan menghukum mereka yang khianat dan mungkar.
Ulasan